Friday, June 29, 2012

5 Simple Rules of Happiness

Sekeping foto kelihatan simple yang dishare dalam FB telah membuat saya termenung panjang. 
5 Simple Rules of Happiness. 

Entah kenapa, foto tanpa gambar yang mengandungi 5 point ini terasa lebih bermanfaat berbanding kitab-kitab Fikrah, dakwah yang pernah saya baca. Kenyataan yang agak melampau namun begitulah yang saya rasakan sekarang. Mungkin juga kerana kelima-lima mesej yang terkandung dalam gambar ini sangat kena dengan "Waqi'" (baca: kena atas batang hidung) saya pada saat ini. Entah lah.
 


Namun, sebenarnya, kata-kata yang simple yang mudah ditelan, di-digest, dan di-absorb seperti diatas lebih membuka minda dan hati kita untuk memperbaiki diri (baca: menTarbiyah diri) berbanding kata-kata yang lebih bombastic dan sophisticated, tapi sebenarnya hampeh macam penyedut hampagas.

Lebih baik kita amalkan semua perkara yang kita ketahui, walaupun ianya hanya sedikit, daripada kita mengamalkan hanya sedikit daripada segudang ilmu yang kita pernah ketahui.

Kalau tak salah ingatan saya, Prof Dr Muhaya pernah berkata,

"Seringkali kita ni tuan-tuan& puan-puan, banyak tahu (berilmu) tapi tak nak buat (beramal). Lebih baik kita tahu sedikit, tapi buat semua dan setakat yang kita tahu, daripada kita tahu banyak benda, tapi tak buat langsung atau buat sedikit saja daripada perkara yang kita tahu."

Sekian.

Thursday, June 28, 2012

Futurama


"Futurama adalah serial kartun television dari Amerika ciptaan Matt Groening yang sebelumnya juga menciptakan The Simpsons. Menceritakan tentang seorang anak muda bernama Philip J. Fry yang hidup di New York pada tahun 1999, yang ketika datang tahun baru 2000 terperangkap di sebuah mesin pembeku dan dicairkan kembali seribu tahun kemudian (tahun 3000). Di sini ia bertemu dengan berbagai makhluk alien dan robot, dan juga keturunan dari anak saudaranya yang seorang profesor dan penemu barang-barang ilmiah."


(sumber Wikipedia)


Walaubagaimana pun, saya tidak berminat langsung menceritakan mengenai kartun Futurama ini. Maaf lah kalau anda rasa tertipu dengan tajuk ini. Sebenarnya memang sengaja saya nak perangkap anda untuk baca post ini.HaHa .


Cuma, bagi saya yang menarik untuk kita bahaskan disini ialah 2 perkataan yang terkandug dalam Tajuk Kartun ini.
1. "Futur"
2. "Rama"
Perkataan Pertama: FuturPerkataan ini memang sudah tidak asing dalam kamus da'e atau yang bergelar budak Usrah.

Dalam Lisanul Arab, arti futur adalah : diam setelah giat, dan lemah setelah semangat.

Dari segi istilah, Futur adalah keadaan yang menggambarkan keadaan ruhi seseorang yang sedang menurun. Atau dengan istilah yang lebih mudah, futur ialah "penurunan semangat beribadah."
Ketika seseorang yang biasa bersemangat menghabiskan tilawah Al-Qur'an satu juz dalam satu hari, kemudian menurun atau tiba-tiba kehilangan semangat membaca Al-Qur'an, maka itulah yang dinamakan futur. (sumber)

Ketika seorang Akh yang dikenali oleh ikhwah lain sebagai seorang yang ceria dan selalu menceriakan orang lain disekitarnya. Selalu melakukan ziarah, memberi hadiah, paling lekeh pun hadiah berupa senyuman manis di hadapan saudaranya. Tiba-tiba pada suatu hari, al-Akh tadi berubah watak dan pembawaannya.
Bak kata pepatah P. Ramlee, "Angin tak ada ribut tak ada, tahu-tahu hujan turun". Tanpa sebab yang jelas, Akh yang terkenal dengan sifat periang tadi bertukar menjadi seorang yang lesu, kedekut senyuman, duduk dalam bilik sorang-sorang, cakap sorang-sorang, tidak suka bergaul dengan sahabat-sahabatnya yang lain sendiri. Maka itulah dinamakan futur.

Tuesday, June 19, 2012

Menikmati Keputusan Pilihan Raya Presiden Mesir

Jam menunjukkan pukul 1245 tengah hari. Hari ini hari yang cerah. Tak macam hari-hari biasa, hari Isnin ini agak windy. Saya baru tiba dirumah setelah 4 jam di Kampus. Sampai-sampai, lepas parking motor di halaman rumah, terlihat sampah dan debu memenuhi depan pintu. "Aik? Tiba-tiba kotor? Tadi bersih je. Oh, sebab angin kot". Lalu saya ambil penyapu, dan menyapu sekadarnya.

Masuk rumah, letak beg, buka jaket. buka laptop. Cek emel. Em, em. Tiada apa-apa balasan dalam mailing list. Lepas tu cek Facebook.

Terpampang gambar ni
Segala puji bagi-Mu ya Allah! Keputusan seperti yang saya jangka. Calon Parti Kebebasan dan Keadilan, Dr Muhammad Mursi menang Pilihan Raya Presiden. Walaupun akhbar pro-Mubarak dan pro-Barat seperti al-Jazeera mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan skeptical dengan kemenangan Dr Mursi ini, seperti "keputusan belum rasmi", "Ikhwan meng-claim menang" (sumber), akhbar pro-Ikhwan dan Islamist tetap mengumumkan kemenangannya.


Antara Ucapan Sulung Dr Muhammad Mursi selaku Presiden Pertama Mesir yang dipilih oleh Rakyat Melalui Pilihan Raya

"Saya bersyukur pd Allah atas karunia revolusi. Kami datang dengan pesan perdamaian."

"Saya telah mendatangi keluarga para syuhada revolusi. Sy berjanji mengembalikan hak2 mereka dalam "negara hukum".

"Saya mengulurkan tangan untuk orang-orang Kristen Koptik Mesir. Semua orang akan menjadi bagian dari "keluarga".
 
"Saya tidak mencari "balas dendam". Saya berjanji akan bekerja untuk semua orang Mesir.
 

"Saya sederajat dengan semua orang dan saya akan menjadi pelayan mereka (khodiman lisy-syu'b)"

Ya Allah, begitu mulia dan tingginya nilai yang ada pada beliau. Kemenangan yang gemilang ini di sambut dengan ucapan humble dan bersahabat. Subhanallah, jelas, inilah buah hasil dari proses yang bernama Tarbiyah. Melahirkan individu Muslim yang seperti ini. Sesuai dengan firman Allah


Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.”
(QS. An Nashr: 1-3)

 
Kenangan ucapan Tok Guru Nik Aziz yang "se-nada" selepas kemenganan PAS di Negeri Kelantan walaupun sebelum pilihan raya 2008 rakyat Kelantan dihina oleh mainsteam media.

Apapun, apabila bercakap mengenai Isu politik di Mesir, kita tak boleh lari dari menceritakan  kisah nostalgic 84 tahun yang lalu di Mesir, tepatnya di Ismaeliya.

4 tahun setelah kejatuhan Khalifah Islam, ummat Islam masih lagi tidak sedar akan reality dan berita yang berlaku di dalam Alam Islami. Masih lagi sibuk berbahas mengenai benda remeh.
"Allah dimana?" "Sifat Air Mutlak," "Warna Warni Darah Haid." "Biji Tasbih Tiada Zaman Nabi" dan seumpama dengannya.

Melihat kepada reality dan level pemikiran ummat khususnya rakyat Mesir, yang seperti diumpakan pepatah lama melayu, "Protozoa dalam microscope nampak, Gajah depan mata tak boleh nampak" seorang pemuda berusia 18 tahun, Hassan al-Banna,  merasakan dalam jiwanya bahawa ini adalah masalah besar bagi Ummat ini.
"Mustahil aku akan berdiam diri. Tak kena macam ni. AKU harus berbuat sesuatu." Mungkin begini beliau bermonologue.


Dengan perasaan yang sedih, tapi berkobar-kobar kerana melihat masalah yang melanda Ummat, dipendekkan cerita, beliau dan dan 6 sahabatnya -Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi- sebulat hati menubuhkan sebuah persatuan bernama Ikhwanul Muslimin.




Maka, bermula pada Mac 1928, bermulalah sebuah drama dan episode perjuangan dalam lembaran sejarah Ummat Akhir Zaman ini. 

Ikhwan Muslimin. Mengalami jatuh bangunnya.

Tahun 1950-1970 Adalah fase yang getir bagi pertubuhan ini. Dengan berlakunya pembunuhan kejam ke atas Mursyidul Am pertamanya, Hassan Al-Banna, pada 1949, secara rasminya Ikhwan memasuki fase Mehnah dan Tribulasi.
Penyeksaan, penangkapan, penahanan, pembicaraan, dan pembunuhan berlaku dalam era ini. 

Walaupun begitu, ditengah-tengah ketakutan dan melancolic-nya era ini, tiba-tiba muncul satu persatu  hero-hero baru yang hebat yang menjadi jantung kepada Ummat. 
Syed Qutb, Aminah Qutb, Zainab Al-Ghazali, Umar Tilmisani, Yusuf Nada. Tidak keterlaluan jika saya katakan mereka-mereka ini umpama Umar al-Khattab dan Khalid al-Walid yang disebut-sebut dalam hadis yang shahih lagi masyhur

"Annas ma'adin, khiaruhum fil jahiliyyah khiaruhum fil islam, idza faquhu"

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


Hari ini, pasca revolusi pada February 2011, dan pilihanraya Mesir, dunia menyaksikan bahawa Allah menepati janji bagi orang-orang beriman.

Dr Muhammad Mursi, 60 tahun, calon IM (yang menggantikan Ir Khairat Syatir yang di-disqualified oleh Mahkamah pro-Mubarak), menang pilihan raya presiden Pusingan kedua (pusingan Maut Sudden death) mengalahkan calon pro-Mubarak, sekali gus pro-Israel, US dan Barat, Ahmad Syafiq, Bekas Menteri Regime Keparat Mubarak, dengan Majority 1 juta undi.



Sesungguhnya kemenangan ini bukan kemenangan Ikhwanul Muslimin semata. 
Ini bukan kemenangan Parti Keadilan dan Kebebasan sahaja. Tapi ini adalah kemenangan seluruh Ummat Islam! Kerana, pada pusingan ini, semua parti Islam dan penyokong menyokong dan memberi undi untuk Dr Mursi. Parti An-Nur dari Salafi yang sebelum ini memilih cenderung kepada Abdul Futuh, bekas anggota IM, pada pusingan kedua ini menjadi penyumbang kedua tersebar kepada kemenangan Mursi. Ditambah dengan sokongan dari kalangan Kristien Koptik.

Kemenangan ini adalah turning point kepada hala tuju hubungan Islam-Israel, khususnya Islam di Tanah Arab. Kerana Mesir adalah jiran bagi Palestin dan negara Haramjadah Israel. Kalau sebelum ini, Palestin ditindas oleh Israel yang disokong dan dijilat bontot oleh Mubarak. Pada zaman Mubarak-lah, rakyat Palestin dinafikan hak mereka untuk mendapat bantuan perubatan, makanan, dan bahan asas lain daripada Konvoi Viva Palestine pada tahun 2010, yang diketuai oleh seorang "non-Muslim" bernama George Galloway, Ahli Parlimen Britain.

Namun hari ini, duka dan derita rakyat Palestin akan obati satu persatu oleh Ikhwan Muslimin. Lebih-lebih lagi, Presiden Mesir yang baru dipilih pada hari ini bukan lagi seorang keparat, bacul, penakut, penjilat, yang menikus takut seperti Presiden sebelumnya. Tapi, Presiden Mesir yang baru adalah seorang Phd dalam Engineer lepasan US, yang mengikuti Madrasah Tarbiyah Hassan Al-Banna. Sudah tentu, Presiden semacam inilah yang dinantikan dengan gembira oleh rakyat Palestin. Rakyat Palestin sendiri yang telah memilih HAMAS, IM Cawangan Palestin, pada tahun 2005 dan mempertahankannya sampai sekarang, pada hari ini mendapat hadiah saguhati daripada Allah dengan kemenangan Mursi, IM Cawangan Mesir.


Pada hari ini juga, kita meraikan dan mengucapkan tahniah kepada Ikhwah Mesir atas kejayaan mereka.
Akan tetapi, kita semua harus ingat, Amerika, Barat, dan sisa-sisa pro-Mubarak tidak akan berdiam diri dengan kemenangan ini. Terbaru, beberapa jam sebelum Mursi diumumkan menang, mereka yang berada dalam Sistem Kehakiman telah meminda Perlembagaan untuk mengehadkan kuasa Presiden.
Wakil IM menjangkakan pada hari-hari mendatang, pertembungan yang akan berlaku di Mesir sekarang adalah berbentuk"peperangan perlembagaan" antara rakyat yang diketuai IM dan saki baki institusi yang dilantik pimpinannya di era Mubarak. Apapun ayuh kita mendoakan yang terbaik buat Mesir, Palestin dan Ummat ini.

Sebagai mengakhiri bicara, dalam banyak status-status FB yang menampakkan euphoria dan kesyukuran atas kemenangan Calon IM, saya tertarik dan bersetuju dengan satu status yang "unik" ini, yang agak lain dari yang lain.


"Alhamdulillah, ramai yg bergembira dgn kemenangan Syeikh Mohd Morsi sbg Presiden Mesir yg baru yg satu2nya dilantik oleh rakyat!

Percayalah kemenangan ini HANYALAH SALAH SATU dari wasilah dakwah IM utk mencapai HADAF (Objektif) Dakwah mrk yg JAUH lebih besar dari memenangi kerusi Presiden.
Masih terlalu banyak negara ummat Islam yg masih sengsara.
Ingatlah rakan2 sekalian bhw: Pilihanraya adalah ALAT ia bukan TUJUAN"

Status ini adalah dari Akhi "Abang" Ammar Mohd Zain, Founder Brotherhood Arts, Pengerusi Majalah JOM!.



Sekian.

Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.” (at-Taubah: 32)

Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar
agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama,
meskipun orang-orang musyrik benci. (As-Saff 61:9)


Nota kaki: Tarikh pengumuman kemenangan Calon Ikhwan Muslimin , hampir dengan ulang tahun ke-2 penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia yaitu 20 Jun 2010. Semoga tempias kejayaan Ikhwah di Mesir dapat sampai ke ikhwah di Malaysia juga.

Thursday, June 14, 2012

Eleh,belum jadi Perdana Menteri lagi tu


Pernah pada suatu ketika, yakni pada beberapa tahun dahulu, saya berhadapan dengan masalah-masalah dan isu berkaitan Dakwah dan Tarbiyah yang timbul di Indonesia ini
 

Lumrah kami, penggerak pada waktu itu, kalau berhadapan dengan masalah dan isu, pasti akan cerita dan bertanya kepada pakar dalam dakwah. Antara pakar dalam DnT yang tidak asing bagi ikhwah dan akhawat luar negara adalah ialah UQY. Semua orang pasti mengenalnya, samada peminat atau pembenci, samada pengikut atau pengutuk. Maka tak hairan, sebelum adanya "Brand NGO" Kita di Malaysia, kita sering digelar dengan pelbagai gelaran yang berkaitan dengan UQY seperti "Jemaah ISK", "JUS (Jemaah Ustaz Salam)" dan banyak lagi gelaran.

Maka, disebabkan masalah yang timbul pada waktu itu, saya pun menghubungi beliau melalui Yahoo Messenger. Saya
mengeluh dan curhat kepada beliau mengenai masalah dan isu yang melanda pada waktu itu. Memang jujur saya akui, terasa masalah dan isu yang timbul pada waktu itu sangat berat dan banyak.
 

Komen ustaz, mudah saja..
"Biasala tu, Medi masalah banyak. Belum jadi Pak Lah lagi (PM pada waktu itu). Jadi Perdana Menteri, makin banyak masalah"

Komen ustaz memang ringkas. Kalau dilihat secara mata kasar, komennya seolah-olah tidak memberi apa erti sekali pun. Tapi, sebenarnya, komen yang ringkas itu telah membuka minda saya. Ia telah memberikan saya Idea kepada persoalan yang lebih penting, lebih penting daripada Masalah yang Menimpa pada waktu itu. Iaitu tentang diri saya sendiri.


Kerana, disebalik masalah atau cabaran atau kerja atau tugasan atau amanah, yang menimpa kita, yang paling penting ialah Bagaimana kita berhadapan dengan segala hal ini, bukannya Kenapa Masalah itu timbul.

Memang benar, masalah, isu dan cabaran akan sentiasa ada dalam setiap manusia. Semua orang ada masalah. Pepatah extreme ada menyebut,

"Orang yang tidak ada masalah hanyalah orang gila sahaja."

Maka, menyedari realiti ini, kita harus sedar dan yakin bahawa, yang menjadi persoalan sekarang ialah bukan banyaknya masalah dan cabaran yang melanda kita, tapi bagaimana kita berhadapan dengan masalah dan cabaran tersebut. Bagaimana kita mempersiapkan capacity kita untuk menjadi penyelesai kepada masalah dan Manager kepada pergerakan Dakwah di tempat kita berada.

Kerana sesungguhnya, ketahuilah, semakin banyak anda diberi kepercayan, tugas, dan tanggung jawab, maka semakin banyak pula masalah yang akan timbul. Jadi kenapa kita perlu takut dan benci kepada masalah, kalau ianya sesuatu yang pasti dan harus kita hadapi?

Saya percaya, anda mungkin diberi tanggungjawab tertentu untuk mengurus dakwah di tempat anda berada sekarang. Mungkin anda adalah seorang naqib atau murobbi bagi 4-8 orang anak usrah. Mungkin anda ditugaskan untuk mengajak dan DF 3-4 orang pelajar kepada Islam, padahal mereka nampak gayanya seolah-olah tiada harapan untuk join gerabak dakwah ini. Atau boleh jadi anda adalah salah seorang dari beberapa ikhwah yang sedang berusaha menubuhkan Wadah Dakwah & Tarbiyah Pelajar di Lokaliti anda berada sekarang.

Tentu anda merasa, andalah orang yang super-sibuk sekarang. Masakan tidak, orang lain boleh fokus 100% pada study, dan benda-benda etc lain seperti tengok wayang, main DOTA, jalan-jalan perhabis duit elaun, dsb, walhal anda pula terpaksa bahagikan masa sebaik mungkin untuk urusan Study dan menTarbiyah diri, dan orang lain.



Namun, bayangkan, sesibuk-sibuk anda, sibuk lagi seorang Perdana Menteri,yang berhadapan dengan masalah-masalah Dalam Negara, Luar Negara, dan Antara Bangsa. Ditambah dengan masalah personal lagi. Agak-agak la, ada masa tak DS Najib nak merungut tentang masalah yang dihadapinya?

Kita baru sahaja mengurus sekelompok kecil manusia yang mungkin tak sampai 10 orang pun. Paling hebat pun, dikalangan kita, mungkin ada yang merupakan Big Boss kepada 250 orang ikhwah akhawat di negara tertentu yang berada di bawah tanggung jawab kita. Namun, jumlah ini masih lagi sedikit dan umpama "lekat celah gigi" jika dibandingkan dengan jumlah binaan, tanggungan dan amanah ikhwah dan pakcik lain yang mungkin berjumlah jutaan atau lebih dan melibatkan medan yang lebih besar dan mencabar.


Antara contoh mereka-mereka yang sibuk ialah idola saya ialah Ustaz Prof DR
Irwan Prayitno, Gubenur Sumatera Barat. Ustaz Irwan adalah asset berharga bagi ikhwah Indonesia. Bekas penuntut IPTA di Malaysia ini, seperti yang saya dengar dari beberapa ustaz yang tsiqoh, waktu berada di Malaysia ketika menyelesaikan Phd nya, sentiasa sibuk ke hulu dan ke hilir, utara dan selatan Malaysia. Apa yang disibukkannya? Bisnes? Cari kerja tambahan? Tidak, bukan bisnes dan kerja extra, tapi sibuk membina 10 halaqah lebih (bukan 10 mutarabbi, tapi 10 halaqah!!) yang rata-rata terdiri dari 8-10 orang mutarabbi. 

Karya Masterpiece beliau.
Ingat Kepribadian Muslim, ingat Irwan Prayitno.
Yang menariknya, walaupun sibuk membina dan mentarbiyah diri sendiri dan orang lain, beliau tidak pernah miss kelas Master-nya di UPM, Serdang dan masih sempat cemerlang dalam Phd nya. Kelas pun tak pernah miss, disamping mutabaah amal, usrah, katibah, daurah pun tetap beliau commit. 


Seorang lagi tokoh dakwah yang terkenal di Indonesia adalah Ustaz Ir. Tifatul Sembiring, Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia. 

Ustaz Tifatul dikerumuni para wartawan.
Agak-agaknya, ada masa ke beliau nak goyang kaki layan drama series?

Bayangkan betapa sibuknya beliau. Dengan mempertaruhkan jawatan Menteri yang merupakan alat dakwah yang ampuh untuk beliau dan Jamaah, di samping urusan politik Indonesia yang terkenal dengan Korupsi dan Koruptor nya, beliau memegang portfolio Menteri Komunikasi yang merupakan portfolio yang tak kurang penting dalam sebuah Kerajaan dan Pemerintahan. Agak-agaknya, macam mana beliau mengurus diri, anak istri, keluarga, Usrah, Jamaah, dan tugas beliau sebagai menteri? (klik disini)

Begitu juga dengan Perdana Menteri Turki, Recep Teyyep Erdogan. Tidak dapat kita bayangkan betapa sibuknya Erdogan dalam berhadapan dengan waqi' dakwah di Turki.


Saksikan Erdogan "smack down" PM Israel depan-depan. Ambik mung menate Israel!

Seperti yang diketahui umum, Turki adalah sarang pertama dan terakhir bagi gologan Sekular dalam Islam. Ia adalah Negara kepada Kepala Bapak kepada Sekular, Mustafa Kemal Attaturk. Dengan kewujudan golongan Sekular, anti-Islamist, dan Kuasa Tentera yang sentiasa alert dan tidak akan berdiam diri dengan kebangkitan Islam di Turki, sudah pasti Erdogan dan Parti AK tidak mungkin ada masa untuk goyang kaki dan bersenang lenang disana. Dakwah dan perjuangan harus mereka jalankan. Hasilnya?


Meanwhile di Mesir, saya tak dapat bayangkan betapa super-sibuknya Syeikh Muhammad Mursi, Bakal Presiden Mesir nanti. Bukan hanya memerintah sebuah Negeri yang besar dan mencabar seperti Mesir, namun, beliau harus berhadapan dengan kuasa dajjal besar seperti Zionist Israel, dan Amerika yang selama ini adalah sahabat kuat dengan Presiden Mesir sebelumnya, Hosni Mubarak. Beliau harus bijak mengatur strategi untuk berhadapan risiko di gulingkan, ditangkap, dibangkang, dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Kerana sudah tentulah, Israel Lahanat yang merupakan jiran Mesir, yang sedang gundah-gulana dan cuak habis pada hari ini, tidak akan berdiam diri dengan kemenangan calon Ikhwan Muslimin ini sebagai presiden. 

Dari kiri Mursyidul Am Ikhwan Muslim, Dr. Badie', Dr. Muhammad Mursi dan Ir. Khairat Shater. (sumber)

Apatah lagi, Ikhwan sangat terkenal dengan ketegasan terhadap Israel seperti berani menghantar tentera yang hampir mengalahkan dan menghalau Israel daripada Palestin pada perang melawan Zionist 1940an. Pada pendapat anda, adakah Syeikh Muhammad Mursi punya masa untuk berseronok dan membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti tengok Movie, dengar music, dan sebagainya?

Teringat pesan Khalifah kedua, Umar al-Khattab yang agung radiallah anhu yang harus kita catat dengan tinta dari emas lalu kita pahatkan didalam dada kita.

"Jika aku tidur pada siang hari, bererti aku curang kepada ummatku dan kaum muslimin, tapi
jika aku tidur pada malam hari, bererti aku curang kepada Rabb-ku."


Ini adalah masalah dan cabaran yang dihadapi oleh beberapa tokoh dakwah yang pernah diTarbiyah seperti anda. Namun, cuba bandingkan pula dengan cabaran dan masalah yang sedang anda hadapi sekarang.

Sekian.

Wednesday, June 6, 2012

Kita Tertipu

Gambar hiasan

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, Allah SWT akan sentiasa memberi dan menambah "nikmat" dan "Rezeki" untuk kita semua.

Contohnya, kalau 10 tahun lepas kita ada Nokia 3310 je, sekarang dah ada BB. Kalau setahun lepas kita jalan kaki jer, sekarang dah ada motor/kereta.
Alhamdulillah, Itulah bukti Allah sentiasa peduli dan sayangkan kita.

Cuma yang peliknya, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, Kita pula yang selalu menambah "dosa" atau mengulang kembali "maksiat" lama yang pernah kita buat dulu.

Bayangkan, bila kita bermaksiat kepadanya, pada malam hari, kemudian kita bangun pada keesokan pagi harinya, kita masih tetap seperti semalam, tidak ada berkurang dari kita.

Masih boleh berjalan seperti semalam, Masih punya tenaga walaupun untuk membuka pintu bilik menggunakan tangan yang Dia beri pinjam sejak 20-30 tahun  yang lalu.Dan masih diberikan segala kemudahan kepada kita. Seperti matahari tetap menyinar terang, angin tetap bertiup aman, dan kemudahan bekalan Air dan elektrik yang masih berjalan seperti semalam.

Cuba renungkan, apakah pernah selepas kita bermaksiat kepadanya,  tiba-tiba bekalan air di rumah kita tak semena2 terputus?

Atau pernahkah terjadi, selepas kita pulang dari tempat2 yang maksiat atau lagho, tiba-tiba bekalan elektrik rumah kita di potong?

Apakah sering kita dengar, selepas para hedonist pulang dari Konsert, atau Gig, dengan bermabuk2kan dan bercampur lelaki perempuan, tiba-tiba seketul meteor jatuh menghempap rumah-rumah para pelaku maksiat tersebut atau gempa bumi tiba-tiba terjadi di tempat-tempat maksiat yang sedang berleluasa.

Saturday, June 2, 2012

[Kopi Pasta] DAP dari sudut pandang seorang Islamis


1 June 2012
Dr Maslee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, adalah pakar dalam bidang politik moen dunia Islam. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di Jordan, ijazah sarjana dari Universiti Malaya dan doktor falsafah PhD dari University Durham, UK. Wartawan Roketkini Hafiz Zainuddin dan Iza Suraiya telah menemu bual tentang Islam, Melayu dan DAP. 



Apa pandangan Dr mengenai DAP dalam suasana sekarang?

Mana-mana parti pun mengalami evolusi, contohnya PAS hari ini tidak sama dengan PAS pada 90-an, dan PAS 90-an pula tak sama dengan PAS sebelum tahun 1979 iaitu sebelum kepimpinan ulama. Dan sebelum kepimpinan ulama pun zaman Dato’ Asri Muda tak sama dengan zaman Dr.Burhanuddin al-Helmy. Dalam UMNO pun begitu juga, begitu juga dengan PKR sebelum Anwar dibebaskan dengan selepas dibebaskan. Seluruh dunia, mana-mana parti akan mengalami perubahan.
Pada pendapat saya, DAP selepas 2008 nampak banyak perubahan drastik. Cuma bagi orang luar, pertama kita terpaksa berlawan dengan prejudis. keduanya ialah propaganda oleh BN, ketiganya dengan tingkah laku pimpinan-pimpinan DAP yang tidak mewakili parti dalam tindakan mereka. Orang Melayu contohnya, prejudis lebih mudah… tak payah kaji, tak payah pening kepala dan sebagainya.

Adakah perjuangan DAP yang berideologi demokrasi sosial yang meliputi keadilan sejagat boleh dianggap sebagai sebahagian dari konsep perjuangan Islam itu sendiri?
Mungkin kita tidak kata begitu tetapi ada di antara perjuangan tersebut yang tidak bersalahan dengan Islam sebab hukum asal penglibatan politik dalam Islam adalah bersifat ‘harus’. Halal, kecuali perbuatan itu (berpolitik) bertentangan dengan syariat…. Saya melihat, perjuangan DAP tidak bersalahan dengan Islam tetapi mengatakan segala-galanya (dalam DAP) adalah Islam, itu tidak lagilah, perlu perbincangan lanjut.
Contohnya kalau pun saya mengatakan bahawa agama saya lebih benar dari agama A atau B, tetapi itu bukan bermaksud saya kena mendiskriminasi A atau B. Atau perlu bermusuhan atau boleh menzalimi mereka. Itu konsep umum dalam muamalat iaitu keadilan, amanah dan ehsan.

Bagaimana dengan prejudis yang mengatakan menyertai DAP itu tidak sesuai dengan Islam kerana menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin?
Perkara ini perlu kita faham. Dalam persoalan ini, adakah pemimpin itu pimpinan tertinggi? Atau pimpinan agama? Atau pimpinan sebagai wakil untuk perjuangkan hak-hak bersama? Kalau memilih pemimpin untuk perjuangkan hak bersama, tidak ada salahnya. Melainkan memilih pemimpin bukan Islm sebagai pemimpin agama dan pemimpin ‘tertinggi’. Di Malaysia pemimpin tertinggi kita ialah Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini isu sentimen yang perlu ditngani.
Walaubagaimanapun, masih ramai kalangan ulama yang tidak membezakan apa itu wakil untuk perjuangkan hak bersama, pemimpin tertinggi dan pemimpin agama. Untuk melantik pemimpin yang bukan Islam, pertama dia tidak boleh memusuhi Islam, keduanya perjuangannya tidak bertentangan dengan syariah. Semasa kerajaan Islam Andalusia, ada sahaja menteri dan wakil-wakil yang dilantik di kalangan bukan Islam.

Apakah Dr merasakan perjuangan DAP yang berlandaskan demokrasi sosial sesuai untuk semua rakyat Malaysia?
Begini, di dalam melihat kepada ideologi perjuangan (DAP), jika kita ikut kaedah konvensional ‘Islamis’, isme-isme ini tidak diterima. Tetapi, Islamis generasi baru atau demokrat Islamis seperi Ganushi dan sebagainya, dia kena lihat mengikut kes.
Maksudnya, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Contohnya dalam ideologi demokrasi sosial, saya mungkin tidak bersetuju dengan konsep sosialis, tetapi kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan sebagai demokrat kita juga memperjuangkan hak setiap pihak untuk menyuarakan idea mereka. Yang kita tidak mahu adalah paksaan terhadap ideologi.
Sama ada sesuai atau tidak ia ditentukan oleh kecenderungan individu, hatta kalau kita lihat dalam sebuah negara komunis pun ramai saja yang rasa ideologi komunis tidak sesuai. Di Amerika pun ramai juga geng-geng komunis. Dalam kerangka politik demokrasi bukan bermaksud sesuai untuk semua tetapi setiap pihak berhak untuk bersuara dan mengemukakan idea mereka dan bagi demokrat, kita memperjuangkan hak setiap orang untuk diberikan hak mereka untuk bebas menyuarakan idea. Begitu juga pihak yang menyuarakan idea perlu bersedia untuk menerima kritikan, bangkangan atau pun penolakan terhadap apa yang mereka bawa.

Adakah Dr merasakan kemasukan kalangan Melayu ke dalam DAP bukan sesuatu yang bersifat sementara dan ianya satu perkembangan yang baik?
Saya rasa, kemasukan orang Melayu satu hal tetapi kita perlukan kepimpinan yang berkarisma. Mungkin ada tapi belum nampak. Perlu ada kepimpinan yang berkarisma dari kalangan orang Melayu yang dilihat mewakili Melayu Islam.
Saya yakin kalaulah kata pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP  itu berasaskan meritokrasi, kita punya ramai orang Melayu yang mempunyai merit tapi orang Melayu tak perlu takut bersainglah. Banyak saja orang Melayu yang berjaya di luar dan di dalam negara. Mengapa tidak dalam DAP yang lebih kecil?