Biografi Icon Logam Depan Mata



Manusia adalah makhluk yang dilahirkan ke dunia dalam keadaan terbatas dan tidak mengetahui sesuatu pun. Disebabkan mereka, eh, salah, KITA terbatas, maka KITA cenderung untuk melakukan suatu proses yang dipanggil meniru.
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ 
وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
 Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. (An-Nahl:78)


Contoh mudah, seorang anak kecil umur 2 tahun dapat bercakap, hanya dengan meniru percakapan orang yang paling dekat dengannya, seperti orang tuanya. Jika Kelantan lidah orang tuanya, maka Kelatan-lah lidah anak itu. Jika orang tuanya lidah Britain, maka English-lah lidah anak itu. Misalkan pula, anak tersebut orang Asia, kemudian dibela dan dibesarkan oleh Orang Eropah, maka, anak itu tetap mempunyai lidah orang Eropah walaupun nak tersebut berwajah Jawa. Ini kerana faktor meniru orang yang berdekatan dengannya.

Bahkan tidak hanya dari aspek bahasa, malahan sifat, perangai, gaya, culture, dan agama seseorang anak, ditentukan oleh sifat, perangai, gaya, culture, dan agama Parents-nya. Contoh yang extreme dan tak masuk akal tapi memenuhi maksud disini ialah melalui kisah kartun Tarzan, yang bermula dengan seorang bayi Inggris yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya di hutan Amazon, lalu dibesarkan oleh sekeluarga Gorilla, seekor kawan Gajah berwarna Merah, dan Chimpanzee yang pandai menyanyi. Akhirnya, walaupun dilahirkan di UK dan berdarah Inggeris, dia membesar sebagai seorang manusia rimba yang bersifat Gorilla yang ber-cawat kote dan berambut dread-lock tapi periang dan pandai menyanyi. Ini adalah hasil produk Proses Meniru environment-nya.
Tidak hanya aspek human Growth and Development seperti yang disebut diatas, malahan sebenornya, terbukti bahawa rahsia kejayaan manusia yang berguna dalam dunia ini adalah hasil daripada Budaya Meniru. Perhatikan contoh-contoh dibawah, 

contoh #1
Antara faktor kejayaan Hafiz Hashim dalam mendapat title (bekas) Juara All England, adalah kerana "meniru" seorang jurulatih bernama Rasyid Sidek, bekas pemain tunggal badminton yang terkenal kerana menjuarai Piala Thomas 1992 di peringkat single. Rasyid Sidek pula, pernah berjaya sewaktu ketika dahulu adalah kerana "meniru" ayahnya Allahyarham Dato' Mohd Sidek, yang juga seorang jurulatih badminton terkemuka. Allahyarham Sidek pula wallahualam, mungkin berjaya kerana meniru orang lain, yang saya sendiri tidak pasti siapa. Mungkin saja Wak Sakawi. hehe (pengaruh komik Anak-anak sidek).

contoh #2
Semua fakulti perubatan di Universiti seluruh dunia mana pun, samada di Malaysia, Australia, US, UK mahu pun di Tanah Jawa sekalipun mengamalkan Proses Meniru dalam pembelajaran dan pelatihan mereka. Tidak kira samada GP (General Practitioner) ker, Doktor Specialist ker, dan sub-specialist sekali pun. 

3rd Year Med Student "tiru" Student Internship (dokter pelatih). 
Intern tiru Resident.  
Resident tiru Attending atau Consultant
Consultant tiru Consultant yang lain yang lebih otai dan hebat. Melalui Medical Conferences atau journal-journal mereka saling "meniru" antara satu sama lain.

contoh #3
Encik Kader tauke kedai Mamak (watak rekaan) di Kuala Lumpur, harus memastikan penebar roti canai yang baru direkrutnya jauh-jauh dari Nepal dan Sri Langka telah memahami benar dan tepat apa yang harus dilakukan sebagai employee yang berjawatan penebar roti canai di Restoren Kader Kari Pekat Zindaba'.  Kalau tidak, maka alamatnya tak balik modal la dia import imigrant jauh-jauh semata-mata untuk menguntungkan bisnesnya Kedai Mamaknya.

"Dey machha, buat macam ni ya.." 

"Begini, tengok macam saya buat ni.. "

"Secret recipe saya ialah bla bla bla. Paham ke tak ni?? Ha??"

Mungkin begitu bunyi celoteh Encik Kader kepada para pekerjanya. Walaupun, harus diakui amat susah memahamkan bahasa melayu kepada penebar dari Nepal dan Sri Langka. Tak percaya? Ini bermakna anda belum pernah ke kedai mamak lagi. HaHa.

Saudra-saudara sekalian,
Demikianlah beberapa beberapa contoh proses meniru berlaku dalam hidup manusia keseluruhannya. Dan yang paling penting tentang proses meniru ini ialah, manusia tidak akan percaya kepada sesuatu, apatah lagi untuk meniru akan seseorang selagi ianya tidak melihat contoh baik depan mata yang berlaku pada orang lain. Inilah motivasi manusia dalam "meniru".

Umpamanya, kita tak akan percaya, kita mampu cemerlang dalam exam di tempat kita menuntut ilmu, melainkan setelah melihat senior-senior kita yang sebelumnya pernah berjaya cemerlang dalam exam yang sama. Kita mungkin akan ragu-ragu untuk dapat survive dalam clinical year, atau hidup sebagai Doktor Houseman, HO kalau kita belum pernah lihat ada orang berjaya survive di HO. Kita pasti berasa was-was tahap gaban dan ultramen Taro, untuk mendapatkan Master atau pun title "Ir" dalam bidang Electrical Engineering, jika tidak pernah ada seorang pun "Ir" pernah dilahirkan di Malaysia ini.

"Contoh depan mata" ini kita panggil sebagai Qudwah Hasanah atau Role Model. Jadi manusia adalah makhluk yang perlu akan Proses Meniru Role Model.

Saudara-saudara sekalian,
Arakian, ketahuilah bahawa rahsia kejayaan Islam juga tidak lepas daripada prinsip ini. Proses meniru Role Model. Jika kita masih ingat, Seluruh Dunia pada suatu saat dahulu pernah merasai dan menikmati Makmur dan Damai-nya Ustaziatul Alam (World Order). Ianya sebenarnya adalah hasil wujudnya Qudwah dan Role Model di kalangan Muslim dalam setiap bidang. Seperti Dunia Perubatan ketika itu yang menobatkan Al-Razi dan Avicenna, (Ibnu Sina) sebagai Role Model-nya. Dunia eropah dan paderi-paderi di Al-Quds pula sejak dari dulu sampai sekarang menyanjung Sallehuddin al-Ayyubi dan Umar Ibnu Khattab sebagai Icon keadilan dalam Pemerintahan. Buktinya, sejak pembebasan al-Quds oleh Saidina Umar al-Farouq, Paderi-paderi di Gereja Holy Sepulchre, (tempat yang dikatakan Nabi Isa a.s disalib) berani melantik Muslim di al-Quds sebagai penjaga kunci nya kerana terlalu percaya akan keadilan Islam. Hingga ke hari ini, Muslim dari keturunan yang sama sejak zaman Saidina Umar r.a yang menjadi penjaga kunci yang bagi Gereja Holy Sepulchre. Inilah bukti kesan yang besar Saidina Umar sebagai Icon Keadilan Manusia sejagat!

Padahal, realitinya, mereka-mereka yang dijadikan Icon oleh seluruh dunia pada waktu itu, tidak ber "icon" dan mengambil orang lain sebagai role model, melainkan mengambil Rasulullah SAW, Sang Nabi dari Tanah Arab.

3:31

 Katakanlah: `Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.` Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Samalah juga dengan kita, yakni saya dan anda para pencinta dan pejuang al-Haq (Islam). Samalah bagi saya dan anda, para du'at penyeru manusia Jalan Illahi. Dalam meniti Perjalanan Dakwah dan menegakkan kalimah Allah supaya kembali berdaulat di muka bumi ini, kita perlu akan role model berada untuk berada di samping kita. Iaitu dari kalangan para qiyadah (pemimpin), tokoh, asatizah (ustaz), dan murobbi KITA. At least paling kurang pun, kita sangat perlu akan role model untuk kita dapat lihat dan tatapi gerak-gerinya, amati dan kaji petua dan rahsia kejayaannya, untuk kita pelajari dan berkongsi tips dan pesanan darinya dan TIRU ke"logam"an-nya,  walaupun hanya dengan sekadar  mendengar secara sekunder dan berantai dari orang lain atau membaca kisah mereka dalam berita-berita dan blog-blog amateur mahupun professional.

Oleh kerana itulah, dengan ini saya dedikasikan ruangan Biografi Logam Depan Mata ini, untuk anda semua, para pejuang dan pencinta Dien Allah, para da'e. Tokoh atau Icon Logam yang akan diketengahkan di ruangan ini adalah Icon Da'wah yang bisa saja terdiri dari para qiyadah (pemimpin), politician, public figure, asatizah (ustaz), dan murobbi KITA. Mereka-mereka yang akan saya muatkan dalam ruangan ini adalah terdiri dari Icon Da'wah dari dalam dan luar negara yang pernah saya temui dan bergaul (baca: muayasyah) paling kurang selama 2 jam secara nyata dan real, melalui program-program, daurah-daurah, dan pertemuan-pertemuan yang saya ikuti selama saya yang masih budak hingusan mengenali Jalan DnT ini.

Kisah perjalanan hidup mereka diciptakan oleh Allah bukan untuk sia-sia, tapi untuk  ditatapi dan ditelusuri dan diTIRU oleh KITA, generasi pewaris dan pelapis dakwah ini. Kerana bagi mereka,yakni para Icon Da'wah yang telah menempati usia senja, tidak ada yang lebih berharga di dalam dunia ini melainkan memastikan generasi setelahnya masih menelusuri jalan yang sama, yang telah mereka warisi sejak zaman berzaman. Dan pabila mereka mati kelak, tidak ada yang lebih membahagiakan roh mereka, daripada melihat dari balik dimensi sana, Jalan, Petunjuk, dan Qudwah Hasanah mereka diwariskan dan diTIRU oleh generasi seterusnya, dan seterusnya, dan seterusnya hingga Dien Islam kembali meng-Islah dunia dengan Kebebasan dan Keadilan yang Sejahtera.

Selamat menikmati.

“Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ (HR Muslim)

No comments:

Post a Comment