Showing posts with label Wisdom. Show all posts
Showing posts with label Wisdom. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Da'i dan Murobbi Stem Cells

Salah satu breakthrough (penemuan) yang mengagumkan dalam dunia perubatan pada masa kini ialah stem cell treatment.



Apa itu stem cell?
Stem cell ialah sel yang ada dalam tubuh organisme multisel terutama dalam tubuh manusia,  stem cell mempunyai kemampuan untuk melakukann division (pembelahan) melalui mitosis dan mengalami differentiatiation untuk berubah bentuk menjadi specialized cell, yang mana dari specialized cell ini pula dapat mengalami self-renew untuk menghasilkan stem cell yang baru.

Anda pasti pernah menonton filem Terminator 2-The Judgment Day bukan? Masih ingat lagi akan robot-jahat annoying yang ditembak berkali-kali oleh Arnold Susah-nak-eja dan John Connor, tapi tak mati-mati ?



Dengan bahasa mudahnya seperti itulah konsep self-renewal yang cuba digambarkan dalam filem tu. Cuma dalam Terminator 2, prosesnya berlangsung super-cepat giler dan boleh dikatakan melampau dan melawan hukum alam. hehe

Dalam badan manusia ada dua jenis stem cell.
1. Embryonic stem cell, (ESM) yang di-isolasi dari blastocyst pada bahagian inner cell mass.

2. Adult stem cell a.k.a somatic stem cell.


Di antara kedua jenis stem cell ini, jenis ke-2, adult stem cell telah terbukti secara klinis dan empiris dapat mengobati banyak penyakit kronik dan berbahaya. Sejak beberapa tahun terakhir, para scientist dan doktor telah dapat menggunakan jenis stem cell ini mengobati leukemia, dan penyakit berkaitan dengan tulang dan darah melalui teknik yang dinamakan bone marrow transplantation (transplantasi sum-sum tulang, bak kata Bapak Dokter IDI).

Sementara itu, jenis pertama, ESM, masih lagi belum dapat di-praktek kan kerana masih dalam peringkat clincal trial dan berhadapan dengan masalah etika, agama dan moral dalam perubatan kerana melibatkan pembunuhan embrio.

Walau bagaimana pun, yang paling penting ialah, pada masa akan datang, scientist dalam bidang genetic engineering meramalkan stem cell therapy berupaya menjadi jawapan dan solusi kepada masalah-masalah penyakit yang timbul di tubuh manusia.


Mereka juga menjangkakan Stem cell therapy akan menjadi trend dalam dunia perubatan, seperti mana pada masa kini, trend orang sakit kepala akan makan panadol, dan trend pesakit jantung lebih memilih pemasangan stent yang lebih simple berbanding operasi bypass yang memerlukan open heart surgery.

Daripada top 5 penyakit pembunuh  manusia seperti Gagal Hati, stroke, diabetes mellitus, kerosakan otot jantung, cancer, buta, spinal cord injury, ALS (Amyotrophic lateral sclerosis), penyakit-penyakit Orthopaedic  bahkan kemandulan.


Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Sebenarnya huraian saya mengenai stem cell therapy diatas tidak lebih dari hanya-sekadar sebuah analogi. Analogi kepada Kehidupan kita yang lebih penting buat kita hayati sebagai hamba dan Khalifah Allah dimuka bumi. Kita tidak hanya membahas teori ilmiah yang menjadi Kenyang di Akal, tapi kita juga harus menghayati dan memahami dengan Hati dan Qalbu yang jernih supaya dapat juga mengenyangkan Hati.

Bukankah kita sering mendengar firman Allah dilaungkan;

"Akan Kami sumbat neraka Jahanam dengan banyak dari Golongan Jin dan Manusia, Diorang ada Hati, tapi tak diguna untuk memahami, Diorang ada mata, tak guna untuk melihat, diorang ada telinga, tak diguna untuk mendengar.." (7:179)
Pembaca yang di rahmati Allah sekalian,
Sangat besar manfaat yang dikurniakan Allah kepada hanya sebiji  Stem cell. 
Hebat,  power, magic. Mungkin inilah bisikan hati kita kepada "makhluk" ciptaan Allah ini.
Saksikanlah, sebiji stem cell berupaya menjadi asbab kepada therapy kepada pelbagai penyakit kronis dan parah dalam dunia ini. Sifat stem cell yang pluripotent (pluri: beberapa, potent: potensi/kemampuan) dan multipotent (multi: banyak, potent: mampu) menjadi aset dan asas yang sangat penting untuk mengobati penyakit manusia.

Jika Stem Cell adalah ciptaan Allah yang pluri-potent, dan potency yang ada padanya diciptakan dan ditakdirkan oleh Allah untuk menyelesaikan masalah kesihatan manusia, bayangkan potency yang dimiliki oleh Makhluk Multi-cellular seperti Manusia. Untuk apa ia diciptakan dengan jutaan potensi?

Jika stem cell adalah analogi kepada KITA, ummat Islam dan para pemuda Islam, dan cell potency  pada stem cell sebagai potensi/tahap kelogaman KITA, maka masalah kesehatan dan penyakit kronik seperti Barah Otak (Cancer), Kencing Manis (DM), Angin Ahmar (Stroke), Nyanyuk (Alzheimer's Disease) dll merupakan analogi dan gambaran kepada Masalah-masalah Ummat Islam pada hari ini. Dan yang paling mantap-nya ialah, masalah-masalah dan isu yang kita lihat menimpa Ummat pada hari ini sebenarnya telah di diagnosis oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau telah menyimpulkan bahawa ada 7 masalah Ummat Islam kini.

Apakah 7 Masalah ummat tersebut? Supaya pembacaan kita lebih interaktif, Saya serahkan kepada anda sendiri untuk mencari jawapannya. Apapun, 7 masalah Ummat yang dikemukakan ISHAB telah dimuatkan oleh ISHAB dalam Risalah Baina Amsi wa Yaum (Antara Semalam dan Hari ini)
7 masalah ummat ini adalah merupakan asas kepada terciptanya modul ISK (ini sejarah kita) yang popular dikalangan da'i muda mudi zaman kini.

Kalau anda merasa diri telah lama (more than 6 months) join tarbiyah/Usrah/Liqo'/ Bulatan Gembira, seharusnya anda berasa malu kalau masih lagi tidak tahu apa 7 Masalah Ummat yang dikemukakan ISHAB.  huhu.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian.
Masalah Ummatt yang melanda pada abad ke-14 ini, merupakan tugas kita untuk diselesaikannya. Menjadi tanggung jawab kita, da'i dan murobbi stem cell untuk terjun ke medan untuk menyelesaikannya. Menjadi tanggung jawab dan bebanan ke atas kalian para pelajar muslim untuk mengobati masalah Ummat ini yang manifestasi klinis nya telah dapat dilihat jelas pada akhlak, sifat, dan gejala sosial yang menimpa rakan-rakan sekelas dan sekuliah anda.


Sebagaimana stem cell, yang perlu kepada proses Division (mitosis) dan Differentiation, maka begitu jugalah Para pemuda muslimin hari ini perlu kepada Division dan Differentiation. Jadi, apakah yang dianalogikan sebagai division dan differentiation dikalangan para da'i?

Ya, Division and Differentiation para pemuda-pemuda muslimin hari ini tak lain tak bukan ialah Dakwah dan Tarbiyah, DnT.

Sebagaimana stem cell perlu kepada Division untuk memastikan survival dan kuantiti-nya bertambah, begitulah juga para pemuda-pemudi da'i muslim pada hari perlu kepada Da'wah
-menjadi Murobbi, mencari Mad'u&Mutarabbi baru, dengan DF, dan menghimpun (mentajmi')  dan membina (takwin) mad'u dan kader baru- demi memastikan survival Stem Cell yang bernama Da'i atau Murobbi.

Jika stem cell sangat perlu kepada proses differentiation dan self renewal untuk memastikan stem cell tersebut dapat matang dan ready untuk digunakan pada tingkat organ lain yang lebih vital dan penting (misalkan; di Otak, Jantung, dan Darah), maka pemuda-pemudi muslim pula perlu kepada Tarbiyah untuk memastikan mereka siap memikul amanah dan risalah suci dan mulia ini, risalah Da'wah kepada Allah, sebagai mana yang telah diamanahkan kepada para Rasul, para Sahabat, dan generasi terdahulu yang gemilang.

Semoga tulisan ini dapat mengispirasi banyak orang untuk terus melakukan

Da'wah "cell division and self-renewal" 
-menjadi Murobbi, mencari Mad'u&Mutarabbi baru, dengan DF, dan menghimpun (mentajmi')  dan membina (takwin) kader da'wah baru-

dan istiqomah dalam  

Tarbiyah "cell differentiation and self renewal" 
-dengan terus ghairah dalam Bulatan Gumbira, istiqomah dalam mutaba'ah amal, istiqomah dengan program tarbiyah, menjaga dan memperbaiki hubungan dengan murobbi dan member usrah lain-

Semoga saya dan anda siap untuk dicampakkan ke mana dan kapan sahaja , untuk membaiki ummah yang sedang sakit kronik dan parah ini.

Sekian.  ^__^

Saturday, August 27, 2011

"You set the tone"

Dr Morgenstern, Chief of Surgery dan merangkap Chief of ER di County General Hospital, kelihatan runsing dan agak gelisah sedang berbual serius dengan Dr Mark Greene, Chief of Resident merangkap hero utama di dalam kisah drama series terlama di dunia, ER. Something bad terjadi di wad kecemasan (ER) County General Hospital. Colleague kepada Dr Greene, Nurse Carol Hathaway sedang unconscious dan kritikal gara-gara drug overdose. Carol sengaja cuba bunuh diri, gara-gara putus cinta dengan Dr Doug Ross, pediatrician kacak bergaya lakonan George Clooney.

(sila kan klik link dibawah untuk memahami lebih dalam apa yang saya sampaikan di atas.) 

Dr Morgenstern menutup perbualan serius dengan Dr Greene dengan mengatakan,

"The Unit looking to you, Mark. You set the tone."

Mark sebagai ketua Residents di Hospital itu di lihat sebagai orang yang bertanggung-jawab untuk menetukan keputusan case terbabit di unit Kecemasan. Keputusan tindakan selanjut-nya keatas Carol akan ditentukan oleh Mark. Memang, sangat sukar untuk kita menjadi dokter sekaligus kawan kepada patient kita. Apatah lagi dalam kes yang kritikal seperti ini. Mark Greene harus lakukan sesuatu yang tepat!

Scene diatas adalah salah satu dari beberapa scene awal dalam drama series ER. ER yang bermula pada tahun 1994 dan berakhir pada tahun 2010 telah memaparkan kisah drama dan kehidupan doktor-doktor Amerika Syarikat yang bertugas di County General Hospital, Chicago. 

Berkaitan dengan scene diatas, saya tidak mahu mengulas dan menceritakan detail tentang kisah selanjutnya dan apa yang jadi pada Nurse Hathaway, dan apa kisah cinta dia dengan Doug Ross. Tak perlu. Cuma, yang saya rasa sangat menarik untuk diambil ibrah dari kisah ER ini ialah ucapan keramat Dr Morgenstern dalam kisah ini, 

"The Unit looking to you, Mark. You set the tone."

kalimat ini lah yang diwarisi oleh Dr Greene selepas dia menggantikan Dr Morgenstern selepas bersara daripada jawatan Chief of ER.

pada seoson 8 ER, sewaktu hari terakhir Dr Greene bertugas di ER (episode terakhir bagi Anthony Edward sebelum watak-nya itu di-mati-kan gara-gara Brain Tumor), Dr Greene menggunakan kalimat warisan Dr Morgenstern ini untuk menasihati Dr John Carter supaya membuat keputusan dan bertindak sebagai Chief of ER. 

"You set the tone , Carter."

Selang beberapa musim (season) ER, pada hari terakhir Carter di ER sebelum beliau terbang ke Afrika (selepas mengambil keputusan untuk berkhidmat di Afrika membantu misi kemanusiaan UN di sana), dia menasihati Dr Morris yang ber-perwatakan dungu dan lucu, yang sedang pening2 di luar ER. 

"You set the tone, Morris!"

"Huh?!" tanya Morris dengan dungu-nya.

"Hehe Never mind" jawab Carter dengan slumber.


Ikhwah fillah yang dikasihi sekalian,

Yang saya ingin sampaikan di dalam posting kali ini ialah, dalam hidup kita yang penuh dengan tanggung-jawab ini, tanggung jawab diri, keluarga, dan terutama urusan ummat ini, kita kena sedar bahawa kita-lah yang mencorakkan menentukan nada dan gaya lenggok sesuatu perkara. Kita yang set the tone untuk urusan diri, keluarga, masyarakat, negara, dan Ummah ini.

Lebih-lebih lagi, ikhwah fillah yang ana kasihi sekalian, kita sebagai murobbi dan Naqib usrah, hendaklah sedar bahwa, kita lah yang set the tone untuk mutarabbi-mutarabbi dan adik-adik usrah kita. Kita-lah yang menentukan hala-tuju mereka dan mencorakkan tarbiyah adik-adik binaan kita dengan style kita tersendiri untuk membina mereka.

Kalau kita lihat usrah kita terlalu santai, ketahuilah, kitalah yang bertanggung jawab untuk set the tone menjadikan usrah kita santai.

Kalau kita berasa adik-adik usrah kita banyak bantah cakap kita, banyak cakap benda merapu dan lari topik, banyak main-main dan tak serius dengan kehadiran kita sebagai Naqib mereka, ketahui-lah ikhwah fillah sekalian, sedar atau tidak kitalah yang mungkin telah set the tone supaya usrah kita berlaku macam tu. 

Dalam tak sedar, mungkin saja kita ada maklumkan ke adik-adik usrah, "Kalau dengan ana, santai-santai jer, kalau tak setuju, boleh terus bantah," Mungkin saja terjadi macam tu.

Oleh itu, gaya hidup kita, pattern dan pola tarbiyah adik-adik usrah kita, perjalanan pergerakan Jamaah kita, perjalanan cawangan da'wah yang kita jadi Mas'ul disitu, atau pun perjalanan persatuan yang kita pegang sangata-sangat-lah bergantung kepada kita untuk memimpinnya.

Jangan kita salah-kan objek yang kita pimpin, gara kita sendiri yang salah cara dalam memimpin dan set the tone.

Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang istri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba abdi juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya

(HR Bukhari Muslim)

"You set the tone, Murobbi" =)

Friday, July 15, 2011

"Gigitlah Ia Dengan Gigi Molar Ke Tiga!"


Tersebutlah kisah, ada seorang Sifu yang berhajat untuk bertemu dengan anak muridnya untuk menyampaikan beberapa wasiat penting. Sifu itu nekad untuk bertemu muridnya walaupun dia harus menempuh perjalanan selama 9 jam untuk bertemu muridnya. Walaubagaimanapun, sayangnya Sifu tadi hanya punya masa selama 2 jam saja untuk delivere message penting nya kepada murid harapan-nya tadi.

Pada pendapat anda, apakah mesej dan amanat penting yang ingin disampaikan oleh Sifu tadi kepada Murid nya? 

Mungkin jawapan anda, "manalah kawe nak tahu, demo tak bagi tahu siapa Sifu tu". Benar juga. sebab saya tidak pernah menyebutkan siapa Sifu itu, dan bidang apa yang beliau men"Sifu"kan diri. Sifu M.Nasir-kah dia atau seorang guru Kung Fu-kah dia?


Tapi yang pasti, saya jamin anda dapat merasakan bahawa mesej dan amanat yang ingin beliau sampaikan kepada muridnya tadi adalah Super-Duper penting. Sebab,Sifu tadi sanggup menempuh perjalanan selama 9 jam semata-mata untuk bertemu muridnya demi untuk menyampaikan amanat dalam masa hanya 2 jam sahaja. Sudah tentu mesej yang ingin disampaikan adalah mesej maha penting,ringkas, sarat dan padat dengan kata-kata hikmah dan amanat2 yang memadatkan. Dalam bahasa mudah-nya, memang penting dan padat lah! 

Well, ala kulli hal, scenario yang saya ceritakan diatas,sebenarnya menggambarkan apa yang berlaku di Shah Alam beberapa hari lepas. Lebih spesifik lagi yang berlaku pada 11 Julai 2011 di Dewan Jubli Perak SUK Selangor, Shah Alam pada pukul 8 malam. Kita di Malaysia didatangi oleh seorang Sifu dan Master Da'wah. Dari raut wajahnya, dan warna rambutnya, sudah jelas kelihatan beliau sudah berusia 70an. Tapi , subhanallah.. hamasah "semangat" nya menyamai pemuda 17 tahun. Beliau telah lama berkecimpung dalam arena da'wah ini. Bahkan, yang paling mengkagumkan saya ialah, dikatakan oleh seorang ikhwah yang tsiqoh, sejak berusia 15 tahun lagi, beliau sempat bertemu dan berguru langsung dengan Sifu Hassan al-Banna. Beliau lah penulis buku Tsawabit al Mutaghayyirat (Hal-hal yang Tidak Bisa Berubah). Ladies and Gentlemen, behold, Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin!


Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, dan berasa "tidak nyambung" dengan scenario "Sifu dan Muridnya" yang saya ceritakan pada awal topik ini. Apakah kaitannya?

Kaitannya ialah sebenarnya saya ingin menggambarkan Syeikh Jum'ah Amin-lah sebagai Sifu tadi. Beliau telah menempuh perjalanan selama 9 Jam diatas kapal terbang dari Tanah Arab (Mesir) ke Tanah Melayu (Malaysia) semata-mata2 untuk bertemu dengan "murid-murid"nya iaitu ikhwah-akhawat di Malaysia untuk menyampaikan Wacana Tarbawi nya. Masa yang beliau ada hanyalah lebih kurang 2 jam saja (8 pm sampai 1130 pm). Jadi,sudah tentu beliau akan menyampaikan poin-poin yang sangat-sangat-sangat penting bukan?

Namun begitu, yang "pelik"nya ialah, yang menjadi isi perbicaraan Naib Mursyid Am IM pada malam tersebut, kelihatannya hanya berkisar kepada perkara yang boleh dikatakan terlalu basic. Seperti;

"Pembentukan individu muslim."

"Hassan AlBanna berpesan supaya seorang Ikhwan harus menjaga mutabaah amal-nya. seperti tilawah 1 juz per hari, istighfar 100x, zikir mathurat, qiamullail minimum 2 rakaat per malam..."

"Tentang Ukhuwah..."

"Program KATIBAH dan Mabit sebagai wasilah Tarbiyah yang penting.."

"Hassan Al Banna membahagikan manusia kepada 4 golongan. Beriman, Oportunist, Mutaraddid, Penentang..."

"Asholah Qabla Ishlah a.k.a Ishlah Nafsak Wad'u Ghairak..."

dan seterusnya. 



Dan kalau ikutkan pada fikiran yang dangkal "cetek", tidak perlu kita susah-susah jemput Syeikh Besar dari IM Mesir untuk ceritakan perkara-perkara yang boleh dikatakan basic tadi. Sebab, sebenarnya Syeikh-syeikh kita di Malaysia pun boleh ceritakan perkara-perkara basic tadi dengan mantap dan penuh hikmah. Lihat saja dua Ustaz kita, Ustaz Muhaimin dan Ustaz Hasanuddin. Mereka dapat men"translate" ucapan Syeikh Jum'ah Amin secara langsung dan spontan. Bahkan mereka berdua boleh menghuraikan dan mentafsir kata-kata Syeikh Jum'ah Amin dengan penuh bijaksana. Mereka sudah dikira hebat! 



Jadi, apa perlunya undang Syeikh Besar Ikhwan Muslimin jauh-jauh dari Mesir untuk menyampaikan perkara basic, yang rasanya kita sudah dapat dan mungkin sering dengar melalui Naqib kita dalam Usrah-usrah kecil di tempat kita berada sekarang?  

kenapa syeikh Jum'ah Amin tidak membahaskan tentang Ketamadunan Islam ker, Islam Hadhari ker, Kemajuan Teknologi ker atau Pembangunan Ekonomi Ummat ker dan bermacam perkara yang dapat menggambarkan Wawasan ke depan Ikhwan (ala2 Wawasan 2020 Tun Mahathir). Lagi pula, perkara-perkara ini juga penting, terutama buat ummat di zaman Sains dan teknologi ini.

...Hurmm...

Sebenarnya, pemikiran semacam inilah yang salah. Yaitu pemikiran yang memandang bosan dan remeh akan perkara yang basic dan mengangap penting perkara cabang. Basic dalam bahasa melayu berarti ASAS. dalam bahasa Arab dipanggil QAEDAH. Sesungguhnya, perkara yang paling utama ialah basic. Tanpa basic yang kuat, sesuatu perkara akan runtuh.Contohnya, disebabkan basic yang tidak kuatlah, Highland Tower telah runtuh dengan slumber-nya pada 1993. Disebabkan tidak menguasai basic anatomy, physiology, dan patophisiology-lah, ramai medical student yang agak merangkak2 waktu clinical year nanti. Dan banyak lagi contoh lain. Anda rekalah sendiri.

Sebab itulah 2 Kalimat Syahadah dipanggil Aqidah. Sebab itulah 13 tahun awal da'wah nabi lebih kepada pembinaan Aqidah, Roh, dan Akhlak. Hanya pada 1000 tahun kemudian, barulah ummat ini bercakap soal Tamadun dan Teknologi. Ini sudah dijelaskan dengan crystal clear dalam ISK.

Walaubagaimanapun, kesimpulan yang saya dapat buat setelah mengikuti langsung Wacana Tarbawi oleh Syeikh Jum'ah Amin ialah, 

dimana saja kita berada,

di zaman mana kita membawa da'wah ini,

di waqi' mana sekali pun,

di mehwar mana sekali pun kita mengoperasikan da'wah ini. baik di mehwar sya'bi "masyarakat" mahupun daulah  "pemerintahan".
di medan apa sekali pun kita me'lebur'kan diri dalam da'wah ini (izabatun nafsi fi da'wah)
baik sebagai doktor, guru, bisnesman, engineer, bakal ustaz.

atau pun sebagai YDP (Yang Dipertua) sebuah persatuan pelajar, atau orang penting persatuan tersebut,

kita tak dapat lari dari perkara basic, yaitu aspek pembinaan Individu Muslim, sebagai Asas kepada Revolusi Ummat dan Gerakan Islah.

Kita sebagai dai' tak dapat meninggalkan 3 perkara basic, iaitu tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah.

Kerana perkara basic tarbiyah inilah menjadi sunnah bagi para pendahulu kita, baik di Zaman Rasulullah, mahupun di Zaman Salahuddin al Ayyubi.Baik di Zaman Da'wah Mekah, mahupun di Zaman Kegemilangan Turki Uthmaniyah. Basic ini harus kita sentiasa pegang dan "gigit dengan gigi geraham" kita.

“Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang hamba abdi. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup selepasku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Karena itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian (gigi molar ke tiga). (Hadis Riwayat. Abu Dawud no. 3991)