Friday, July 15, 2011

"Gigitlah Ia Dengan Gigi Molar Ke Tiga!"


Tersebutlah kisah, ada seorang Sifu yang berhajat untuk bertemu dengan anak muridnya untuk menyampaikan beberapa wasiat penting. Sifu itu nekad untuk bertemu muridnya walaupun dia harus menempuh perjalanan selama 9 jam untuk bertemu muridnya. Walaubagaimanapun, sayangnya Sifu tadi hanya punya masa selama 2 jam saja untuk delivere message penting nya kepada murid harapan-nya tadi.

Pada pendapat anda, apakah mesej dan amanat penting yang ingin disampaikan oleh Sifu tadi kepada Murid nya? 

Mungkin jawapan anda, "manalah kawe nak tahu, demo tak bagi tahu siapa Sifu tu". Benar juga. sebab saya tidak pernah menyebutkan siapa Sifu itu, dan bidang apa yang beliau men"Sifu"kan diri. Sifu M.Nasir-kah dia atau seorang guru Kung Fu-kah dia?


Tapi yang pasti, saya jamin anda dapat merasakan bahawa mesej dan amanat yang ingin beliau sampaikan kepada muridnya tadi adalah Super-Duper penting. Sebab,Sifu tadi sanggup menempuh perjalanan selama 9 jam semata-mata untuk bertemu muridnya demi untuk menyampaikan amanat dalam masa hanya 2 jam sahaja. Sudah tentu mesej yang ingin disampaikan adalah mesej maha penting,ringkas, sarat dan padat dengan kata-kata hikmah dan amanat2 yang memadatkan. Dalam bahasa mudah-nya, memang penting dan padat lah! 

Well, ala kulli hal, scenario yang saya ceritakan diatas,sebenarnya menggambarkan apa yang berlaku di Shah Alam beberapa hari lepas. Lebih spesifik lagi yang berlaku pada 11 Julai 2011 di Dewan Jubli Perak SUK Selangor, Shah Alam pada pukul 8 malam. Kita di Malaysia didatangi oleh seorang Sifu dan Master Da'wah. Dari raut wajahnya, dan warna rambutnya, sudah jelas kelihatan beliau sudah berusia 70an. Tapi , subhanallah.. hamasah "semangat" nya menyamai pemuda 17 tahun. Beliau telah lama berkecimpung dalam arena da'wah ini. Bahkan, yang paling mengkagumkan saya ialah, dikatakan oleh seorang ikhwah yang tsiqoh, sejak berusia 15 tahun lagi, beliau sempat bertemu dan berguru langsung dengan Sifu Hassan al-Banna. Beliau lah penulis buku Tsawabit al Mutaghayyirat (Hal-hal yang Tidak Bisa Berubah). Ladies and Gentlemen, behold, Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin!


Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, dan berasa "tidak nyambung" dengan scenario "Sifu dan Muridnya" yang saya ceritakan pada awal topik ini. Apakah kaitannya?

Kaitannya ialah sebenarnya saya ingin menggambarkan Syeikh Jum'ah Amin-lah sebagai Sifu tadi. Beliau telah menempuh perjalanan selama 9 Jam diatas kapal terbang dari Tanah Arab (Mesir) ke Tanah Melayu (Malaysia) semata-mata2 untuk bertemu dengan "murid-murid"nya iaitu ikhwah-akhawat di Malaysia untuk menyampaikan Wacana Tarbawi nya. Masa yang beliau ada hanyalah lebih kurang 2 jam saja (8 pm sampai 1130 pm). Jadi,sudah tentu beliau akan menyampaikan poin-poin yang sangat-sangat-sangat penting bukan?

Namun begitu, yang "pelik"nya ialah, yang menjadi isi perbicaraan Naib Mursyid Am IM pada malam tersebut, kelihatannya hanya berkisar kepada perkara yang boleh dikatakan terlalu basic. Seperti;

"Pembentukan individu muslim."

"Hassan AlBanna berpesan supaya seorang Ikhwan harus menjaga mutabaah amal-nya. seperti tilawah 1 juz per hari, istighfar 100x, zikir mathurat, qiamullail minimum 2 rakaat per malam..."

"Tentang Ukhuwah..."

"Program KATIBAH dan Mabit sebagai wasilah Tarbiyah yang penting.."

"Hassan Al Banna membahagikan manusia kepada 4 golongan. Beriman, Oportunist, Mutaraddid, Penentang..."

"Asholah Qabla Ishlah a.k.a Ishlah Nafsak Wad'u Ghairak..."

dan seterusnya. 



Dan kalau ikutkan pada fikiran yang dangkal "cetek", tidak perlu kita susah-susah jemput Syeikh Besar dari IM Mesir untuk ceritakan perkara-perkara yang boleh dikatakan basic tadi. Sebab, sebenarnya Syeikh-syeikh kita di Malaysia pun boleh ceritakan perkara-perkara basic tadi dengan mantap dan penuh hikmah. Lihat saja dua Ustaz kita, Ustaz Muhaimin dan Ustaz Hasanuddin. Mereka dapat men"translate" ucapan Syeikh Jum'ah Amin secara langsung dan spontan. Bahkan mereka berdua boleh menghuraikan dan mentafsir kata-kata Syeikh Jum'ah Amin dengan penuh bijaksana. Mereka sudah dikira hebat! 



Jadi, apa perlunya undang Syeikh Besar Ikhwan Muslimin jauh-jauh dari Mesir untuk menyampaikan perkara basic, yang rasanya kita sudah dapat dan mungkin sering dengar melalui Naqib kita dalam Usrah-usrah kecil di tempat kita berada sekarang?  

kenapa syeikh Jum'ah Amin tidak membahaskan tentang Ketamadunan Islam ker, Islam Hadhari ker, Kemajuan Teknologi ker atau Pembangunan Ekonomi Ummat ker dan bermacam perkara yang dapat menggambarkan Wawasan ke depan Ikhwan (ala2 Wawasan 2020 Tun Mahathir). Lagi pula, perkara-perkara ini juga penting, terutama buat ummat di zaman Sains dan teknologi ini.

...Hurmm...

Sebenarnya, pemikiran semacam inilah yang salah. Yaitu pemikiran yang memandang bosan dan remeh akan perkara yang basic dan mengangap penting perkara cabang. Basic dalam bahasa melayu berarti ASAS. dalam bahasa Arab dipanggil QAEDAH. Sesungguhnya, perkara yang paling utama ialah basic. Tanpa basic yang kuat, sesuatu perkara akan runtuh.Contohnya, disebabkan basic yang tidak kuatlah, Highland Tower telah runtuh dengan slumber-nya pada 1993. Disebabkan tidak menguasai basic anatomy, physiology, dan patophisiology-lah, ramai medical student yang agak merangkak2 waktu clinical year nanti. Dan banyak lagi contoh lain. Anda rekalah sendiri.

Sebab itulah 2 Kalimat Syahadah dipanggil Aqidah. Sebab itulah 13 tahun awal da'wah nabi lebih kepada pembinaan Aqidah, Roh, dan Akhlak. Hanya pada 1000 tahun kemudian, barulah ummat ini bercakap soal Tamadun dan Teknologi. Ini sudah dijelaskan dengan crystal clear dalam ISK.

Walaubagaimanapun, kesimpulan yang saya dapat buat setelah mengikuti langsung Wacana Tarbawi oleh Syeikh Jum'ah Amin ialah, 

dimana saja kita berada,

di zaman mana kita membawa da'wah ini,

di waqi' mana sekali pun,

di mehwar mana sekali pun kita mengoperasikan da'wah ini. baik di mehwar sya'bi "masyarakat" mahupun daulah  "pemerintahan".
di medan apa sekali pun kita me'lebur'kan diri dalam da'wah ini (izabatun nafsi fi da'wah)
baik sebagai doktor, guru, bisnesman, engineer, bakal ustaz.

atau pun sebagai YDP (Yang Dipertua) sebuah persatuan pelajar, atau orang penting persatuan tersebut,

kita tak dapat lari dari perkara basic, yaitu aspek pembinaan Individu Muslim, sebagai Asas kepada Revolusi Ummat dan Gerakan Islah.

Kita sebagai dai' tak dapat meninggalkan 3 perkara basic, iaitu tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah.

Kerana perkara basic tarbiyah inilah menjadi sunnah bagi para pendahulu kita, baik di Zaman Rasulullah, mahupun di Zaman Salahuddin al Ayyubi.Baik di Zaman Da'wah Mekah, mahupun di Zaman Kegemilangan Turki Uthmaniyah. Basic ini harus kita sentiasa pegang dan "gigit dengan gigi geraham" kita.

“Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang hamba abdi. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup selepasku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Karena itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian (gigi molar ke tiga). (Hadis Riwayat. Abu Dawud no. 3991)

Thursday, July 14, 2011

[COPY PASTE] Menangani fenomena literalis agama - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

 

 

13 JULAI — Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.



Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.
Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.

DIPUKUL DAN DIRAMPAS
Lebih dahsyat lagi, apabila aliran ini dimanfaatkan oleh para pemerintah yang korupsi dalam dunia Islam. Ini apabila kelompok ini menafsirkan hadis-hadis politik secara literal yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah. Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ pro-pemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran, sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan.
Di Malaysia, kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat. Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan.
Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a: “Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?
Di manakah sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih). Satu hadis tidak boleh dibaca secara berasingan tapi hendaklah melihat keseluruhan secara perbandingan dengan nas-nas yang lain. Jika tidak, penafsirannya akan cacat. Di situ adanya ilmu yang dinamakan Mushkil al-Hadith yang membincangkan hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bercanggahan.
Hina dunia Islam hari ini, sekalipun Allah melimpahkan mereka dengan pelbagai kelebihan, adalah disebabkan salahguna harta rakyat dan ketidakadilan. Dalam beberapa sudut, pemimpin dunia Barat lebih amanah dan jujur kepada rakyat mereka dibandingkan apa yang ada di dunia Islam hari ini. Di mana pergi kekayaan minyak Arab? Bahkan, dari segi keadilan, kadang-kala haiwan di negara Barat lebih dibela dari seorang muslim yang hidup di dunia Islam; dipukul, dihina, dipenjara, bahkan dibunuh tanpa berani bersuara.
Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari).
Jadi, sejak bila pula, Islam menyatakan jika pemerintah melakukan kezaliman kita hanya diam dan bersabar! Malang sekali jika manusia di Barat dan Timur yang tidak muslim menentang pelanggaran hak asasi rakyat, tiba-tiba ada kelompok agama dalam Islam yang menyatakan kezaliman pemerintah dihadapi dengan diam, sabar dan taat!

HURAIAN
Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah.
Begitu juga di bawah regim-regim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya. Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa.
Maka, konteks hadis sudah berbeza.  Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.
Bagaimana mungkin rakyat tidak boleh membalaskan tindakan pemerintah melalui saluran keadilan dan tuntutan yang wajar, sedangkan dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri sebagai pemerintah mengizinkan diri baginda dibalas. Ini seperti hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dalam sirahnya, ia disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah bahawa ketika Rasulullah membetulkan saf perang Badr dengan anak panah baginda, lalu baginda mencucuk perut Sawad bin Ghaziyyah, maka Sawad berkata: “Wahai Rasulullah! Engkau telah menyakitiku dan demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran dan keadilan, beriku untuk membalasnya”. Maka Rasulullah s.a.w pun menyingkap perut baginda dan bersabda: “Balaslah”. Lalu Sawad memeluk dan mencium perut Nabi s.a.w. Baginda bertanya: “Mengapa engkau buat begini wahai Sawad?” Beliau menjawab: “Seperti yang engkau lihat, aku ingin agar saat akhir aku denganmu, kulitku menyentuh kulitmu”. Lalu Rasulullah s.a.w pun mendoakan kebaikan untuknya”.
Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang nabi dan pemerintah, jauh lebih mulia dari semua pemerintah mengizinkan diri dibalas atas tindakannya, bagaimana mungkin ada pihak boleh menyatakan tindakan pemerintah tidak boleh dipertikai atau dibawa ke mahkamah, atau dibicarakan atau dituntut kesalahannya oleh rakyat! Alangkah dangkalnya penghujahan seperti itu. Ini boleh membawa kepada menolong kezaliman penguasa.
Sedangkan Nabi s.a.w “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

ERTI PEMERINTAH
Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu!


Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w: “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebab itu, sehingga dalam bab bughah iaitu mereka yang keluar memerangi pemerintah dengan senjata, al-Imam Abu Ishaq al-Shirazi menyebut: “ ... jangan dimulakan peperangan sehinggalah ditanya mereka apa sebab mereka bertindak balas demikian. Jika mereka menyebut tentang sesuatu kezaliman, maka hendaklah diatasinya, jika mereka menyebut sesuatu sebab yang boleh diselesaikan, hendaklah diselesaikan. Jika mereka menyebut sesuatu kekeliruan, dihilangkan kekeliruan itu. Ini disebabkan firman Allah: “Hendakhlah kamu damaikan keduanya ... ” (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 19/195, Beirut: Dar al-Fikr).
Bahkan kitab-kitab fiqh menyebut bahawa harta bugha itu tidak boleh dirampas, yang cedera tidak boleh ditangkap dan yang lari tidak boleh diburu. Ini disebut dalam pelbagai kitab fekah seperti al-Majmu’ dalam Mazhab al-Syafii, al-Mughni dalam Mazhab Hanbali dan lain-lain. Demikian, bughah yang bersenjata, diberikan hak dalam politik islami, bagaimana mungkin rakyat yang tidak bersenjata dibiarkan dipukul dan dirampas harta mereka tanpa boleh membantah?! Fenomena literalis boleh mengelirukan!
* Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis.

Dipetik dari: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/menangani-fenomena-literalis-agama-dr-mohd-asri-zainul-abidin/

Thursday, July 7, 2011

Teman- Teman Pilihan

Artikel ini adalah dari petikan buku 
Beginilah Jalan Da'wah Mengajarkan Kami karangan M. Lili Nur Aulia



لرفيق قبل الطريق

Memilih teman harus didahulukan sebelum memulakan perjalanan

Penempuh jalan da'wah, hakikatnya sama saja dengan penempuh perjalanan pada umumnya yang memerlukan teman perjalanan sebagai teman berbicara, berdiskusi, saling berbagi suka dan duka, saling memikul kesulitan perjalanan, menemani di kala sepi, menjadi penasihat ketika lemah, pelipur lara ketika sulit, pelindung saat ketakutan mencekam, pendorong semangat ketika lelah, dan semacamnya.

itulah sebabnya para ulama juga turut menjelaskan bahwa keberadaan seorang teman menjadi salah satu antara adab orang yang ingin menempuh perjalanan.

seperti dikatakan Imam Al Ghazali:  

"Hendaknya orang yang ingin bepergian memilih teman. Jangan ia keluar seorang diri. Pilih teman dahulu, barulah tempuh perjalanan. Hendaknya teman yang menemaninya dalam perjalanan itu adalah orang yang bisa membantunya dalam menjalankan prinsip agama, mengingatkannya tatkala lupa, membantu dan mendorongnya ketika ia tersadar. Sesungguhnya orang itu tergantung agama temannya. Dan seseorang tidak dikenal kecuali dengan melihat siapa temannya..."
(Ihya Ulumiddin, 2/202)

Apa yang dikatakan Imam Al Ghazali rahimallahullah itu sebenarnya, mengambil intisari hadits Rasulullah saw:

"Andai manusia mengetahui apa yang akan dialami seseorang jika ia seorang diri, niscaya tak ada orang yang menempuh perjalanan malam seorang diri. "
(Fathi Al Bary, 6/138)

Perjalanan dalam da'wah ini, juga bisa dikiaskan dengan perjalanan dalam urusan lain yang memerlukan syarat-syaratnya sendiri. Dan salah satu syarat perjalanan itu adalah: Ar rafiiq ash shaalih (teman yang baik).
Di jalan ini, kami secara otomatis tergabung dalam kebersamaan setelah berbagai tahapan seleksi. Barangkali yang dominan dalam hal ini bukanlah seleksi yang kami lakukan sendiri, melainkan tabiat kehidupan dan perjalanan ini yang menyeleksi kami dan saudara-saudara kami, secara tidak langsung. Ragam ujian, cobaan, berbagai ftinah, godaan dan rayuan di perjalanan ini yang menyeleksi saudara-saudara perjalanan kami di jalan ini. Termasuk kami sendirilah yang diseleksi oleh ragam kondisi itu. Sehingga akhirnya, kami mendapati saudara-saudara di jalan da'wah saat ini adalah mereka yang insya Allah bisa saling membantu untuk mencapai cita-cita perjalanan ini.

Semoga merekalah yang disebut sebagai الرفيق صالح (ar rafiiq as shaalih).

(Kenangan Jogja -9 April 2011-)

Monday, May 2, 2011

Da'i Yang Dihantui Dosanya



Wahai saudara-saudaraku sekalian.
Tidak jarang seorang da'i atau kader dakwah yang mengadu kepada sahabatnya atau qiadahnya (pimpinan);

akhy,,ana masih banyak kekurangan, maksiat masih banyak lagi yang belum tinggal
atau
saya belum perfect lagi, Ustaz..
dan aduan-aduan yang seumpama dengannya.

Alhamdulillah, sebenarnya jika ungkapan itu secara jujur keluar dari mulut mereka, boleh jadi ia datang tulus dari kerendahan hati dan sifat tawadhu' da'i itu.

akan tetapi, apabila mereka menambah atau menggandingkan ucapan tadi dengan,

..., sebab tulah ana rasa belum layak lagi pegang mad'u, belum sesuai lagi menyampaikan ISK (sekadar contoh) kat adik-adik..
atau
saya tak layak ada binaan Ustaz, saya takut kot-kot laa binaan rosak kerana sifat saya..

dan sebagainya.
Nauzubillah, wahai pembaca-pembaca budiman.
Sebenarnya ungkapan tambahan tadi mencerminkan KEKELIRUAN yang ada dalam minda da'i tadi. Jika dibiarkan berlanjutan, kekeliruan yang sedikit ini boleh membahayakan komitmennya dalam Dakwah. bahkan boleh mencacatkan Harakah (Pergerakan) Dakwah yang sedang dia perjuangkan sekarang.

Apakah mereka (dai-dai yang dihantui dosanya) lupa bahawa sudah menjadi sunnatullah bahawa semua manusia (tanpa kecuali) memang tidak boleh lari dari mempunyai dosanya sendiri? Semua manusia penuh dengan kekurangan dan dosa tidak kira samada manusia itu bergelar Ulama', Qiyadah sebuah Jamaah, Syuyukh bahkan Mas'ul. Semua tanpa kecuali melakukan dosa,,melainkan Rasulullah SAW sahaja yang dijamin maksum. Itupun Rasulullah tetap melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak dicatat oleh Allah sebagai dosa.

Apakah mereka tidak sedar, bahawa tugas membina manusia-manusia (untuk menggerakkan dakwah ke seluruh alam) adalah WAJIB kepada setiap muslim ?

Adakah mereka mereka mahu meninggalkan KEWAJIPAN DAKWAH, yang menjadi tugas penting (waqi') zaman kini semata-mata atau gara-gara mereka "belum perfect" atau ada "maksiat tak tinggal lagi" ?

Ya! Dakwah itu WAJIB dijalankan. Dan Manusia memang penuh dengan dosa dan kekurangan. Tapi, menjadikan hujah "ana banyak dosa" sebagai alasan untuk lari meninggalkan Perintah Allah,  Sunnah Rasul dan Amanat Orang2 Beriman (yakni meneruskan obor dakwah) adalah LEBIH KEJI daripada melakukan dosa itu sendiri!

Memanglah, Islam menuntut kita untuk menginsafi dosa-dosa kita. Memuhasabah akan dosa-dosa kita adalah sifat yang sangat dituntut dalam diri seorang Muslim, saya tidak nafikan itu. Bahkan, jika kita tidak pernah merasa berdosa itulah yang sangat berbahaya. Jika kita berasa sombong kononnya kita sudah banyak amal baik, berasa suci dari dosa, sebenarnya itulah Syirik kecil!

Akan tetapi, jangan kita lupa (atau buat-buat lupa?) Allah dan Rasulnya telah me-allocate waktu yang khusus untuk kita Muhasabah/ introspeksi diri. Yakni, ketika kita bersendirian, contohnya ketika di hadapan Allah pada saat Qiamullail kita. Dan bukannya, ketika seruan dakwah dan jihad dilaungkan oleh Amir atau Mas'ul atau Qiyadah (Pimpinan) Kita. Sekali-kali bukan!

Tips Jika Tetap Dihantui Dosa.

“Dan laksanakanlah sholat pada kedua ujung siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah).”
(QS ; Hud : 114)

Pembaca-pembaca sekalian, abi Abdirahman, Abdullah Ibnu Mas'ud pernah bertanya kepada nabi, "Ya Rasulullah Amalan apakah yang paling dicintai Allah?" Rasulullah menjawab,
"solat tepat waktu"
Kesimpulan yang dapat diambil dari 2 dalil diatas ialah, salah satu Rahmat Allah kepada kita ialah Dia mensyariatkan Solat Wajib, yang sebenarnya sebagai kaffarah (penghapus) kepada Dosa-dosa dan Maksiat kita.

Allah mengurinikan kepada Ummat Muhammad ini 5 waktu solat. Ini bererti, sebenarnya kita ada 5 pecahan masa dalam waktu 24 jam. dan Waktu Azan itulah yang menjadi marker atau petanda waktu kepada Perubahan masa. Dengan kata lain, jika kita melakukan sesuatu maksiat, ianya akan berlaku antara 5 marker Masa ini.

Oleh itu, apa yang ingin disampaikan disini ialah, jika da'i-da'i yang berdosa menginginkan dosanya terhapus, maka hendaklah dia solat tepat waktu, (dengan syarat dia menyadari, mengakui, & menginsafi dosanya). Kerana perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. sebagaimana yang diwartakan dalam surah Hud ayat 114 dan Hadis 18 daripada Hadis 40 Nawawi..

Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat ..
yakni, itulah peringatan bagi da'i-da'i yang berdosa, tapi yang selalu ingat dan ingin menyucikan hatinya dari noda. ianya adalah peringatan bagi nafsu mut'mainnah, yakni individu yang selalu menginsafi dirinya.

p/s: Dalil Solat sebagai kaffarah dosa ini,dikuatkan lagi dengan kisah seorang lelaki yang mengadu kepada Nabi telah berzina dengan seorang perepuan. Dia merayu kepada Nabi untuk melaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Nabi dengan malu dan segan lantas menyuruh lelaki tadi segera solat,

"nescaya dosamu terhapus",

kata Nabi. Setelah lelaki tadi selesai solat, Nabi membiarkannya pulang. Baginda tidak menghukum Rejam keatasnya.

Pengajaran dari kisah ini, ialah selain Solat boleh menjadi pengahapus dosa, hadis ini juga mengajar kita supaya merahsiakan Maksiat Peribadi kita. Kerana maksiat yang bersifat individu (seperti berzina, minum arak dsb) adalah antara si pelaku dengan Allah. tidak melibatkan kezaliman keatas orang lain, melainkan kita menzalimi diri kita sendiri. Jadi ianya tidak perlu-lah diceritakan ( baca: curhat) kepada orang lain. Lebih-lebih lagi jika diwar-warkan dalam status Facebook atau blog. Kerana tidak ada tempat yang lebih layak untuk kita mengadu akan kesalahan-kesalahan dan maksiat-maksiat kita, melainkan dihadapan Allah Yang Maha Pengampun, dan Penerima Taubat. Dengan syarat, kita benar-benar insaf dan benci untuk kembali melakukan kekufuran dan kemaksiatan tadi.

sekian. Wallahualam.

Sunday, May 1, 2011

Wahai Murobbi!

Perhatikan gambar di atas. indah bukan? yang menambah keindahannya ialah air yang mengalir terjun penuh yakin tanpa putus-putus.
ada 3 pasu dalam landscape ini. pasu yang paling atas (Pasu 1) memainkan peranan yang paling penting untuk memastikan supaya air terus mengalir ke Pasu 2 dan Pasu 3. Pasu 1 kena penuh dahulu, sebelum dapat dicurahkan ke pasu 2. kalau pasu 1 tidak penuh-penuh, (gara-gara pasu itu pecah kat bawah misalnya) maka terputus lah aliran air terjun ke Pasu 2. kesannya, kita tak akan dapat menikmati air terjun bertingkat seperti yang ada dalam gambar ini. Dengan kata lain, hasrat MakCik Gayah (tuan punya Landscape ni) untuk menghiasi laman rumah beliau dengan air terjun bertingkat tak kesampaianlah..


Demikianlah juga hubungan antara Murabbi dan Mutarabbi.
Hubungan Murabbi-Mutarabbi umpama Hubungan Pasu 1-Pasu 2. Yang menjadi salah satu KUNCI penting kepada kejayaan pembinaan Mutarabbi (adik2 Usrah) ialah Peranan yang dimainkan Murabbi-ah/ Naqib-ah itu sendiri..

sebab;
.
Murabbi dahulu yang harus Faham sebelum Mutarabbi Faham.


Murabbi dahulu yang harus mengikhlaskan niat sebelum mengingatkan Mutarabbi dengan Tafsir al-Ikhlas atau Hadis 1 (Niat).


Murabbi dahulu yang kena beramal, sebelum 'push' adik-adiknya beramal.


Murabbi dahulu yang kena tinggalkan Jahiliyyah (music2 lagho, dota, layan Korea, merokok, simpan aweks/ pakwe) sebelum menyeru Mutarabbi untuk tinggalkan Jahiliyah tersebut.


Murabbi hendaklah marah dirinya terlebih dahulu, sebelum marah jika Mutarabbi lembap dalam dakwah dan tarbiyah.


Murabbi hendaklah terlebih dahulu baiki akhlak nya yang masih 'slack' sebelum menegur Mutarabbi nya supaya berakhlak mulia.


Murabbi dahulu yang harus menjejakkan kaki ke dalam syurga, sebelum tarik Mutarabbi ke dalam nya


Oleh itu,


Wahai Murabbi-murabbi yang baca tulisan ini sekalian! Ketahuilah,bahawa tugas kalian amatlah berat!
Maka semaklah diri kalian dahulu, sebelum semak mutaba'ah amal adik-adik usrah kalian!


Sekian.

Tuesday, January 11, 2011

kenangan HAMKA Dec 2009

setelah pelbagai ragam dan peristiwa (suka-duka, hitam-putih, ujian-pujian)  yang melanda KITA selama setahun (Januari 2010 - januari 2011),

sedar-sedar dah masuk tahun baru..
dekad baru actually..
2011..

moga Allah teguhkan kita di dekad baru ini..

Tuesday, November 9, 2010

Beautiful Ghuraba by Ghamdi



Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever


فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

 
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. so give glad tidings to the strangers."

Wednesday, October 6, 2010

Reviving the Spirit of Ramadhan

malam ni dah 26 Syawal. Syawal dah nak habis. seakan-akan seperti baru semalam aku bermimpi sedang berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. seakan-akan peristiwa bertarawih di atas jalan Mandala pada malam 1 Ramadhan (gara-gara semangat awal Ramadhan penduduk Jakarta) hanya lah mimpi semalam. memang benar kata orang awam,   

"kejap gile waktu berlalu.." 

juga kata-kata feveret mana-mana pengacara majlis keramaian sebelum mengakhiri sesebuah Program  

"nampaknya masa sangat mencemburui kita.." 

walaupun ntah dari mana asalnya kata-kata 'pelik' ni, tetapi memang itulah hakikat sebenar hidup kita di alam dunia ini. Terlalu singkat.



Waalaubagaimanapun,aku tidak berhajat pada malam ini untuk meratapi hari2 indah yang telah berlalu. apa lagi untuk mencela waktu dan menuduhnya 'kaki cemburu'. karena memang begitu lah Sunnah Allah terhadap waktu.

"Demi Masa Sesungguhnya Manusia Berada Dalam Kerugian. melainkan..." (surah al-Asr)

Service Center
Hanya saja, yang tinggal bersama kita adalah Spirit Ramadhan yang akan menjadi bekal atau (lebih zouk jika dipanggil ) spare-part buat "kereta Honda Tarbiyah" yang akan kita bawa & gunakan di 11 Destinasi tujuan seterusnya, sebelum kita berupaya sampai di kedai "spare-part" / Service Center yakni Ramadhan seterusnya. Itulah Spirit Ramadhan pada pandangan penulis.

"berspare-part lah, sebaik-baik spare-part adalah spare-part Taqwa."

Momentum.
kata Guru, "jadikan setiap Event ibadah tahunan atau mingguan atau harian sebagai momentum untuk diri kita ke hadapan."
mungkin Event-event yang dimaksudkan Guruku tadi ialah Hari Raya, Hari Jumaat, dan Solat-solat Fardu 5 waktu. Kata-kata Guru memang selaras dengan hadis Nabi;

الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ ، وَالجُمُعَةُ إِلَى الجُمُعَةِ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، مُكَفِّراتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الكَبَائِرُ

“Solat lima waktu, solat jumaat sampai ke shalat jumaat berikutnya, puasa Ramadhan ke puasa Ramadhan berikutnya adalah sebagai penghapus (dosa) apabila perbuatan dosa besar ditinggalkan”. (HR. Muslim)

Super-Special Giler Wow 
Baginda Rasul pernah berkata
"Seandainya umatku tahu kelebihan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta setiap bulan adalah Ramadhan".

wow! sangat dah-syat sekali.. sabda Rasul tadi cuba menggambarkan bahwa Ramadhan itu sangat Super Special. dan sememangnya kita tidak pernah tahu kelebihan sebenar Ramadhan. Kelebihan-kelebihan yang sampai kepada kita seperti Malam Lailatul Qadar, Dibelenggu Syaitan, Azab Kubur Ditunda, Pintu Syurga & Pintu Rahmat Terbuka, dan pelbagai lagi Keistimewaan yang termaktub dalam hadis yang Shahih hanyalah bagaikan tips of the ice-berg.
buktinya, kita masih lagi belum mengingingkan setiap bulan adalah Ramadhan.
hati kita masih lagi berkata " naseb baik bulan pose dah habis". seakan-akan menarik nafas lega dengan berakhirnya Bulan Puasa. (masing-masing dapat menilai diri masing-masing)


Tips -tips Agar Spirit Ini Kekal Sampai Ketemu Ramadhan Seterusnya..
Arakian, yang akan saya kongsi bersama kali ini ialah tips-tips untuk menghadirkan Spirit Ramadhan dalam setiap hari-hari kita yang mendatang. tips ini saya dapat melalui Guru saya dalam circle mingguan kami.

 Allah berfirman
bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar Taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Ali Imran 102)

1.Optimalisasi.
pada bahagian pertama ayat meminta kepada kita meng'OPTIMAL'kan ketaqwaan kita kepada Allah.
"bertaqwalah kepada Allah seOPTIMAL mungkin"
seperti mana Enzim yang mempunyai suhu optimalnya (37C) untuk bekerja meng'catalysis' substrate, dan seperti mana Otak anda yang boleh bekerja secara optimal (studi/ baca quran/ jawab exam) pada waktu-waktu special (eg: pagi/ lewat malam). Begitulah juga halnya dengan ketaqwaan kita. jadi persiapkan rohani kita untuk bertaqwa dengan Optimal dan Konsisten. kerana itulah sebenar-benar Taqwa.

2.Islamisasi
pada bahagian kedua ayat tadi yang berbunyi
"janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"
ayat diatas juga boleh di sebagai
"Islamkan seluruh lifestyle kita seolah-olah kita akan mati anytime, anywhere."

Sabda baginda Rasul " Allah cinta/suka kepada seseorang bila ia beramal/bekerja ia melakukannya dengan Itqan" (H.R. Baihaqy).

Itqan disini bererti
1.Profesional, atau
2.Bermutu dan Tidak cincai cincai, atau
3.Etos (istilah Indonesia), atau 
3.Tidak ggomo koksir (istilah German).

3.Pengawasan/ Muroqobah
Para penyeru kebenaran hendaklah selalu ingat ini poin ini. Hanya Allah lah yang mengawasi kita. jangan kita buat baik (DF) dek kerana untuk mengimpress mad'u kita atau supaya diterima sahabat-sahabat/ikhwah yang dah lama mahupun baru kita taaruf.
hendaklah kita hadirkan Allah dimana jua kita berada. Terutama bila kita bersendiri. Hanya Allah lah yang akan memasukkan kita ke syurga, bukan mad'u, bukan ikhwah lain.

"......Allah Maha Melihat apa yang kau buat (57:4)"

Juga, rasakan Allah melihat kita seperti CCTV merakam setiap gerak-geri kita. rasakan betapa seramnya ditenung Allah seperti mana seramnya jika anda ditenung pocong atau mak lampir (seram ke..?). bahkan yang  ironsinya  orang-orang kita ni memang lebih takut kepada benda-benda KHURAFAT lebih dari takut kepada ALLAH Pemilik Alam. Nauzubillah. semoga kita tidak sedemikian kolot dan jakun.

".....Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu" (4:1)

4.evaluasi diri
Bak kata Umar al-Khattab "hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab oleh Allah."  

Part ni memang vital dalam hidup seorang muslim.Boleh dikatakan jika tanpanya kita boleh kecundang di jalan ini. Boleh jadi kita akan tidak istiqomah kerana tidak merasa selesa jika ditegur sahabat.
Bahkan yang paling buruk dan parah lagi, kita memang tidak pernah rasa diri ini melakukan kesalahan. Dan yang paling parah giler, kita  merasa semua perbuatan kita ada justifikasi dengan Petunjuk, walaupun telah terang lagi bersuluh, ianya perbuatan Mungkar. sifat sedemikian sebenarnya berpunca dari hati yang tidak mahu menerima kebenaran dan hakikat diri. semoga kita tidak sedemikian. semoga kita tidak terjebak dalam "Superiority Complex" (term baru dicipta) yang meJahanamkan diri sendiri di akhirat kelak.

5.kesungguhan/ mujahadah
terakhir yang ada pada kita ialah kesungguhan dan keseriusan untuk berubah. kerana ini adalah bukti keimanan kita. tanpa keseriusan dan mujahadah, Spirit Ramadhan yang sudah pernah bertapak dalam jiwa kita akan pudar dan lusuh hari demi hari.
Sesungguhnya, mujahadah bermula dengan YAKIN.
yakin Kenapa kita mengajak orang kepada kebaikan.
yakin betul ke tak jalan dakwah ini.
jika kita tidak yakin dengan jalan dakwah ini, kita hanya akan 'main-main' dijalan ini.
jika anda tidak pernah yakin akan sistem Usrah ini mampu meletakkan Islam sebagai New World Order, sampai 'ayam jantan bertelur' pun Allah tak akan memudahkan misi anda.
sampai P. Ramlee habis 'kira bulu kambing' pun, gerak kerja/ takwin anda akan lembap semacam.

Unless, anda kembali meyakini jalan dakwah ini adalah jalan y haq. anda kembali meyakini jalan dakwah ini adalah jalan para salafusoleh. anda yakin bahawa jalan ini diberikan ganjaran oleh Pemilik Alam kelak diakhirat.

Sebagai analogy,umpama 2 orang dari arah berlainan tetapi akan menuju ke suatu destinasi yang sama yaitu Majlis Pernikahan sahabat karib mereka berdua. mamat A tahu dan kenal akan jalan ke rumah pengantin manakala mamat B masih ragu-ragu dan x sure kenal jalan ke rumah pengantin. Jika Mamat A, dia sudah Yakin dan Faham peta yang tertera pada Kad Undangan Kahwin. So dia akan memandu dengan penuh tenang dan senang hati, hingga dia bisa sampai ke Majlis Pernikahan sahabatnya on time dan berjaya memenuhi hajat Sahabat baiknya tadi. Manakala si Mamat B yang tidak yakin,  perjalanan ke destinasinya juga akan tidak bersungguh, main-main, dan gelabah. Dia mungkin terlambat menghadiri majlis tersebut dan (mungkin) sedikit mengecewakan sahabatnya tadi.

tribute to Akh Wea (a.k.a Gembok) penulis Hazaddeen.blogspot


sekian. selamat beramal!

Saturday, October 2, 2010

Salam Permulaan..

alhamdulillah dengan izin Pencipta Semesta Alam, penulis berada dalam percobaan kedua dalam rangka menyumbangkan sedikit sumbangan pemikiran kurniaan Tuhan ke dalam arena penulisan blog. walaupun diri ini dihantui oleh blog2 lama  yang penulisannya terhenti beberapa tahun yang lalu,(blog frenster y terhenti kerana peralihan zaman Friendster ke Facebook..hehe) diri ini akan cuba sedaya untuk konsisten menyumbangkan idea demi pembangunan alam & manusia (ayat tak bole blah..).

Syahdan, banyak idea yang bermain2 di fikiran ini untuk dipersembahkan dalam ruangan ini.Dan penulis tidak menjangkakan blog ini akan mencapai hits dan menjadi blog feveret ramai, hanya dalam masa satu malam saja. mungkin menunggu masa bertahun-tahun lamanya untuk improvement. karena maklumlah; penulis memang tak ada bakat untuk bermadah atau mengarang sketsa dan ayat membunga (baca: jiwang). cuma, yang ada pada penulis hanyalah sekeping Hati (yang kini sedang menjalani proses Tarbiyah Ruhiyah) dan seketul Otak (yang semakin meluas dengan Tsaqafah nya)  dan 'sesikat' Jari yang tidak mahu ketinggalan dalam menyumbang kepada agenda 'ISLAH' ummat. tambahan pula,hendaklah pembaca ketahui dan ingat bahawa kita;

tidak perlu tunggu menjadi JK Rowling baru anda mahu menulis tentang kisah hidupmu..
tidak perlu tunggu menjadi Imam Syafie (rahimallahutaala) dulu baru anda mahu mengajak kepada kebaikan..
tidak perlu tunggu menjadi kuat dan 'katang' seperti Sazali Samad baru anda mahu tolong angkat singkirkan batu/ paku/ sampah yang menghalang jalan orang ramai.



yang penting usaha kita untuk menyumbangkan sesuatu dan memberi kepada yang memerlukan. Bak kata sebuah blog yang Hits dan Top "Erti Hidup Pada Memberi".
dan bak kata seorang Murabbi dan Icon Tulabi "mari kita memberi erti hidup ini...sebelum semuanya tiada bererti.."

sekian. sila nantikan entry berikutnya..=)