Showing posts with label Bedtime story. Show all posts
Showing posts with label Bedtime story. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Kisah Sang Professor dan Sang Kyai

Ada seorang professor yang tinggal di sebuah ibu kota Metropolitan. Jakarta. Dengan Phd-nya, beliau mengajar di sebuah Universitas terkemuka di Jakarta. Walaupun sudah bergelar Ketua Dekan di sebuah Fakulti di Kampus tersebut, beliau masih aktif mengajar di situ. Padahal kalau diikutkan beliau tidak usah "bersusah payah" mengajar kerana dari segi in-come, duit bermillion2 sudah dijanjikan masuk ke dalam akaun nya pada setiap akhir bulan. Namun beliau tetap gigih mengajar. Mendidik ummat, dan "bersentuhan" (baca: contact) secara langsung dengan anak bangsa.Tak hairan, anak didiknya ramai yang sukses. Tambahan pula, kampus yang dikelolanya antara yang top di Indonesia, dengan izin Allah.

Pada suatu hari, Sang Professor Phd ini punya hajat yang murni. Beliau berniat mahu menziarahi sahabat lamanya di sebuah pondok pesantren di nun jauh di pedalaman Jawa. Yang paling menariknya, sahabat lama-nya itu bukan sembarangan orang. Tapi merupakan Ketua Kyai di Pesantren tersebut.
Tujuannya kali ini sangat murni.
-Menziarahi kawan lamanya kawan lamanya, Bapak Kyai di Pesantren tersebut.
- dan menginfaqkan sebahagian dari hartanya berupa wang cash yang banyak ke Pondok Pesantren tersebut.

Tekad beliau kali ini sangat-lah kuat. Beliau sangat berharap dengan usaha-nya ini dapat membantu sahabat lamanya dalam memajukan sekolah Pondok Pesantren tersebut. Oleh itu, kali ini beliau mengajak semua kawan-kawan dan anak-anak didiknya untuk bersama-sama dalam Misi Mulia beliau ini. Mereka-mereka yang menyertai Prof PHD ini terdiri dari - 2 orang Head of Department, 4 lectures, dan 8 Mahasiswa tahun akhir. Uniknya ialah, 14 orang ini adalah anggota "secret-circle" (baca: usrah) beliau :)

Maka, dengan menaiki kereta 4WD, berkelanalah mereka 1 Usrah ke Pedalaman Jawa. Turunlah semua "kawan-kawan" sejawat, sekampus dan se"fikrah" itu dengan penuh setia menemani Murobbi mereka, Prof Phd tadi. Dan yang paling penting, niat mereka ikhlas, iaitu membantu menghulurkan bantuan kepada salah seorang "ikhwah" yang sedang memerlukan.


Setelah beberapa buah gunung didaki, hutan belantara diredahi, dan lembah ditelusuri, akhirnya mereka sampai ke tempat yang di tuju. Di atas bukit yang dingin, di dalam hutan yang permai dengan bunyi unggas berzikir dengan penuh harmonis. Di lokasi yang menyejukkan pandangan minda dan hati inilah berdirinya Pondok Pesantren yang sangat sederhana itu. Tidak terlalu besar dan tidak kecil. "Pas-pas-an aja" bak kata orang Indonesia.


Wednesday, April 4, 2012

A Little Boy With A Big Stone


Suatu hari, seorang anak berumur 5 tahun mendekati Ibunya yang sedang sibuk memasak makanan tengah hari di dapur.  Dengan berniat untuk mengambil perhatian ibunya, tanpa berkata-kata anak itu menarik apron yang melekat di badan ibunya. Menyadari kelakuan anaknya itu, tanpa menoleh, ibunya bertanya

"Ya, ada apa?"

"Hari ini saya dah tak dapat nak main lagi kat luar!" komplen anak lelaki nya itu.

"Laa, kenapa pula?" kata Ibu yang sempat melayan anaknya walaupun matanya masih terfokus pada kari kepala ikan tuna yang sedang "melompat-lompat" di dapur.

"Ada batu besar sedang berada di laman rumah kita. ianya mengganggu tempat saya bermain."

Mendengar keluhan anak nya itu, Ibu tadi mengalihkan wajah, dan tubuhnya kearah anaknya. Tiba-tiba saja, fokus Ibu tadi beralih. Beralih dari Kari Kepala Ikan Tuna masakan kegemaran suaminya, kepada melayan kerenah anak bongsunya pula. Dengan sifat keibuan yang ada padanya, beliau berusaha menunduk untuk menyamai ketinggian anaknya. Dengan memegang mesra bahu anaknya, beliau bermadah,

"Anakku, Sebesar apa pun batu itu, dan seteruk mana pun ia menghalang tempat main-mu, kamu pasti akan dapat menyingkirkannya, asalkan,  kamu menggunakan seluruh kekuatan yang kamu miliki untuk mengangkat, dan mengalihkan batu itu daripada menggangu apa yang akan kamu lakukan."

Setelah mendengar bait-bait saranan penuh makna dari Ibunya, budak itu serta merta mendapat idea. Dia menerima saranan itu dan berazam untuk menggunakan seluruh kekuatan yang dimilikinya untuk mengangkat batu itu.

Setelah 10 menit berlalu, budak tadi kembali mendatangi ibunya. Tapi kali ini gelagat anak itu lebih advance dari sebelum ini. Dengan termengah-mengah dan dadanya naik turun,  muka nya masam dan mulutnya muncung, dia pergi menghadap ibunya yang sedang terpacak di depan sinki. Tanpa mengeluarkan suara dia menarik lagi apron ibunya.

"Laa, kenapa pula ni??" tanya ibu-nya dengan ramah tapi dalam kehairanan.

"Saya dah cuba angkat batu itu dengan sangat kuat, sekuat tenaga yang saya miliki, tapi tak berjaya juga, walaupun untuk mengerakannya. Aduuh. Susahlah macam ni!"

Gelagat anak tadi menyebabkan Ibu yang sedang mencuci pinggan di sinki terhenti seketika. Beliau sempat memandang wajah anak nya sambil mengangkat kedua kening sedikit melebihi kacamata retro-nya. Setelah mengambil sela nafas pendek, tidak semena-mena Ibu itu mengukir senyuman.

Setelah itu, beliau membilas ala kadar tangan nya, lalu menutup paip sinki. Langsung, setelah itu, beliau lap tangannya ke apron. Kemudian, beliau mendekati anaknya yang sedang duduk di atas kerusi meja makan dalam gaya "protes".

Ibu itu hanya tersenyum sambil memperhatikan mesra gelagat anaknya; mulut diam membisu sambil memeluk tubuhnya sendiri, memuncungkan mulut,dan  memasamkan muka. Dalam body language ini tandanya seseorang sedang defensive dan tidak mahu diganggu.


Ibu tadi menarik kerusi makan, lalu duduk di samping anaknya.

Tiba-tiba Ibu tadi berkata;

"Anakku, kadang-kadang, menggunakan seluruh kekuatan yang kita miliki bukanlah bermaksud hanya dengan menggunakan kekuatan yang ada pada diri kita sahaja. Tapi, ianya bermaksud meminta bantuan kekuatan dari orang lain yang berada bersama kita untuk sama-sama mengangkatnya."

"Jom, ibu bantu kamu" kata ibu tadi spontan kepada anaknya.

Lalu ibu tadi pergi bersama anaknya ke laman belakang rumahnya, lalu mengangkat batu besar itu bersama-sama. Dan hasilnya, mereka bersama-sama berjaya mengangkatnya dan mengalihkan batu besar yang menghalangi laman belakang rumah mereka.

Akhirnya, anak lelaki 5 tahun tadi dapat bermain di laman permainannya dengan gembira sekali.

The End


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


What are morals of the story?

Lesson #1
Saudara-saudara ku, ketahuilah, bahawa akhir kepada setiap kesulitan dalam hidup berupa - masalah, dugaan, ujian, cabaran, "cuak", dan "aduh!" adalah kemudahan berupa- kesenangan, nikmat, kesenangan, "legaabangat!", dan "best-nya. alhamdulillah".

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (al-Insyirah 94:5-6 .

Lesson #2
Saudara-saudaraku, 

Baginda Rasul SAW pernah bersabda; 
 
فَإِنَّ الْبَرَكَةَ مَعَ الْجَمَاعَة 
"Maka sesungguhnya keberkatan itu bersama jamaah (kebersamaan) “ (HR.Ibnu Majah)  

Keberkatan berarti bertambahnya kebaikan. Maka dengan berjamaah (kebersamaan) akan melahirkan, bahkan melipatgandakan kebaikan. Pekerjaan yang dilakukan oleh 2 orang (atau lebih) yang dilakukan secara bersama-sama lebih keberkatannya berbanding pekerjaan yang sama yang dilakukan oleh 1 orang. Contoh di depan mata adalah solat berjamaah di masjid 27 kali ganda lebih baik berbanding solat sendirian di rumah. Kalau dengan solat pun Allah penting kan amal jama'e (amal bersama-sama) apatah lagi dengan amal yang besar seperti  Dakwah, Pemerintahan dan membangun Kekuatan Ketenteraan! 

Walaupun seorang yang maksum, dan mempunyai akhlak yang agung (68:4) ketahuilah, sesungguhnya bukanlah Baginda Rasul SAW itu seorang "lone ranger" dakwah yang bergerak sendiri-sendiri berceramah, mengajar Quran dan Sunnah, me-DF (Dakwah Fardiyah) mad'u, melakukan "tajmik", dan membawa binaan "usrah". Sama sekali bukan. Tapi Nabi SAW, dengan sifat-nya yang sempurna, tetap membentuk team dan core group yang dipanggil Qaedah Sulbah (Asas Kukuh). Apa dalil-nya? Ingatlah, ahli Badar adalah 3% daripada total penduduk Makkah yang berjaya mengalah Quraisy Mekah.

Kitab Amal Jama'e karya Mustafa Masyur adalah basic kepada poin no-2 ini. Mintalah kepada Murobbi/ah anda untuk membahaskannya dalam usrah/bulatan gembira anda, itupun jikalau belum pernah dibahaskan lagi.

Lesson # 3
Saudara-saudaraku,
Sehebat mana pun anda, sepandai mana pun anda, se-alim mana pun anda, se-muntij mana amal anda, se-benar mana pun pendapat anda, tidak ada erti disisi Allah jika tanpa dibincangkan (baca: disyurokan) bersama dengan orang lain terutama colleagues dan superior anda. Termasuk kategori Colleagues ialah adik-beradik, classmate, housemate, roomate, Usrah-mate dan Syuro-mate (ahli syuro).

Superior
disini pula sebagai contoh Ibu Ayah, Lecturer, Boss, Manager , Mas'ul,  atau Murobbi anda. Syuro-kanlah bersama mereka yang terbabit, bergantung kepada perkara yang harus di syurokan.

Bahkan Imam As-Syafi'e pernah berkata
"Keputusan yang salah dari sebuah musyawarah jauh lebih baik daripada pendapat peribadi, betapapun benarnya pendapat peribadi itu."
Perang Uhud sebagai Asbabun Nuzul (3:159) dan klimaks-nya amalan Syuro. Bahkan sebelumnya, sejak awal lagi, seawal pagi hari pasca peristiwa 'kejutan' di Gua Hira' lagi, bersama Khadijah sang istri tercinta, Baginda Rasul SAW telah pun memulakannya. Hasil "syuro pertama" Rasul SAW dengan istri adalah, antaranya consult (atau, Syuro!) dengan Buhaira, Ahli Kitab yang berada di Mekah.

Kemudian ianya menjadi Sunnah Rasulullah SAW sepanjang seerah beliau, lalu diikuti oleh para sahabat Muhajirin mahupun Ansar, lala diteruskan oleh Khulafa' Rasyidin setelah Baginda wafat. Kemudian Tabi'in dan Tabi' Tabi'in. Maka, setelah 14 ratus tahun, akhirnya sampailah Sunnah Syuro ini di hadapan kita, (anda dan saya) untuk kita sama-sama amalkan dalam setiap amal dakwah kita.

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.(QS. 3:159)

Lesson # 4
Saudara-saudaraku,
mintalah bantuan daripada sesiapa sahaja terutama yang "lebih baik" dari kita. "Lebih Baik" disini meliputi semua segi contohnya lebih berpengalaman, lebih "syeikh", lebih "ruhi" , atau pun lebih pandai bergantung kepada bentuk bantuan yang diinginkan.

Umpamanya, para Guru, Dosen (Lecturer), Dokter Konsulen (Attending) dan Resident yang lebih baik dalam dunia akademik kita. Berkaitan masalah keluarga pula, kita ada Ibu bapa kita. Alim Ulama', Ustaz, dan para ilmuan, sudah pasti mereka lebih baik sebagai sumber ilmu dan rujukan. Dan paling utama sekali jangan pernah lupa para Murobbi kita yang sebenarnya sudah pun meliputi semua peranan yang disebut diatas. -Murobbi adalah Syeikh, Ustaz, Bapa, dan Pemimpin-

Dan begitulah vice versa. Kita yang berasa lebih syeikh, lebih alim, dan lebih berupaya janganlah lokek dan kedekut untuk menginfakkan ilmu, tenaga, masa, dan emosi apatah lagi kepada mereka-mereka yang meminta. Apatah lagi, tuntutan supaya "tidak lokek dan jangan kedekut" ini bertambah double kepada orang yang telah menjadi amanah kita untuk menjaganya. Belum cukupkah surah Abasa sebagai pelajaran berharga? Bukan hanya buat kita, tapi ianya menjadi lesson berharga kepada Nabi SAW. Apatah lagi, kita ini yang Nabi pun bukan, keturunan Nabi pun bukan, bukan anak saudara Nabi, bukan sahabah, dan bukan siapa-siapa, tapi mereka yang mendapat siaran tertunda 1400 tahun lebih lambat berbanding generasi salafusoleh pada 300 tahun pertama kenabian.  
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
"Saling tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan kalian saling bahu membahu dalam dosa dan permusuhan“(5 :2)

Lesson # 5
Yang paling utama dan paling penting, wahai saudara-saudaraku, jangan pernah lupa walau sesaat, bahawa kekuatan dan bantuan paling utama dan terbaik adalah milik Kuasa dari Atas, yaitu Allah SWT. Ucapkanlah dengan lisan, lalu rasakanlah dalam hati kalimat dibawah ini, di saat anda memerlukan bantuan.

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah

Sekian.

Sunday, August 14, 2011

dinamika Ramadhan



Seorang Akh bersembang-sembang dengan murobbi-nya ketika bersurai-nya usrah mingguan mereka.

"Abang, ana kalau ramadhan kali ni, tarawih tak constan la, bang.."

Murobbi nya bertanya, "Maksud anta apa?"

Kata Akh itu "tarawih saya kali ni tak lengkap macam dulu. kadang-kadang ana tarawih tapi tak cukup 8 (atau 20). kadang-kadang tak solat witir"

"Kenapa pula macam tu?" tanya Murobbi dengan nada sedikit hairan.

"sebab ana rasa, yang paling penting bukan pada solat tarawih, tapi pada amalan-amalan fardhu seperti solat wajib berjamaah dan solat sunat rawatib. ramai yang bersemangat tarawih tapi tidak bersemangat untuk solat rawatib even solat berjamaah. padahal itu yang lebih afdhal. ye kan bang?" jawab Akh tadi dengan spontan dan agak senyum-senyum.


Murobbi-nya menunduk untuk memikul beg yang berisi laptop yang baru sahaja di simpannya. Sambil-sambil menyimpan Quran untuk pulang, murobbi-nya bersuara dengan pendek, "Jadi anta tak tarawih la ni ye?"

si akh tadi menjawab dengan nada separuh yakin, "Er..Ha'ah.."


Mendengar jawapan itu sang murobbi tadi mengambil napas pendek selama 0.2 saat. Kemudian, dengan wajah tenang berkata,

"Ramadhan-kan bulan yang penuh keistimewaan. Bulan di mana orang ramai akan merasakan ghiroh (semangat) dan excited untuk beribadah. Sebab tu lah kalau kita tengok ramai pak cik dan mak cik ni sangat teruja bila masuk Ramadhan. Mereka sanggup datang beramai-ramai, kadang-kadang ada yang ajak anak-anak dan cucu-cucu mereka, semata-mata untuk pergi masjid untuk solat tarawih, walaupun pada bulan lain mereka jarang ke masjid untuk solat jamaah. Sebab mereka  feel dan excited dengan Ramadhan, ye kan?"

Akh tadi hanya diam dan menatap wajah murobbi kesayangan-nya.

Lalu, murobbi-nya menyambung

"...Kalau orang awam pun boleh merasakan feel ghiroh dan excited dengan Ramadhan, tak kan-lah kita yang "sudah tidak awam" ni nak dikalahkan dengan pak cik mak cik yang kita panggil orang awam tadi?"

Si Akh tadi terdiam sebentar dan kemudian terangguk-anguk tanda setuju dengan kata-kata murobbi-nya. Kemudian, akh tadi beserta member se-usrah-nya menghantar murobbi-nya ke pintu pagar depan. Sang Murobbi mengucapkan salam dan terus start motor dan meninggalkan rumah mereka. Petanda usrah minggu ini sudah berakhir.

Seusai memasuki pintu rumahnya, Akh tadi merasakan dalam lubuk hati-nya bahawa dia telah belajar sesuatu pelajaran yang penting tentang Ramadhan. Pelajaran tentang berharga-nya saat-saat Ramadhan dan berharga-nya ibadah-ibadah sunnah di bulan Ramadhan. 

Kadang-kadang kehebatan seseorang akh dalam harakah, da'wah, dan amal jama'i tidak menjamin kehebatan-nya dalam beribadah khusus (seperti Solat Tarawih, zikir dll) kepada Allah.

Kadang-kadang kita kena belajar dari orang lain, walaupun orang itu ialah pak cik atau mak cik yang tak pernah ikut usrah dan tidak pernah kenal Hassan al-Banna tapi mempunyai ghiroh dan berasa teruja untuk melakukan beribadah sunnah di Ramadhan ini.

Salam nisfu Ramadhan kepada semua pembaca. 
Jom perbaiki amalan kita! Masih tinggal kira-kira 16 hari sahaja lagi untuk kita "pulun kow-kow" ibadah di bulan Ramadhan ini. 
Jom lah! Kita masih belum terlambat.