| [Anthony Quinn sebagai Saidina Hamzah dalam The Message] |
Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Sunday, November 4, 2012
Friday, October 19, 2012
Su'u Dzan: "Telegram" Dari Allah?
| [sekadar hiasan] |
"ermmmm, macam pernah.Kot"
Dalam kes berburuk sangka, setiap dari kita pasti akan melaluinya. Pernah suatu ketika, saya teringat akan kesalahan, dan kejelakan seseorang terhadap saya. Dan tidak semena-mena buruk sangka merasuki diri ini. Mulalah, pelbagai sangkaan dan andaian saya buat-buat terhadap orang tersebut.
Labels:
Kopi Pasta,
Nasihat,
SJ (sayonara Jahiliyah)
Tuesday, October 16, 2012
Merenung ke Dalam Diri di Sepanjang Jalan Dakwah
| [kredit] |
"Tanggungjawab duah terhadap orang lain tidak harus memalingkan mereka
dari tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri. Dan bahawa kesibukan
mereka berusaha memperbaiki manusia seharusnya tidak memalingkan mereka
daripada mengislahkan hal keadaan mereka."
(Syeikh Hamid Eliwa)
Friday, October 12, 2012
Sepi sejenak
![]() |
| [kredit] |
Kaedah "Sepi sejenak" dalam dunia Kounseling sangat penting. Ia membantu Klien dan Kaunselor untuk menyusun berfikir dan melayan serta mengatur perasaan masing-masing.
Ia juga membantu untuk menjernihkan hati, membuang sifat mazmumah yang tiba-tiba muncul atau berubah niat. Masa itu, boleh buat koreksi diri seketika.
Banyak hadis yang mengajar kita untuk kawal lidah dari melafazkan segala yang terlintas dalam fikiran dan perasaan; disebut dalam bahasa arab sebagai: حديث النفس . Ada lintasan yang baik dan ada lintasan yang tidak baik. "Sepi Sejenak" sangat membantu ketika itu.
Thursday, September 20, 2012
Murabbi Yang Sentiasa Belajar
![]() |
| Murobbi-Mutarabbi LOTR |
" Ketika
kita diberi nikmat oleh Allah swt untuk
menjadi ‘murabbi’, hendaklah kita memahami bahwa ‘mad’u’ (binaan) kita
hanyalah sebuah pemberian dan bukan kepunyaan kita. Di saat ‘halaqah
/ usrah’ berjalan, bukan hanya ‘mad’u’ (binaan) kita yang ditarbiyah,
tetapi diri kita sebagai ‘murabbi’ juga melalui proses untuk lebih
bersabar, bijaksana dan berfikiran lebih terbuka dalam membina. Sudah
semestinya kita perlu menempatkan cinta dan perhatian kita kepada
‘mad’u’ (binaan) secara seimbang kerana cinta memerlukan jarak yang
tepat untuk diluahkan.
Ia seumpama
mencintai bunga mawar di mana janganlah kita petik dengan alasan ingin
melindunginya kerana dengan yang demikian, kitalah yang sesungguhnya
menghancurkan mawar tersebut.
Tapi, buatlah pagar di sekelilingnya agar tidak ada haiwan atau orang-orang yang hendak merosakkannya. Kemudian siramilah ia dengan sabar agar ia dapat tumbuh dengan indah dan mampu mengembang dengan baik. "
Tapi, buatlah pagar di sekelilingnya agar tidak ada haiwan atau orang-orang yang hendak merosakkannya. Kemudian siramilah ia dengan sabar agar ia dapat tumbuh dengan indah dan mampu mengembang dengan baik. "
Menjadi ‘murabbi’ merupakan satu nikmat yang tersendiri dalam berdakwah kerana dengan cara itulah, kita telah melengkapkan diri kita dengan kedua-dua sudut tarbiyah yang bersepadu iaitu :
a. Membina.
b. Dibina.
Ia menjadi suatu yang penting kerana :
1. Menjadi murabbi adalah kewajiban (syar’ie dan jamaah).
2. Menjadi murabbi adalah sunnah rasul.
3. Menjadi murabbi adalah wasilah meningkatkan iman.
Saturday, July 28, 2012
Psikologi Seorang Adik
| sekadar hiasan |
Saya bangga dengan adik-beradik saya. Kami adalah 4 orang lelaki yang dibesarkan oleh seorang ayah yang kami panggil "abah", dan seorang ibu yang kami panggil "ummi" sejak kami mampu mengungkapkan kata-kata dan mengecam mana abah dan ummi.
Dalam keluarga, saya adalah anak kedua. Mendahului saya adalah seorang abang. Menjadi anak tengah merupakan sesuatu yang istimewa. Saya rasa laa... Kerana kita dapat jadi 2 watak dalam satu masa. Kita adalah seorang adik, dan kita juga akan jadi seorang abang. Walaubagaimana pun, menjadi anak tengah tidak lah seteruk yang digambarkan oleh drama series Malcolm in the middle.
Kerana, pada pendapat saya, jika menjadi anak sulong (pertama) dalam keluarga, amat sukar kita mendapat treatment dan priviledge seperti yang diperolehi oleh seorang yang bergelar adik. Begitu juga dengan seorang anak bongsu, yang tidak ada peluang untuk diberikan trust dan harapan menggunung sebagai mana yang diberikan kepada anak sulong.
Berbeza dengan seorang anak tengah. Dia tak terlalu dimanjakan, dan tak terlalu diharapkan. Tapi ini hanya observation yang saya dapat dari keluarga saya. Saya tak pasti keluarga anda bagaimana. Sebab tak semestinya kena ikut Teori saya ini. Contohnya, jika anda pernah membaca Komik Anak-Anak Sidek, Haji Sidek tetap meng"anak-emas"kan Ajib, anak kedua Haji Sidek. Manakala anak sulongnya, Bun kelihatan seolah-olah di anak tirikan. Tapi ini hanyalah berdasarkan cerita komik bibliography zaman akhir 90an. Wallahualam dalam keluarga sebenar Allahyarham Haji Sidek macam mana.
Apapun, yang menarik untuk dikongsi ialah, mengenai psikologi seorang manusia yang bergelar adik.
Bagaimana sifat adik, dan apa pandangan seorang adik kepada superior2 mereka yaitu abang-abang (atau kakak-kakak) mereka?
Harus diingat bahawa teori ini saya tidak ambil dari mana-mana buku psikologi. ini hanyalah pandangan dan pengamatan saya yang sedikit berminat dengan psikologi manusia. Terserah anda mahu terima ini sebagai teori atau tidak. Saya perhatikan, seorang adik cenderung
1. bangga dengan abangnya (atau kakak) .
Sewaktu sekolah rendah dahulu, saya sangat bangga dengan abang saya. Yelah, dia adalah orang pertama diantara kami bersaudara yang dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Kalau sewaktu sekolah rendah pula, dia antara yang paling disayangi oleh cikgu dan kawan-kawan di sekolah. Jadi, kami adik beradik pun tumpang dihormati.
Masih ingat lagi ketika saya masih di bangku sekolah rendah, manakala abang saya form 1 di SMSTMFP (Haa..cari sendiri sekolah apa), saya selalu menyebut-nyebut dan membanggakan abang saya depan kawan-kawan saya.
"Weh, abang aku masuk SBP"
"Mu tahu dok, kat sekolah abang aku ada Kelab Gunting Rambut?"
Syndrom ini berlanjutan, bahkan sampai saya masuk MRSM. Yang peliknya, saya masih lebih berasa izzah dengan abang saya yang dapat masuk SBP padahal saya sendiri dah berada di MRSM. Bagi saya, MRSM agak "bollok" (uncool dalam bahasa kelantan) berbanding SBP. (Ye ke?)
p/s: Walaubagaimanapun, bermula form 4, saya dapat merasakan bahawa masuk MRSM ni cool dan lebih besar nikmatnya berbanding SBP. Heee..
Walaupun dalam dunia kami sendiri, kami saling bercakaran dan bertumbuk untuk berebut nak duduk kereta bagian depan, dan berebut tidur katil double Decker bagian atas,
namun,
saya masih akui bahawa saya selaku seorang adik pernah satu ketika (even sekarang pun) bangga mempunyai seorang abang walaupun bagi orang lain, dia biasa-biasa saja.
![]() |
| kenangan 1988. waktu kecil adalah waktu paling indah, kerana kita tidak pernah berDOSA. |
Oleh itu, kalau anda merasakan seolah-olah adik anda tidak ada rasa bangga dan hormat terhadap anda, maka sebenarnya anda silap. Kerana walau seteruk mana pun anda selaku abang, seorang adik tetap akan berbangga dan ada rasa respek terhadap abangnya walaupun hanya sedikit. Ini saya observe pada adik dan abang saya sendiri.
2. Emotionally needy.
Seorang adik, pada pandangan saya sering mengharapkan perhatian dan care dari abang atau kakaknya.
Nak dijadikan ceghiter, saya ada seorang sahabat lama. Beliau punya sangat banyak abang dan kakak. Dalam keluarganya beliau adalah anak bongsu. Beliau sering curhat kepada saya mengenai masalah yang menimpa keluarganya. Bagaimana complicated-nya berada dalam kelurga yang jumlah adik-beradik ramai, dan paling menyedihkan sudah tidak punya ibu dan bapa. Jadi, bahtera keluarganya di-komando oleh abang2 dan kakaknya.
Anywho, sahabat saya ini sering mengeluh, dengan sikap beberapa orang kakak dan abangnya yang boleh dikatakan jarang atau tidak pernah menghubunginya sama sekali sejak beliau study di Luar Negara. Padahal katanya, dia sangat perlukan care dari seorang abang.
Maka sejak saat itu, baru lah saya faham,
bahawa,
seorang adik sangat-sangat menginginkan kalau abang atau kakaknya sentiasa keep in touch dengannya walaupun dengan hanya call by phone semata-mata untuk bertanya kabar. Ini lebih diperlukan seorang yang adik, berbanding pemberian duit atau hadiah yang lebih bersifat kebendaan yang fana.
Walaupun begitu, saya berpendapat, tingkat keperluan seseorang kepada care (emotional needs) juga bergantung kepada beberapa faktor.
-Yang pertama adalah faktor ranking anda (anak ke berapa) dalam keluarga.
-Kedua, perbezaan usia antara abang/kakak dengan adik.
-Ketiga, jumlah abang (atau kakak) yang kita punyai dalam hidup.
Buktinya, adalah saya sendiri. Tidak seperti keadaan yang berlaku pada sahabat saya tadi, alhamdulillah saya merasakan bahawa saya tidak terlalu menuntut agar abang saya care dengan saya. Entahlah. Mungkin kerana faktor kedua, yaitu jarak usia antara saya dan abang tidak jauh. Dan kerana saya hanya ada seorang abang, menyebabkan saya tidak terlalu dimanjakan sejak kecil. Wallahualam.
Jadi, sejak kecil lagi saya sudah mandiri. Sama seperti abang dan adik dibawah saya setelah UPSR kami dihantar abah ke ke sekolah asrama. Dari situ, saya sudah biasa protect diri sendiri terhadap cabaran atau di-bully dari orang lain. Bahkan, Sering kali orang lain konfius antara kami, siapa yang lebih tua? Saya atau abang saya. Kerana saiz badan saya sejak lahir lagi terlihat lebih besar berbanding abang saya, dan perwatakan saya yang menampakkan seolah-olah seorang yang protektif, lebih dominan. berbanding abang saya yang lebih soleh, sopan, dan pijaksemuttakmati di mata orang lain.
3. Cari pasal.
Seorang adik adalah seorang pencari pasal yang sangat teruk. cari pasal di sini bermaksud cari gaduh atau boleh diistilahkan sebagai "ngada2". Boleh jadi dalam bentuk gurauan, dan boleh jadi cari pasal yang serius yang bukan gurauan. Makanya jika kita perhatikan, dalam sesuatu pertelingkahan adik-beradik, biasanya yang memulakan pergaduhan adalah si adik, bukan si abang. Amat jarang seorang abang mulakan perkelahian atau pertikaman lidah. Cuba renungkan kebenaran teori saya ini. Betul kan?
4. Banyak komplen.
Banyak merungut, banyak mengeluh, atau banyak komplen. Semua membawa maksud yang sama. Yang menunjukkan sikap yang dalam bahasa lembut di panggil bermanja, dan dalam bahasa kasar dipanggil ngada2 dengan abang. Semua ini dilakukan oleh sorang adik terhadap abang atau kakaknya.
Akan tetapi, sebenarnya, sikap bermanja atau ngada2 ini sebenarnya mengindikasikan bahawa seorang adik itu punya kedekatan hati kerana bersikap terbuka,"apa adanya", berterus terang tanpa selindung atau dengan abang atau kakaknya. Kalau abang yang dapat tafahum dengan sifat psikologi adiknya yang manja ini, insya Allah tidak menjadi masalah. Yang jadi masalah adalah apabila abang yang egois dan tidak tafahum dengan adiknya sendiri.
Mungkin apabila bersama orang lain yang bukan abang, atau kakaknya, seperti member rapatnya, rakan sekerja, classmate, boss, atau majikannya , dia akan behave dan menjaga kematangan dan (bak kata orang indonesia) menjaga citranya. Namun bila bersama abang atau kakaknya, perwatakannya sedikit berubah.
Para pembaca sekalian,
Diharapkan Anda semua tidak salah sangka. Post yang tak seberapa, dalam blog yang sepi ini, bukan semata-mata mahu menceritakan mengenai keluarga saya atau pendapat saya yang kosong mengenai psikologi seorang adik. Namun, lebih dari itu, saya sebenarnya sedang memberi sebuah anekdot terhadap kehidupan kita.
Kerana,
Adik dan abang yang dimaksudkan disini bukan hanya merujuk pada persaudaraan yang berlaku antara seorang adik dan abang (atau kakak) yang seibu dan sebapa. Namun lebih dari itu, ia sebenarnya merujuk kepada firman Allah dalam al-Quran
Innama Al-Mukminuna Ikhwah "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara" (al-Hujurat 49:10)
Mustafa Al-Maraghi dalam tafsir al-Maraghi menyatakan, bahawa 'ikhwat' bererti persaudaraan senasab, ayahnya adalah Al-Islam dan ibunya adalah Al-Iman. Mereka adalah adik beradik sekandung dari rahim Iman.
Lebih-lebih lagi, adik-adik seIslam dan seIman itu adalah adik usrah kita sendiri. Sudah tentu mereka juga harus kita treat (layani) seperti adik kandung kita sendiri, bahkan lebih special lagi berbanding saudara semuslim lain. Kerana seorang adik yang telah diistilahkan dalam bahasa Dakwah sebagai al-Mutarabbi adalah Aset, Benih dan Saham yang berharga buat kemajuan Ummat ini. Mereka adalah Agent Perubahan yang juga seorang manusia biasa yang mempunyai Emosi, perasaan dan Psikologi yang patut kita (saya dan anda) kenali, fahami, dan kaji selaku seorang abang yang telah dimuliakan oleh Dakwah ini dengan gelaran Murobbi (pembina).
Jadi bagaimana sikap kita selaku seorang abang atau kakak apabila berhadapan dengan karenah dan psikologi adik2 kita ini? Nah, inilah masanya untuk mempraktekkan teori Psychiatry atau Psikologi (Bimbingan Kaunseling) yang kita belajar sehari suntuk siang malam selama 5-6 di bangku kuliah ini!
Bersabar dan sentiasa sedar bahawa kita adalah abang, dan dia adalah adik kandung kita yang telah berkongsi 'ibu' yang bernama Al-Iman, dan 'bapa' bernama Al-Islam.
Ketahuilah bahawa, sikap dan perangai yang ditonjolkan oleh adik kita, bukan dibuat-buat, sebaliknya ia adalah suatu perkara tabi'i yang telah dimasukkan oleh Allah sang pencipta ke dalam jiwa seseorang Bani Adam, Khalifah dan Hambanya di muka bumi.
Jadi, nak tak nak, ianya harus di compliment dengan penuh hikmah (bijaksana) dan contoh teladan yang baik oleh seorang abang atau kakak. Kecualilah anda mahu pasrah dan hanya berpuas hati jikalau dikategorikan sebagai seorang murobbi yang tak faham jiwa dan waqi' mad'u. Kalau saya, tak mahu masuk kategori macam tu!
| Kenapa ia dinamakan Bulatan Osem Gembira (B.O.G)? Kerana ia terdiri dari Abang Murobbi yang Osem dan adik-adik yang Gembira kerana keOseman Abang dan BOG tersebut. ^^ |
Nota kaki: Post ini sangat sesuai dibaca oleh para murobbi yang telah mengalami jatuh bangun dalam membentuk diri menjadi seorang murobbi sejati. Ia juga ditujukan kepada para murobbi baru yang sedang "terketar-ketar" rasa nak buat sesuatu untuk kemajuan dakwah ini.
Oleh yang demikian, tulisan ini tidak sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang tidak ada LANSUNG cita-cita atau NIAT dalam hati untuk menjadi murobbi. Juga saaangat-sangat tidak sesuai dibaca oleh mereka yang hanya menunggu di'suap' oleh murobbi, tanpa mahu membahagikan 'suapan' murobbinya kepada mangsa-mangsa keadaan lain yang masih terkapai-kapai dalam kelaparan dan kegelapan Jahiliyah!
Sunday, July 15, 2012
Jangan jadi setan bisu!
Pelik sungguh sesetengah da'e. Emel/mesej yang penting dan mustahak brabis (bahasa Brunei untuk mustahak sangat2) tidak dibalasnya. kononnya
"tak reti guna YG"
"macam tak layak je nak respon"
"tak tahu cakap apa"
"sibuk exam esok"
tapi pada masa yang sama, dalam Fesbuk dsb bukan main lagi.
Like sana.
Share sini.
Comment sana.
Comment sini.
Padahal ,
"Hihi" sana. "Hehe" sini. smiley sana smiley sini.
Et lis (pinjam word APG), apa salahnya kalau reply di emel/mesej sebagai tanda dah terima atau hormat pada si pengirim mungkin sedang mengharapkan respon walaupun tak seberapa. Et lis reply jer
"noted", "ok faham," "ok bla4, enta dah makan? bla2"
Daripada diam membisu, membuatkan si pengirim emel/mesej pun musykil, "ni dah dapat mesej ke belum ni?"
Siapa tahu si pengirim emel/mesej sedang mengharapkan kita melakukan perbincangan demi untuk membuat keputusan penting yang urgent dan perlu direspon As Soon As Possible.
Inilah, natijahnya jika kita bersikap seperti Setan bisu.
P/S: Ayat yang digunakan
"Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada dalam hatinya. Karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya.” (An-Nisaa [4]: 63).
Thursday, June 28, 2012
Futurama
"Futurama adalah serial kartun television dari Amerika ciptaan Matt Groening yang sebelumnya juga menciptakan The Simpsons. Menceritakan tentang seorang anak muda bernama Philip J. Fry yang hidup di New York pada tahun 1999, yang ketika datang tahun baru 2000 terperangkap di sebuah mesin pembeku dan dicairkan kembali seribu tahun kemudian (tahun 3000). Di sini ia bertemu dengan berbagai makhluk alien dan robot, dan juga keturunan dari anak saudaranya yang seorang profesor dan penemu barang-barang ilmiah."
(sumber Wikipedia)
Walaubagaimana pun, saya tidak berminat langsung menceritakan mengenai kartun Futurama ini. Maaf lah kalau anda rasa tertipu dengan tajuk ini.
Cuma, bagi saya yang menarik untuk kita bahaskan disini ialah 2 perkataan yang terkandug dalam Tajuk Kartun ini.
1. "Futur"
2. "Rama"
Perkataan Pertama: FuturPerkataan ini memang sudah tidak asing dalam kamus da'e atau yang bergelar budak Usrah.
Dalam Lisanul Arab, arti futur adalah : diam setelah giat, dan lemah setelah semangat.
Dari segi istilah, Futur adalah keadaan yang menggambarkan keadaan ruhi seseorang yang sedang menurun. Atau dengan istilah yang lebih mudah, futur ialah "penurunan semangat beribadah."
Ketika seseorang yang biasa bersemangat menghabiskan tilawah Al-Qur'an satu juz dalam satu hari, kemudian menurun atau tiba-tiba kehilangan semangat membaca Al-Qur'an, maka itulah yang dinamakan futur. (sumber)
Ketika seorang Akh yang dikenali oleh ikhwah lain sebagai seorang yang ceria dan selalu menceriakan orang lain disekitarnya. Selalu melakukan ziarah, memberi hadiah, paling lekeh pun hadiah berupa senyuman manis di hadapan saudaranya. Tiba-tiba pada suatu hari, al-Akh tadi berubah watak dan pembawaannya. Bak kata pepatah P. Ramlee, "Angin tak ada ribut tak ada, tahu-tahu hujan turun". Tanpa sebab yang jelas, Akh yang terkenal dengan sifat periang tadi bertukar menjadi seorang yang lesu, kedekut senyuman, duduk dalam bilik sorang-sorang,
Thursday, June 14, 2012
Eleh,belum jadi Perdana Menteri lagi tu
Pernah pada suatu ketika, yakni pada beberapa tahun dahulu, saya berhadapan dengan masalah-masalah dan isu berkaitan Dakwah dan Tarbiyah yang timbul di Indonesia ini
Lumrah kami, penggerak pada waktu itu, kalau berhadapan dengan masalah dan isu, pasti akan cerita dan bertanya kepada pakar dalam dakwah. Antara pakar dalam DnT yang tidak asing bagi ikhwah dan akhawat luar negara adalah ialah UQY. Semua orang pasti mengenalnya, samada peminat atau pembenci, samada pengikut atau pengutuk. Maka tak hairan, sebelum adanya "Brand NGO" Kita di Malaysia, kita sering digelar dengan pelbagai gelaran yang berkaitan dengan UQY seperti "Jemaah ISK", "JUS (Jemaah Ustaz Salam)" dan banyak lagi gelaran.
Maka, disebabkan masalah yang timbul pada waktu itu, saya pun menghubungi beliau melalui Yahoo Messenger. Saya mengeluh dan curhat kepada beliau mengenai masalah dan isu yang melanda pada waktu itu. Memang jujur saya akui, terasa masalah dan isu yang timbul pada waktu itu sangat berat dan banyak.
Komen ustaz, mudah saja..
"Biasala tu, Medi masalah banyak. Belum jadi Pak Lah lagi (PM pada waktu itu). Jadi Perdana Menteri, makin banyak masalah"
Komen ustaz memang ringkas. Kalau dilihat secara mata kasar, komennya seolah-olah tidak memberi apa erti sekali pun. Tapi, sebenarnya, komen yang ringkas itu telah membuka minda saya. Ia telah memberikan saya Idea kepada persoalan yang lebih penting, lebih penting daripada Masalah yang Menimpa pada waktu itu. Iaitu tentang diri saya sendiri.
Kerana, disebalik masalah atau cabaran atau kerja atau tugasan atau amanah, yang menimpa kita, yang paling penting ialah Bagaimana kita berhadapan dengan segala hal ini, bukannya Kenapa Masalah itu timbul.
Memang benar, masalah, isu dan cabaran akan sentiasa ada dalam setiap manusia. Semua orang ada masalah. Pepatah extreme ada menyebut,
"Orang yang tidak ada masalah hanyalah orang gila sahaja."
Maka, menyedari realiti ini, kita harus sedar dan yakin bahawa, yang menjadi persoalan sekarang ialah bukan banyaknya masalah dan cabaran yang melanda kita, tapi bagaimana kita berhadapan dengan masalah dan cabaran tersebut. Bagaimana kita mempersiapkan capacity kita untuk menjadi penyelesai kepada masalah dan Manager kepada pergerakan Dakwah di tempat kita berada.
Kerana sesungguhnya, ketahuilah, semakin banyak anda diberi kepercayan, tugas, dan tanggung jawab, maka semakin banyak pula masalah yang akan timbul. Jadi kenapa kita perlu takut dan benci kepada masalah, kalau ianya sesuatu yang pasti dan harus kita hadapi?
Saya percaya, anda mungkin diberi tanggungjawab tertentu untuk mengurus dakwah di tempat anda berada sekarang. Mungkin anda adalah seorang naqib atau murobbi bagi 4-8 orang anak usrah. Mungkin anda ditugaskan untuk mengajak dan DF 3-4 orang pelajar kepada Islam, padahal mereka nampak gayanya seolah-olah tiada harapan untuk join gerabak dakwah ini. Atau boleh jadi anda adalah salah seorang dari beberapa ikhwah yang sedang berusaha menubuhkan Wadah Dakwah & Tarbiyah Pelajar di Lokaliti anda berada sekarang.
Tentu anda merasa, andalah orang yang super-sibuk sekarang. Masakan tidak, orang lain boleh fokus 100% pada study, dan benda-benda etc lain seperti tengok wayang, main DOTA, jalan-jalan perhabis duit elaun, dsb, walhal anda pula terpaksa bahagikan masa sebaik mungkin untuk urusan Study dan menTarbiyah diri, dan orang lain.
Namun, bayangkan, sesibuk-sibuk anda, sibuk lagi seorang Perdana Menteri,yang berhadapan dengan masalah-masalah Dalam Negara, Luar Negara, dan Antara Bangsa. Ditambah dengan masalah personal lagi. Agak-agak la, ada masa tak DS Najib nak merungut tentang masalah yang dihadapinya?
Kita baru sahaja mengurus sekelompok kecil manusia yang mungkin tak sampai 10 orang pun. Paling hebat pun, dikalangan kita, mungkin ada yang merupakan Big Boss kepada 250 orang ikhwah akhawat di negara tertentu yang berada di bawah tanggung jawab kita. Namun, jumlah ini masih lagi sedikit dan umpama "lekat celah gigi" jika dibandingkan dengan jumlah binaan, tanggungan dan amanah ikhwah dan pakcik lain yang mungkin berjumlah jutaan atau lebih dan melibatkan medan yang lebih besar dan mencabar.
Antara contoh mereka-mereka yang sibuk ialah idola saya ialah Ustaz Prof DR Irwan Prayitno, Gubenur Sumatera Barat. Ustaz Irwan adalah asset berharga bagi ikhwah Indonesia. Bekas penuntut IPTA di Malaysia ini, seperti yang saya dengar dari beberapa ustaz yang tsiqoh, waktu berada di Malaysia ketika menyelesaikan Phd nya, sentiasa sibuk ke hulu dan ke hilir, utara dan selatan Malaysia. Apa yang disibukkannya? Bisnes? Cari kerja tambahan? Tidak, bukan bisnes dan kerja extra, tapi sibuk membina 10 halaqah lebih (bukan 10 mutarabbi, tapi 10 halaqah!!) yang rata-rata terdiri dari 8-10 orang mutarabbi.
![]() |
| Karya Masterpiece beliau. Ingat Kepribadian Muslim, ingat Irwan Prayitno. |
Seorang lagi tokoh dakwah yang terkenal di Indonesia adalah Ustaz Ir. Tifatul Sembiring, Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia.
| Ustaz Tifatul dikerumuni para wartawan. Agak-agaknya, ada masa ke beliau nak goyang kaki layan drama series? |
Bayangkan betapa sibuknya beliau. Dengan mempertaruhkan jawatan Menteri yang merupakan alat dakwah yang ampuh untuk beliau dan Jamaah, di samping urusan politik Indonesia yang terkenal dengan Korupsi dan Koruptor nya, beliau memegang portfolio Menteri Komunikasi yang merupakan portfolio yang tak kurang penting dalam sebuah Kerajaan dan Pemerintahan. Agak-agaknya, macam mana beliau mengurus diri, anak istri, keluarga, Usrah, Jamaah, dan tugas beliau sebagai menteri? (klik disini)
Begitu juga dengan Perdana Menteri Turki, Recep Teyyep Erdogan. Tidak dapat kita bayangkan betapa sibuknya Erdogan dalam berhadapan dengan waqi' dakwah di Turki.
Saksikan Erdogan "smack down" PM Israel depan-depan. Ambik mung menate Israel!
Seperti yang diketahui umum, Turki adalah sarang pertama dan terakhir bagi gologan Sekular dalam Islam. Ia adalah Negara kepada Kepala Bapak kepada Sekular, Mustafa Kemal Attaturk. Dengan kewujudan golongan Sekular, anti-Islamist, dan Kuasa Tentera yang sentiasa alert dan tidak akan berdiam diri dengan kebangkitan Islam di Turki, sudah pasti Erdogan dan Parti AK tidak mungkin ada masa untuk goyang kaki dan bersenang lenang disana. Dakwah dan perjuangan harus mereka jalankan. Hasilnya?
Meanwhile di Mesir, saya tak dapat bayangkan betapa super-sibuknya Syeikh Muhammad Mursi, Bakal Presiden Mesir nanti. Bukan hanya memerintah sebuah Negeri yang besar dan mencabar seperti Mesir, namun, beliau harus berhadapan dengan kuasa dajjal besar seperti Zionist Israel, dan Amerika yang selama ini adalah sahabat kuat dengan Presiden Mesir sebelumnya, Hosni Mubarak. Beliau harus bijak mengatur strategi untuk berhadapan risiko di gulingkan, ditangkap, dibangkang, dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Kerana sudah tentulah, Israel Lahanat yang merupakan jiran Mesir, yang sedang gundah-gulana dan cuak habis pada hari ini, tidak akan berdiam diri dengan kemenangan calon Ikhwan Muslimin ini sebagai presiden.
![]() |
Dari kiri Mursyidul Am Ikhwan Muslim, Dr. Badie', Dr. Muhammad Mursi dan Ir. Khairat Shater. (sumber) |
Apatah lagi, Ikhwan sangat terkenal dengan ketegasan terhadap Israel seperti berani menghantar tentera yang hampir mengalahkan dan menghalau Israel daripada Palestin pada perang melawan Zionist 1940an. Pada pendapat anda, adakah Syeikh Muhammad Mursi punya masa untuk berseronok dan membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti tengok Movie, dengar music, dan sebagainya?
Teringat pesan Khalifah kedua, Umar al-Khattab yang agung radiallah anhu yang harus kita catat dengan tinta dari emas lalu kita pahatkan didalam dada kita.
"Jika aku tidur pada siang hari, bererti aku curang kepada ummatku dan kaum muslimin, tapi
jika aku tidur pada malam hari, bererti aku curang kepada Rabb-ku."
Ini adalah masalah dan cabaran yang dihadapi oleh beberapa tokoh dakwah yang pernah diTarbiyah seperti anda. Namun, cuba bandingkan pula dengan cabaran dan masalah yang sedang anda hadapi sekarang.
Sekian.
Wednesday, June 6, 2012
Kita Tertipu
![]() |
| Gambar hiasan |
Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, Allah SWT akan
sentiasa memberi dan menambah "nikmat" dan "Rezeki" untuk kita semua.
Contohnya, kalau 10 tahun lepas kita ada Nokia 3310 je, sekarang dah ada BB. Kalau setahun lepas kita jalan kaki jer, sekarang dah ada motor/kereta. Alhamdulillah, Itulah bukti Allah sentiasa peduli dan sayangkan kita.
Cuma yang peliknya, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, Kita pula yang selalu menambah "dosa" atau mengulang kembali "maksiat" lama yang pernah kita buat dulu.
Contohnya, kalau 10 tahun lepas kita ada Nokia 3310 je, sekarang dah ada BB. Kalau setahun lepas kita jalan kaki jer, sekarang dah ada motor/kereta. Alhamdulillah, Itulah bukti Allah sentiasa peduli dan sayangkan kita.
Cuma yang peliknya, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, Kita pula yang selalu menambah "dosa" atau mengulang kembali "maksiat" lama yang pernah kita buat dulu.
Bayangkan, bila kita bermaksiat kepadanya, pada malam hari, kemudian kita bangun pada keesokan pagi harinya, kita masih tetap seperti semalam, tidak ada berkurang dari kita.
Masih boleh berjalan seperti semalam, Masih punya tenaga walaupun untuk membuka pintu bilik menggunakan tangan yang Dia beri pinjam sejak 20-30 tahun yang lalu.Dan masih diberikan segala kemudahan kepada kita. Seperti matahari tetap menyinar terang, angin tetap bertiup aman, dan kemudahan bekalan Air dan elektrik yang masih berjalan seperti semalam.
Cuba renungkan, apakah pernah selepas kita bermaksiat kepadanya, tiba-tiba bekalan air di rumah kita tak semena2 terputus?
Atau pernahkah terjadi, selepas kita pulang dari tempat2 yang maksiat atau lagho, tiba-tiba bekalan elektrik rumah kita di potong?
Apakah sering kita dengar, selepas para hedonist pulang dari Konsert, atau Gig, dengan bermabuk2kan dan bercampur lelaki perempuan, tiba-tiba seketul meteor jatuh menghempap rumah-rumah para pelaku maksiat tersebut atau gempa bumi tiba-tiba terjadi di tempat-tempat maksiat yang sedang berleluasa.
Thursday, May 31, 2012
Facebook vs Quran
Pada zaman sekarang ni, jikalau kita berhadapan dengan orang yang;
-mengaku tak kenal Facebook, atau
-tak pernah dengar perkataan Facebook, atau
-tak ada akaun Facebook
nescaya kita akan memanggil mereka sebagai jakun, darak, kampung-an, berat 66 (baca: berat nanang), ketinggalan zaman, dan gelaran yang macam-macam lagi untuk menggambarkan ke-Hulu-an mereka.
Pendek kata, menjadi perkara yang aneh dan pelik kalau ada orang yang tidak kenal apa itu Facebook. Masakan tidak, nenek umur 100 tahun pun ada facebook!
Seingat saya, sejak tahun 2008, popularity Facebook telah berjaya mengalahkan popularity Friendster dan My Space.
Dan bermula pada tahun 2011 sampai kini, Facebook telah menjadi fenomena yang sangat menggila. Ya, menggila sangat-sangat! Tak kira tua muda, kaya miskin, bujang atau duda, celik IT atau buta IT, rata-rata orang akan mempunyai at least satu akaun FB sendiri. Lebih-lebih lagi, kegilaan ini terutama dirasai oleh golongan remaja yang baru mencapai usia akil baligh, yang sedang dalam fase mencari identiti.
Pernah dulu heboh di akhbar Indonesia, seorang budak sekolah menengah bunuh diri, gara-gara emaknya salah beli handphone, yang mana handphone yang dibelikan emaknya tidak ada feature untuk Facebook. Astaghfirullah al-Adzhim.. sadisnya!
-mengaku tak kenal Facebook, atau
-tak pernah dengar perkataan Facebook, atau
-tak ada akaun Facebook
nescaya kita akan memanggil mereka sebagai jakun, darak, kampung-an, berat 66 (baca: berat nanang), ketinggalan zaman, dan gelaran yang macam-macam lagi untuk menggambarkan ke-Hulu-an mereka.
Pendek kata, menjadi perkara yang aneh dan pelik kalau ada orang yang tidak kenal apa itu Facebook. Masakan tidak, nenek umur 100 tahun pun ada facebook!
| Facebooker tertua di dunia. Berusia 104 tahun. |
Seingat saya, sejak tahun 2008, popularity Facebook telah berjaya mengalahkan popularity Friendster dan My Space.
| Graph popularity FB meningkat mendadak dari 2008 sampai sekarang. |
Dan bermula pada tahun 2011 sampai kini, Facebook telah menjadi fenomena yang sangat menggila. Ya, menggila sangat-sangat! Tak kira tua muda, kaya miskin, bujang atau duda, celik IT atau buta IT, rata-rata orang akan mempunyai at least satu akaun FB sendiri. Lebih-lebih lagi, kegilaan ini terutama dirasai oleh golongan remaja yang baru mencapai usia akil baligh, yang sedang dalam fase mencari identiti.
Pernah dulu heboh di akhbar Indonesia, seorang budak sekolah menengah bunuh diri, gara-gara emaknya salah beli handphone, yang mana handphone yang dibelikan emaknya tidak ada feature untuk Facebook. Astaghfirullah al-Adzhim.. sadisnya!
Tuesday, May 1, 2012
Berguru dengan anak murid
Pada suatu pagi, seorang pemuda belia, bergegas menemui gurunya dalam keadaan pucat.
"Wahai Guru, semalam saya berjaya mengkhatamkan Al-Quran dalam qiamullail saya" kata Pemuda itu.
Sang guru tersenyum.
"Bagus, bagus. Nanti malam tolong hadirkan bayangan diriku di hadapanmu saat kau membaca Al-Quran itu. Rasakanlah seolah-olah aku sedang semak apa yang engkau baca."
Esok harinya, sang murid datang dan melapor lagi pada gurunya.
"Ya, Ustaz, semalam aku hanya sanggup menyelesaikan separuh dari Al-Quran itu."
Guru itu berkata, "Engkau sungguh telah berbuat baik, Nak"
Sambil menepuk bahu muridnya, guru berkata, "Nanti malam lakukan lagi dan kali ini hadirkanlah wajah para sahabat Nabi yang telah mendengar Al-Quran itu langsung dari Rasulullah. Bayangkanlah bahawa para sahabat Nabi sedang mendengarkan dan memeriksa bacaanmu."
Keesokan harinya, pagi-pagi buta lagi, sang murid sudah menghadap dan mengadu.
"Astaghfirullahaladzhim, Ya Ustaz," keluhnya
"Semalam hanya sepertiga Al-Quran yang dapat saya tilawahkan."
"Alhamdulillah, engkau telah berbuat baik" kata Guru sambil mengusap kepala muridnya.
"Nanti malam bacalah al-Quran dengan lebih baik lagi, sebab yang akan hadir di hadapanmu untuk menyemak adalah Rasulullah SAW sendiri! Orang yang kepadanya Al-Quran diturunkan."
Setelah Solat Subuh, sang guru bertanya,
"Bagaimana solatmu semalam?"
"Aku hanya mampu membaca satu juz, Guru.Itu pun dengan susah payah." kata murid sambil mengeluh.
Saturday, April 21, 2012
Refleksi diri seorang Murobbi
Siapakah yang mampu membuka hati manusia, dan orang lain? Alat apakah yang bisa kita gunakan untuk membuka hati manusia agar menerima kebenaran konsepsi Islam dan masuk ke dalam rumah Islam yang penuh cahaya? Cara apa yang bisa kita gunakan untuk membuat manusia menghambakan diri, tunduk, sujud, bersungkur hanya kepada Allah?
Dengan metode apakah kita mampu melembutkan hati manusia agar mereka bersedia melepaskan segala keangkuhan diri, angan-angan materialistik, dan ego negatifnya? Dengan bekal apakah kita bisa menghiasi hati manusia agar mereka memiliki kelembutan dalam merasa, ketegasan dalam memilah, ketajaman dalam merencanakan, kejernihan dalam menimbang, ketepatan dalam memutuskan? Dengan sistem apa kita sanggup menjinakkan hati manusia agar mereka memiliki berbagai keindahan penampilan, menghiasi diri dengan sifat malu, memagari diri dengan bashirah, dan menyelimuti diri dengan sikap amanah?
Ya, siapakah yang akan mampu memasukkan sejumlah konsep kebenaran ke dalam lubuk sanubari manusia? Dan siapa pula yang akan menjaganya? Siapa yang akan mampu meneguhkan keyakinan manusia tentang kebenaran jalan dakwah? Siapakah yang mampu memantapkan pilihan-pilihan jalan, ketika setiap orang harus memilih antara kebaikan dan keburukan? Siapa pula yang mampu melepaskan kegamangan sikap tatkala seseorang berada di penghujung bahkan persimpangan jalan?
Siapa? Ya, siapakah orangnya yang mampu menghapuskan kenangan-kenangan jahiliah pada benak manusia yang ingin bertaubat dan memperbaiki diri?
Siapa yang bisa menuntun hati orang untuk senantisa setia meniti kebaikan demi kebaikan sekaligus tidak terpelanting kembali pada kejahatan? Siapa yang mampu meneguhkan hati manusia dalam kebenaran agar mereka tidak terbelokkan meniti jalan syaitan? Siapa yang mampu meluruskan orientasi dan pandangan manusia agar mereka tidak berpaling dari nilai-nilai kebenaran?
Saturday, August 27, 2011
Ringankan beban saudara mu
Di perjalanan, pemuda itu terbiasa menyapa dan mengajak bicara siapa saja yang berdiri di dekat-nya ataupun duduk di sebelahnya. Dia akan hanyut bersama mereka dalam perbincangan mengasyikkan. Tapi jika yang disapa merasa terganggu, dia akan kembali mengakrabi buku yang telah dia siapkan.
Hari itu, yang duduk di samping dalam penerbangan Jakarta-KL tampak tak biasa. Seorang ibu. Sudah cukup pucat dengan keriput wajah mulai menggayut.Kain tudung-nya kusut. Selipar jepun-nya sederhana. Dan dalam pandangan si pemuda, beliau tampak agak udik. Tenaga kerja-kah? setua ini?
Tetapi begitu pemuda menyapa, si ibu tersenyum padanya dan kelihatan raut wajah ala-ala Jawa chinese dan ramah. Sekilas, garis-garis ketuaan di wajahnya menjelma menjadi semburat cahaya kebijaksanaan. Si pemuda kagum.
"Ibu hendak ke mana?" tanya-nya sambil tersenyum ta'zhim.
"Kolumpo nak," senyum sang ibu bersahaja.
"Akan bekerja atau...?"
"Bukan nak. Anak Ibu yang nombor dua kerja kat sana. Ini nak jenguk tengok cucu la ni. Kebetulan menantu Ibu baru saja bersalin ana ke dua-nya dia."
Si pemuda sudah merasa tak sedap hati atas pertanyaannya tadi. Kini dia akan cuba lebih hati-hati.
"Oh, anak ibu dah lama kerja kat sana?"
"Alhamdulillah, boleh tahan lama. Sekarang katanya dah jadi Permanent Resident. Ibu sendiri tak paham apa maksudnya, he he... Yang Ibu tahu di sana jadi Arkitek. Ala, yang jadi pelukis gambar bangunan tu la."
Si pemuda terpegun. Arkitek? PR di Kuala Lumpur? Hebat.
" Oh ye, anak Ibu ada berapa?"
"Alhamdulillah, boleh tahan lama. Sekarang katanya dah jadi Permanent Resident. Ibu sendiri tak paham apa maksudnya, he he... Yang Ibu tahu di sana jadi Arkitek. Ala, yang jadi pelukis gambar bangunan tu la."
Si pemuda terpegun. Arkitek? PR di Kuala Lumpur? Hebat.
" Oh ye, anak Ibu ada berapa?"
" Alhamdulillah ada empat nak. Yang kat Kolumpo ni yang nombor dua. Yang nombor tiga dah jadi doktor bedah di Jakarta. Yang nombor empat sedang ambik Master di Jerman. Dia dapat biasiswa."
"Masya Allah. Luar biasa. Alangkah bahagia jadi ibu dari anak-anak yang berjaya. Saya kagum sekali pada Ibu yang berhasil mendidik mereka." kata si pemuda.
Si ibu mengangguk-angguk dan berulangkali mengucapkan "Alhamdulillah." Matanya berkaca-kaca.
"Oh ye tak yea Bu... Macam mana pula dengan anak Ibu yang pertama?"
Si ibu menundukkan kepala. Sejenak tangannya memainkan tali pinggan keledar yang terpasang di pinggan-nya. Lalu dia tatap lekat-lekat si pemuda. " Dia tinggal di kampung Nak, dengan Ibu. Dia bertani, meneruskan menggarap secebis sawah peninggalan bapaknya." Si ibu terdiam. Beliau menghela nafas panjang, menegakkan kepala. Tapi kemudian menggeleng, menerawang ke arah jendela sambil mengukir senyuman yang entah apa ertinya. Si pemuda menyesal kerana bertanya. Betul-betul menyesal. Dia turut prihatin.
"Maaf Bu, kalau pertanyaan saya menyinggung perasaan Ibu. Ibu mungkin jadi sedih kerana tidak berupaya membanggakan anak sulong Ibu sebagaimana putra-putra Ibu yang lain."
"Oh tidak nak. Bukan begitu!" si Ibu cepat-cepat menatap tajam namun lembut pada si pemuda. "Ibu justru sangat bangga pada anak pertama Ibu itu. Sangat-sangat bangga. Sangat-sangat bangga!" Si Ibu menepuk bahu si pemuda dengan mata berbinar seolah dialah si anak sulong-nya.
"Ibu bangga sekali padanya, kerana dialah yang rela membanting tulang dan menguras tenaga untuk membiayai sekolah adik-adiknya. Bahkan dialah yang senantiasa memberi dorongan, nasihat dan mengirim surat penyemangat ketika mereka di rantau. Tanpa dia, adik-adiknya takkan mungkin jadi seperti sekarang ini!" sang Ibu terisak.
Sunyi. Tak ada kata.
Pemuda itu mengambil sapu tangan. Genangan di matanya tumpah....
(kisah ini di adaptasi dan diolah dari Novel penuh inspiratif, Dalam Dekapan Ukhuwah, karya seorang penulis muda yang brilliant Salim A. Fillah)
Ikhwah fillah rahimahullah ta'ala,
Adakalanya dalam hidup kita, terutama dalam da'wah kita, ada beberapa saudara kita yang sanggup berkorban, mengguras sepenuh tenaga, masa, dan perasaan, untuk kejayaan dan keberhasilan da'wah ini.
Walaubagaimanapun, mereka mungkin belum beruntung dan tidak secemerlang dari segi akademik dan markah ujian berbanding ikhwah-ikhwah lain.
Walaubagaimanapun, mereka mungkin belum beruntung dan tidak secemerlang dari segi akademik dan markah ujian berbanding ikhwah-ikhwah lain.
kita mungkin memanggil mereka "Fitnah dalam da'wah" atau "Contoh yang tidak baik kepada mad'u" dan sebagai-nya.
Tapi ketahuilah ikhwah fillah sekalian, mereka tidak lain hanyalah seperti kisah anak sulong ibu tadi, yang ingin mencampakkan kebahagiaan pada orang lain dengan berusaha sepenuh kudrat mereka memberi dorongan, nasihat dan mengirim "surat" penyemangat demi kejayaan da'wah dan kemajuan harakah di mana sahaja tempat mereka menjunjung tinggi da'wah ini.
Cuma, kadang-kala dalam hal study dan markah exam, mereka belum tiba waktu-nya lagi ditakdirkan mendapat kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik yang di ceburi-nya, walaupun mereka juga telah berusaha sepenuh tenaga untuk berjaya dalam study mereka.
Mungkin perkara lebih baik yang dapat kita lakukan selain dari me-label dan berburuk sangka dengan mereka ialah, meringankan beban saudara-saudara kita ini, dengan membalas balik apa yang telah mereka berikan pada da'wah ini -memberi dorongan, nasihat dan mengirim "surat" penyemangat- kepadanya untuk terus cemerlang menggerakkan ijazah untuk kejayaan Risalah ini.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan -kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan di hari kiamat.
Sesiapa yang memudahkan orang yang mengalami kepayahan dunia, nescaya Allah akan memudahkan baginya urusan dunia dan akhiratnya.
Sesiapa yang menutup keaibannya seorang Muslim di dunia maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambaNya selama mana hambaNya berusaha menolong saudaranya.
-Hadis riwayat Muslim (No hadis 6853)-
Monday, August 15, 2011
Tanyalah diri mu, apakah kau layak?
Wahai Kawan,
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan hanya mempertaruhkan status Facebook-mu yang bernada Da'wah.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan banyaknya jumlah page dan status yang kita like, post, dan share.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan banyaknya jumlah page dan status yang kita like, post, dan share.
Da'wah ini tidak akan berkembang jika kita hanya duduk-duduk static, menanti-nanti arahan dari naqib kita.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan hanya saling ber "ana-anta" antara ikhwah dan budak usrah.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan wujudnya kita yang hanya banyak tahu tapi tidak mahu mencari mad'u !
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan hanya saling ber "ana-anta" antara ikhwah dan budak usrah.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan wujudnya kita yang hanya banyak tahu tapi tidak mahu mencari mad'u !
Tidak cukup wahai kawan.
tapi, ketahuilah,
tapi, ketahuilah,
sesungghnya Da'wah ini, hanya akan berkembang dengan hanya 1 Solusi. 1 cara.1 jalan.
iaitu jalan PENGORBANAN.
ya. berkorban.
berkorban tenaga, duit, perasaan, dan masa.
Berkorban tenaga dengan lebih banyak berada dalam kepenatan berda'wah berbanding rehat,
Berkorban masa tidur gara-gara hadir perbincangan qadhaya dan planat larut malam,
Berkorban tenaga gara-gara usrah pada malam mid-term exam, dan daurah Besar di minggu final exam
Berkorban duit dengan infaq bulanan 10% (minimum) dari elaun JPA/MARA.
Berkorban duit dengan belanja makan adik usrah dan mad'u-mad'u yang lama dan baru kita grab.
berkorban duit dengan sanggup memakai hand-phone 'cap ayam' semata-mata kumpul duit beli Alat Bantu Da'wah (LCD, kereta, mahu pun Rumah Kontrakan Markas Ikhwah a.k.a Rumah Islam /RI)
Berkorban masa tidur, lepak termenung dalam bilik (kosan) bahkan kadang-kadang berkorban masa studi kita.
Lebih-lebih lagi berkorban masa kita pada perkara yang HARAM DISISI SEORANG DA'I seperti bermain dota, PES, atau Left 4 Dead.
Terutama sekali berkorban masa kepada perkara yang jelas dan sudah kita ketahui haram-nya, tapi kerana kedegilan dan gelapnya hati, seperti men-tadaburi dan ber-mabuk-mabuk-an dengan sms dari "kawan perempuan" yang kita ada skandal rahsia dengan nya! nauzubillah.
Berkorban masa daripada menatap dengan spastik laman Fesbuk, menagih simpati daripada notification dan most recent news.
Berkorban emosi dengan lebih banyak menyayangi saudara se-usrah mu berbanding member se-Rumah, se-Futsal dan se-Black berry yang bukan se-fikrah.
Berkorban rasa nak marah, geram, dan menyampah kepada seorang sahabat, kerana Allah, kerana Da'wah,
Berkorban menjaga lidah dan mimik wajah daripada bermasam muka dan menengking mutarabbi dan usrah-mate yang berbuat ona dan immatured mengalahkan rabtul am.
Pedih, memang pedih.
Kadang salah mereka kita yang di tuding, amal kita mereka yang di hargai.
Kadang banyak yang dipendam berbanding yang diceritakan, demi sebuah kematangan dan nilai sebuah ukhuwah.
Senyum, itulah solusi.
Tanda diri berkorban emosi.
Wahai kawan, adakah kita dikira sudah berkorban? Adakah kita sudah melakukan 4 pengorbanan ini? Tenaga, masa, duit, dan emosi kita, kemanakah kita menyalurkan-nya? Adakah di jalan pengorbanan, atau di jalan kepura-puraan?
Tanyalah hati mu, apakah kalian yakin kalian sudah menapak dengan kokoh dan benar di jalan Da'wah ini, atau hanya bermain-main dalam kemunafikan pseudo-Da'wah.
Tanyalah diri kita, wahai kawan, apakah kita telah berkorban demi perkembangan da'wah di tempat kita berada sekarang?
Tanyalah diri kita, kemanakah kita, ketika saudara se-usrah, se-fikrah, se-doa rabitah, dan se-jamaah tidak cukup tangan dan sangat memerlukan pembantu untuk mengelola daurah?
Tanyalah diri kita, kemanakah kita menghilang, sewaktu murobbi kita menunggu-nunggu kehadiran kita di program atau konvensyen terpenting Da'wah kita?
Tanyalah diri kita, sebelum Mungkar dan Nangkir yang bertanya!
Tanyalah diri mu, apakah kau layak untuk bergelar seorang penda'wah?
Tanyalah diri mu, apakah kau layak.
Tanyalah diri mu, apakah kau layak.
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:
“Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia di-Tanya terhadap 4 perkara.
“Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia di-Tanya terhadap 4 perkara.
Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya?
Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya?
Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan?
Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?” Hadis riwayat at-Tirmidzi (hadis Hasan Shahih)
Sunday, August 14, 2011
dinamika Ramadhan
"Abang, ana kalau ramadhan kali ni, tarawih tak constan la, bang.."
Murobbi nya bertanya, "Maksud anta apa?"
Kata Akh itu "tarawih saya kali ni tak lengkap macam dulu. kadang-kadang ana tarawih tapi tak cukup 8 (atau 20). kadang-kadang tak solat witir"
"Kenapa pula macam tu?" tanya Murobbi dengan nada sedikit hairan.
Murobbi-nya menunduk untuk memikul beg yang berisi laptop yang baru sahaja di simpannya. Sambil-sambil menyimpan Quran untuk pulang, murobbi-nya bersuara dengan pendek, "Jadi anta tak tarawih la ni ye?"
si akh tadi menjawab dengan nada separuh yakin, "Er..Ha'ah.."
Mendengar jawapan itu sang murobbi tadi mengambil napas pendek selama 0.2 saat. Kemudian, dengan wajah tenang berkata,
"Ramadhan-kan bulan yang penuh keistimewaan. Bulan di mana orang ramai akan merasakan ghiroh (semangat) dan excited untuk beribadah. Sebab tu lah kalau kita tengok ramai pak cik dan mak cik ni sangat teruja bila masuk Ramadhan. Mereka sanggup datang beramai-ramai, kadang-kadang ada yang ajak anak-anak dan cucu-cucu mereka, semata-mata untuk pergi masjid untuk solat tarawih, walaupun pada bulan lain mereka jarang ke masjid untuk solat jamaah. Sebab mereka feel dan excited dengan Ramadhan, ye kan?"
Akh tadi hanya diam dan menatap wajah murobbi kesayangan-nya.
Lalu, murobbi-nya menyambung
"...Kalau orang awam pun boleh merasakan feel ghiroh dan excited dengan Ramadhan, tak kan-lah kita yang "sudah tidak awam" ni nak dikalahkan dengan pak cik mak cik yang kita panggil orang awam tadi?"
Si Akh tadi terdiam sebentar dan kemudian terangguk-anguk tanda setuju dengan kata-kata murobbi-nya. Kemudian, akh tadi beserta member se-usrah-nya menghantar murobbi-nya ke pintu pagar depan. Sang Murobbi mengucapkan salam dan terus start motor dan meninggalkan rumah mereka. Petanda usrah minggu ini sudah berakhir.
Seusai memasuki pintu rumahnya, Akh tadi merasakan dalam lubuk hati-nya bahawa dia telah belajar sesuatu pelajaran yang penting tentang Ramadhan. Pelajaran tentang berharga-nya saat-saat Ramadhan dan berharga-nya ibadah-ibadah sunnah di bulan Ramadhan.
Kadang-kadang kehebatan seseorang akh dalam harakah, da'wah, dan amal jama'i tidak menjamin kehebatan-nya dalam beribadah khusus (seperti Solat Tarawih, zikir dll) kepada Allah.
Kadang-kadang kita kena belajar dari orang lain, walaupun orang itu ialah pak cik atau mak cik yang tak pernah ikut usrah dan tidak pernah kenal Hassan al-Banna tapi mempunyai ghiroh dan berasa teruja untuk melakukan beribadah sunnah di Ramadhan ini.
Salam nisfu Ramadhan kepada semua pembaca.
Jom perbaiki amalan kita! Masih tinggal kira-kira 16 hari sahaja lagi untuk kita "pulun kow-kow" ibadah di bulan Ramadhan ini.
Jom lah! Kita masih belum terlambat.
Jom perbaiki amalan kita! Masih tinggal kira-kira 16 hari sahaja lagi untuk kita "pulun kow-kow" ibadah di bulan Ramadhan ini.
Jom lah! Kita masih belum terlambat.
Monday, May 2, 2011
Da'i Yang Dihantui Dosanya
Wahai saudara-saudaraku sekalian.
Tidak jarang seorang da'i atau kader dakwah yang mengadu kepada sahabatnya atau qiadahnya (pimpinan);
akhy,,ana masih banyak kekurangan, maksiat masih banyak lagi yang belum tinggalatau
saya belum perfect lagi, Ustaz..dan aduan-aduan yang seumpama dengannya.
Alhamdulillah, sebenarnya jika ungkapan itu secara jujur keluar dari mulut mereka, boleh jadi ia datang tulus dari kerendahan hati dan sifat tawadhu' da'i itu.
akan tetapi, apabila mereka menambah atau menggandingkan ucapan tadi dengan,
..., sebab tulah ana rasa belum layak lagi pegang mad'u, belum sesuai lagi menyampaikan ISK (sekadar contoh) kat adik-adik..atau
saya tak layak ada binaan Ustaz, saya takut kot-kot laa binaan rosak kerana sifat saya..
dan sebagainya.
Nauzubillah, wahai pembaca-pembaca budiman.
Sebenarnya ungkapan tambahan tadi mencerminkan KEKELIRUAN yang ada dalam minda da'i tadi. Jika dibiarkan berlanjutan, kekeliruan yang sedikit ini boleh membahayakan komitmennya dalam Dakwah. bahkan boleh mencacatkan Harakah (Pergerakan) Dakwah yang sedang dia perjuangkan sekarang.
Apakah mereka (dai-dai yang dihantui dosanya) lupa bahawa sudah menjadi sunnatullah bahawa semua manusia (tanpa kecuali) memang tidak boleh lari dari mempunyai dosanya sendiri? Semua manusia penuh dengan kekurangan dan dosa tidak kira samada manusia itu bergelar Ulama', Qiyadah sebuah Jamaah, Syuyukh bahkan Mas'ul. Semua tanpa kecuali melakukan dosa,,melainkan Rasulullah SAW sahaja yang dijamin maksum. Itupun Rasulullah tetap melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak dicatat oleh Allah sebagai dosa.
Apakah mereka tidak sedar, bahawa tugas membina manusia-manusia (untuk menggerakkan dakwah ke seluruh alam) adalah WAJIB kepada setiap muslim ?
Adakah mereka mereka mahu meninggalkan KEWAJIPAN DAKWAH, yang menjadi tugas penting (waqi') zaman kini semata-mata atau gara-gara mereka "belum perfect" atau ada "maksiat tak tinggal lagi" ?
Ya! Dakwah itu WAJIB dijalankan. Dan Manusia memang penuh dengan dosa dan kekurangan. Tapi, menjadikan hujah "ana banyak dosa" sebagai alasan untuk lari meninggalkan Perintah Allah, Sunnah Rasul dan Amanat Orang2 Beriman (yakni meneruskan obor dakwah) adalah LEBIH KEJI daripada melakukan dosa itu sendiri!
Memanglah, Islam menuntut kita untuk menginsafi dosa-dosa kita. Memuhasabah akan dosa-dosa kita adalah sifat yang sangat dituntut dalam diri seorang Muslim, saya tidak nafikan itu. Bahkan, jika kita tidak pernah merasa berdosa itulah yang sangat berbahaya. Jika kita berasa sombong kononnya kita sudah banyak amal baik, berasa suci dari dosa, sebenarnya itulah Syirik kecil!
Akan tetapi, jangan kita lupa (atau buat-buat lupa?) Allah dan Rasulnya telah me-allocate waktu yang khusus untuk kita Muhasabah/ introspeksi diri. Yakni, ketika kita bersendirian, contohnya ketika di hadapan Allah pada saat Qiamullail kita. Dan bukannya, ketika seruan dakwah dan jihad dilaungkan oleh Amir atau Mas'ul atau Qiyadah (Pimpinan) Kita. Sekali-kali bukan!
Tips Jika Tetap Dihantui Dosa.
“Dan laksanakanlah sholat pada kedua ujung siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah).”
(QS ; Hud : 114)
Pembaca-pembaca sekalian, abi Abdirahman, Abdullah Ibnu Mas'ud pernah bertanya kepada nabi, "Ya Rasulullah Amalan apakah yang paling dicintai Allah?" Rasulullah menjawab,
"solat tepat waktu"Kesimpulan yang dapat diambil dari 2 dalil diatas ialah, salah satu Rahmat Allah kepada kita ialah Dia mensyariatkan Solat Wajib, yang sebenarnya sebagai kaffarah (penghapus) kepada Dosa-dosa dan Maksiat kita.
Allah mengurinikan kepada Ummat Muhammad ini 5 waktu solat. Ini bererti, sebenarnya kita ada 5 pecahan masa dalam waktu 24 jam. dan Waktu Azan itulah yang menjadi marker atau petanda waktu kepada Perubahan masa. Dengan kata lain, jika kita melakukan sesuatu maksiat, ianya akan berlaku antara 5 marker Masa ini.
Oleh itu, apa yang ingin disampaikan disini ialah, jika da'i-da'i yang berdosa menginginkan dosanya terhapus, maka hendaklah dia solat tepat waktu, (dengan syarat dia menyadari, mengakui, & menginsafi dosanya). Kerana perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. sebagaimana yang diwartakan dalam surah Hud ayat 114 dan Hadis 18 daripada Hadis 40 Nawawi..
Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat ..yakni, itulah peringatan bagi da'i-da'i yang berdosa, tapi yang selalu ingat dan ingin menyucikan hatinya dari noda. ianya adalah peringatan bagi nafsu mut'mainnah, yakni individu yang selalu menginsafi dirinya.
p/s: Dalil Solat sebagai kaffarah dosa ini,dikuatkan lagi dengan kisah seorang lelaki yang mengadu kepada Nabi telah berzina dengan seorang perepuan. Dia merayu kepada Nabi untuk melaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Nabi dengan malu dan segan lantas menyuruh lelaki tadi segera solat,
"nescaya dosamu terhapus",
kata Nabi. Setelah lelaki tadi selesai solat, Nabi membiarkannya pulang. Baginda tidak menghukum Rejam keatasnya.
Pengajaran dari kisah ini, ialah selain Solat boleh menjadi pengahapus dosa, hadis ini juga mengajar kita supaya merahsiakan Maksiat Peribadi kita. Kerana maksiat yang bersifat individu (seperti berzina, minum arak dsb) adalah antara si pelaku dengan Allah. tidak melibatkan kezaliman keatas orang lain, melainkan kita menzalimi diri kita sendiri. Jadi ianya tidak perlu-lah diceritakan ( baca: curhat) kepada orang lain. Lebih-lebih lagi jika diwar-warkan dalam status Facebook atau blog. Kerana tidak ada tempat yang lebih layak untuk kita mengadu akan kesalahan-kesalahan dan maksiat-maksiat kita, melainkan dihadapan Allah Yang Maha Pengampun, dan Penerima Taubat. Dengan syarat, kita benar-benar insaf dan benci untuk kembali melakukan kekufuran dan kemaksiatan tadi.
sekian. Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)










