Tuesday, October 18, 2011

Menang dan Kalah, Syura dan Sabar

"..kerana jiwa tidak akan pernah menang
dalam semua kecamuk perang,
kecuali setelah ia menang dalam pertempuran rasa, 
pertarungan akhlak, dan pergelutan manhaj.."

-Syed Quthb, Fii Zilaalil Quran-
Semakin banyak manusia berhimpun, maka akan semakin terlihat betapa beragamnya mereka. Perbezaan-perbezaan tak terelakkan baik dalam merasa, memperhatikan, memikirkan, menelaah, mengambil sikap, mahupun bertindak. Maka hidup berjama'ah sekukuh janji, selalu memerlukan suatu ikhtiar agar perbezaan-perbezaan itu tak perlu meng-goncang apalagi me-renggang-kan dekapan ukhuwah.

"Perbezaan," kata Anis Matta dalam Menikmati Demokrasi, "Adalah sumber kekayaan dalam kehidupan berjama'ah. Mereka yang tidak mampu menikmati perbezaan itu dengan cara yang benar akan kehilangan banyak sumber kekayaan." Nah, bagaimana mengelola perbezaan itu agar benar-benar menjadi kekayaan? Apakah Allah dan Rasul-Nya menetapkan satu mekanisme untuk menyelesaikan soal ini?

Dalam dekapan ukhuwah, mari kita menelusurinya dari titik ketika kebersamaan menghadapi kekalahan.

"Apa makna sebuah kekalahan?" begitu seorang kawan berbisik ketika menyeksamai penilaian hasil kerja da'wah kami. Saya menghelakan nafas panjang membersamainya. Lalu kata-kata saya berlayar ke dalam matanya. "Sebuah keyakinan akan kemenangan telah menggerakkan kita untuk berpeluh-peluh, bercepat, dan mengikis harta, raga, serta jiwa. Lalu hasilnya membuat kita jerih, perih. Zahirnya adalah kerugian, bukan?"

Tapi tahukah engkau kawan, apa makna kerugian?

Saya cubakan untuk memberikan senyum tercantik saya untuknya. Lalu kalimat berikut ini berhembus mesra di antara kami. 
"Kerugian tak jadi soal, jika ianya menumbuhkan segolongan yang terlatih, kumpulan yang menyadari dan menghargai tanggungjawab.
Tiadanya kesalahan, ketergelinciran, dan kerugian dalam kehidupan ini tidaklah bermakna keuntungan, jika hasilnya adalah jama'ah yang tetap kerdil, bagai bayi yang tak bertumbuh, tak berkembang dan selalu menghajatkan penjagaan."

Apakah saya sedang menghibur diri dengan mendustai jiwa? Semoga tidak. Kata Syed Quthb yang saya kutip sebagai awalan adalah kerangka untuk memaknai kekalahan perang sebagai kemenangan jiwa. Sayyid menyebut tiga medan; pertempuran rasa, pertarungan akhlak, dan pergelutan manhaj. Izinkan saya hanya bicara tentang ketiga; pergelutan manhaj. Dan kita ambil syura sebagai contoh tentang manhaj yang bergelut itu.

Bilakah syura -musyawarah- difirmankan dengan kalimat perintah oleh Allah, 'Azza wa Jalla? Takjub saya di saat mendapat jawabnya. Tapi sebelum berbagi jawapan ini, mari kita ingat lagi secercah kisah tentang perang Uhud.

Sunday, October 9, 2011

Transit antara dua Raya

Abang Syawal dah pergi. Sudah 11 hari beliau say good bye. Teringat saat kita bercengkerama dengan Abang Syawal di bawah sinaran lampu minyak tanah. Eh, salah. Di bawah sinaran bulan purnama. Memang sangat manis saat-saat itu.Sob sob sob..


Tapi, tidak usah sedih tidak usah gusar penumpang sekalian, kerana Bro Dzul Qaedah sudi bersama kita.
Tahukah kita Siapa Bro Dzul Qaedah? Beliau telah di-assign oleh "Big Boss" Abang Syawal dan Bro Dzul dan Big Boss bagi Seluruh Semesta Alam untuk menggantikan Abang Syawal.
Beliau akan mempertemukan kita dengan satu lagi Pesta Raya kita.
Iaitu Pesta Meraikan Kisah Pengorbanan teragung dalam sejarah kewujudan manusia.
Pesta meraikan Kekasih kepada Big Boss Semesta Alam.
Pesta bagi meraikan pengorbanan Sebaik-baik makluk ciptaan Tuhan. Itulah, Pesta 'Idul Adha!

Makanya untuk Bro Dzul Qaedah saya gelar; Transit Antara Dua Raya!

Let us be prepare for the next excitement! Insya Allah...

All Aboard!! =)

Friday, September 30, 2011

Satu Penipuan Bernama Perdamaian

Aku masih ingat
Seluruh dunia terpaku
Menyaksikan satu perdamaian bersejarah
Antara dua bangsa berseteru
Kini mereka bersekutu
Untuk memecahkan masalah Al-Quds yang satu
Camp David Accord 17 September 1978. Dari Kiri: The Bad Boy, The Puppet Master, and The Toy
Dijulanglah dua nama itu
Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang
Yang satu...
Di julang-lah dua nama itu. . .
Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi
Pembunuh Deir Yassin yang keparat itu
Yang satu lagi...
Mati terkapar ketika lintas hormat soldadu
Atas nama Islam beliau dihujani peluru

Tuesday, September 27, 2011

Independence- Sejarah Jihad Kelantan- Part 3

Sebut sahaja rakyat Kelantan, pasti ramai yang akan tersenyum. Tidak kurang juga, ada yang akan berubah wajah mengerutkan dahi memasam-kan muka. Ada juga bila disebut rakyat Kelantan, nescaya hati mereka akan berasa kagum. Kagum dan hormat. Itulah pelbagai respon rakyat Malaysia terhadap rakyat Kelantan.

Rakyat Kelantan sangat terkenal dengan pelbagai sifat. Pelbagai persepsi dan pandangan akan di lontarkan kepada mereka.

"Orang Kelantan ni unik," kata seorang kenalan dari Kedah.

"Bila yang baik, sangat-sangat baik."

"Bila yang gedeber (samseng), hehe tok sah cakap la.."

Saya merupakan anak jati kelantan. Dan ya, saya akui kenyatan mat kedah tadi. Dari pada sebaik-baik manusia seperti Tok Guru Nik Aziz, hinggalah sejahat-jahat manusia seperti Jaha, watak utama dalam movie Budak Kelantan. 

Friday, September 2, 2011

Independence - Part 2- Mat Bangla, Mat Indon


Mari kita renungkan sebentar kalam dari imam kita,
“Rukun Bai’at Kita ada sepuluh, maka jagalah!”
Sesungguhnya, IMSAB telah menggariskan 10 rukun bai'at kepada kita. Bermula dengan Faham dan berakhir dengan Tsiqoh. Dalam Rukun pertama, al-Fahm pula ada 20 syarat Faham agama Ini. Bermula dengan "Usul 1: Islam adalah agama yang menyeluruh"  sampai lah "Usul ke-20: Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat."  Adapun usul 1,ianya berbunyi

"Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahun dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah). Akidah yang benar dan ibadat yang sah."

Sedarkah kita, kalau kita amati betul-betul,dalam banyak-banyak aspek dalam Islam yang syumul "menyeluruh" ini perkara yang pertama-tama sekali di-sebut oleh beliau ialah

"Islam adalah negara dan tanahair"

Thursday, September 1, 2011

Independence - Part 1

"Hamdi, antum pernah ke Sepang International Circuit, nonton balapan F1 di sana?" tanya seorang ikhwah asal Indonesia memulakan obrolan.

"Belum pernah sih, Gus" jawab saya pendek.

"Kok negara ente bisa kayak gitu ya?" tanya Agus lagi, yang merupakan orang Jakarta yang berdarah Betawi.

Saya yang kebingungan tidak paham apa maksud soalan nya tadi bertanya, "Maksud antum..?"

"Yah, kok negara-mu bisa bagus kayak gitu? ada circuit F1, ada KLCC, ada KLIA. Ente malah bisa dapat biasiswa dari pemerintah." kata Agus yang bertanya dalam kekaguman.

Saya hanya diam dan tidak memberi kan respon. "No comment." Jawab hati ini. Pertanyaan seperti ini sudah sering dan boleh dikatakan boring untuk kita mendengarnya.

Di waktu ketika yang lain, kawan saya yang lain pernah berkata dengan nada yang sama,

"Hamdi, gua sih" kata Hendy teman Indonesian berdarah Chinese, "pingin banget jadi rakyat Malaysia. Aman dan maju. Malaysia bisa maju itu gara-gara Penjajah nya Inggris. Kita (maksud dia, Indonesia) ini jadi kayak gini gara-gara Belanda. Belanda itu goblok bangat. Gak bisa memerintah." celoteh Hendy sambil-sambil   matanya terfokus pada tv dan jemarinya rancak menekan button control PS-nya. Dia sedang main video game.

Saturday, August 27, 2011

"You set the tone"

Dr Morgenstern, Chief of Surgery dan merangkap Chief of ER di County General Hospital, kelihatan runsing dan agak gelisah sedang berbual serius dengan Dr Mark Greene, Chief of Resident merangkap hero utama di dalam kisah drama series terlama di dunia, ER. Something bad terjadi di wad kecemasan (ER) County General Hospital. Colleague kepada Dr Greene, Nurse Carol Hathaway sedang unconscious dan kritikal gara-gara drug overdose. Carol sengaja cuba bunuh diri, gara-gara putus cinta dengan Dr Doug Ross, pediatrician kacak bergaya lakonan George Clooney.

(sila kan klik link dibawah untuk memahami lebih dalam apa yang saya sampaikan di atas.) 

Dr Morgenstern menutup perbualan serius dengan Dr Greene dengan mengatakan,

"The Unit looking to you, Mark. You set the tone."

Mark sebagai ketua Residents di Hospital itu di lihat sebagai orang yang bertanggung-jawab untuk menetukan keputusan case terbabit di unit Kecemasan. Keputusan tindakan selanjut-nya keatas Carol akan ditentukan oleh Mark. Memang, sangat sukar untuk kita menjadi dokter sekaligus kawan kepada patient kita. Apatah lagi dalam kes yang kritikal seperti ini. Mark Greene harus lakukan sesuatu yang tepat!

Scene diatas adalah salah satu dari beberapa scene awal dalam drama series ER. ER yang bermula pada tahun 1994 dan berakhir pada tahun 2010 telah memaparkan kisah drama dan kehidupan doktor-doktor Amerika Syarikat yang bertugas di County General Hospital, Chicago. 

Berkaitan dengan scene diatas, saya tidak mahu mengulas dan menceritakan detail tentang kisah selanjutnya dan apa yang jadi pada Nurse Hathaway, dan apa kisah cinta dia dengan Doug Ross. Tak perlu. Cuma, yang saya rasa sangat menarik untuk diambil ibrah dari kisah ER ini ialah ucapan keramat Dr Morgenstern dalam kisah ini, 

"The Unit looking to you, Mark. You set the tone."

kalimat ini lah yang diwarisi oleh Dr Greene selepas dia menggantikan Dr Morgenstern selepas bersara daripada jawatan Chief of ER.

pada seoson 8 ER, sewaktu hari terakhir Dr Greene bertugas di ER (episode terakhir bagi Anthony Edward sebelum watak-nya itu di-mati-kan gara-gara Brain Tumor), Dr Greene menggunakan kalimat warisan Dr Morgenstern ini untuk menasihati Dr John Carter supaya membuat keputusan dan bertindak sebagai Chief of ER. 

"You set the tone , Carter."

Selang beberapa musim (season) ER, pada hari terakhir Carter di ER sebelum beliau terbang ke Afrika (selepas mengambil keputusan untuk berkhidmat di Afrika membantu misi kemanusiaan UN di sana), dia menasihati Dr Morris yang ber-perwatakan dungu dan lucu, yang sedang pening2 di luar ER. 

"You set the tone, Morris!"

"Huh?!" tanya Morris dengan dungu-nya.

"Hehe Never mind" jawab Carter dengan slumber.


Ikhwah fillah yang dikasihi sekalian,

Yang saya ingin sampaikan di dalam posting kali ini ialah, dalam hidup kita yang penuh dengan tanggung-jawab ini, tanggung jawab diri, keluarga, dan terutama urusan ummat ini, kita kena sedar bahawa kita-lah yang mencorakkan menentukan nada dan gaya lenggok sesuatu perkara. Kita yang set the tone untuk urusan diri, keluarga, masyarakat, negara, dan Ummah ini.

Lebih-lebih lagi, ikhwah fillah yang ana kasihi sekalian, kita sebagai murobbi dan Naqib usrah, hendaklah sedar bahwa, kita lah yang set the tone untuk mutarabbi-mutarabbi dan adik-adik usrah kita. Kita-lah yang menentukan hala-tuju mereka dan mencorakkan tarbiyah adik-adik binaan kita dengan style kita tersendiri untuk membina mereka.

Kalau kita lihat usrah kita terlalu santai, ketahuilah, kitalah yang bertanggung jawab untuk set the tone menjadikan usrah kita santai.

Kalau kita berasa adik-adik usrah kita banyak bantah cakap kita, banyak cakap benda merapu dan lari topik, banyak main-main dan tak serius dengan kehadiran kita sebagai Naqib mereka, ketahui-lah ikhwah fillah sekalian, sedar atau tidak kitalah yang mungkin telah set the tone supaya usrah kita berlaku macam tu. 

Dalam tak sedar, mungkin saja kita ada maklumkan ke adik-adik usrah, "Kalau dengan ana, santai-santai jer, kalau tak setuju, boleh terus bantah," Mungkin saja terjadi macam tu.

Oleh itu, gaya hidup kita, pattern dan pola tarbiyah adik-adik usrah kita, perjalanan pergerakan Jamaah kita, perjalanan cawangan da'wah yang kita jadi Mas'ul disitu, atau pun perjalanan persatuan yang kita pegang sangata-sangat-lah bergantung kepada kita untuk memimpinnya.

Jangan kita salah-kan objek yang kita pimpin, gara kita sendiri yang salah cara dalam memimpin dan set the tone.

Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang istri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba abdi juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya

(HR Bukhari Muslim)

"You set the tone, Murobbi" =)

Ringankan beban saudara mu

Di perjalanan, pemuda itu terbiasa menyapa dan mengajak bicara siapa saja yang berdiri di dekat-nya ataupun duduk di sebelahnya. Dia akan hanyut bersama mereka dalam perbincangan mengasyikkan. Tapi jika yang disapa merasa terganggu, dia akan kembali mengakrabi buku yang telah dia siapkan.

Hari itu, yang duduk di samping dalam penerbangan Jakarta-KL tampak tak biasa. Seorang ibu. Sudah cukup pucat dengan keriput wajah mulai menggayut.Kain tudung-nya kusut. Selipar jepun-nya sederhana. Dan dalam pandangan si pemuda, beliau tampak agak udik. Tenaga kerja-kah? setua ini?

Tetapi begitu pemuda menyapa, si ibu tersenyum padanya dan kelihatan raut wajah ala-ala Jawa chinese dan ramah. Sekilas, garis-garis ketuaan di wajahnya menjelma menjadi semburat cahaya kebijaksanaan. Si pemuda kagum.

"Ibu hendak ke mana?" tanya-nya sambil tersenyum ta'zhim.

"Kolumpo nak," senyum sang ibu bersahaja.

"Akan bekerja atau...?"

"Bukan nak. Anak Ibu yang nombor dua kerja kat sana. Ini nak jenguk tengok cucu la ni. Kebetulan menantu Ibu baru saja bersalin ana ke dua-nya dia."

Si pemuda sudah merasa tak sedap hati atas pertanyaannya tadi. Kini dia akan cuba lebih hati-hati.

"Oh, anak ibu dah lama kerja kat sana?"

"Alhamdulillah, boleh tahan lama. Sekarang katanya dah jadi Permanent Resident. Ibu sendiri tak paham apa maksudnya, he he... Yang Ibu tahu di sana jadi Arkitek. Ala, yang jadi pelukis gambar bangunan tu la."

Si pemuda terpegun. Arkitek? PR di Kuala Lumpur? Hebat.

" Oh ye, anak Ibu ada berapa?"

" Alhamdulillah ada empat nak. Yang kat Kolumpo ni yang nombor dua. Yang nombor tiga dah jadi doktor bedah di Jakarta. Yang nombor empat sedang ambik Master di Jerman. Dia dapat biasiswa."

"Masya Allah. Luar biasa. Alangkah bahagia jadi ibu dari anak-anak yang berjaya. Saya kagum sekali pada Ibu yang berhasil mendidik mereka." kata si pemuda.

Si ibu mengangguk-angguk dan berulangkali mengucapkan "Alhamdulillah." Matanya berkaca-kaca.

"Oh ye tak yea Bu... Macam mana pula dengan anak Ibu yang pertama?"

Si ibu menundukkan kepala. Sejenak tangannya memainkan tali pinggan keledar yang terpasang di pinggan-nya. Lalu dia tatap lekat-lekat si pemuda. " Dia tinggal di kampung Nak, dengan Ibu. Dia bertani, meneruskan menggarap secebis sawah peninggalan bapaknya." Si ibu terdiam. Beliau menghela nafas panjang, menegakkan kepala. Tapi kemudian menggeleng, menerawang ke arah jendela sambil mengukir senyuman yang entah apa ertinya. Si pemuda menyesal kerana bertanya. Betul-betul menyesal. Dia turut prihatin.

"Maaf Bu, kalau pertanyaan saya menyinggung perasaan Ibu. Ibu mungkin jadi sedih kerana tidak berupaya membanggakan anak sulong Ibu sebagaimana putra-putra Ibu yang lain."

"Oh tidak nak. Bukan begitu!" si Ibu cepat-cepat menatap tajam namun lembut pada si pemuda. "Ibu justru sangat bangga pada anak pertama Ibu itu. Sangat-sangat bangga. Sangat-sangat bangga!" Si Ibu menepuk bahu si pemuda dengan mata berbinar seolah dialah si anak sulong-nya.

"Ibu bangga sekali padanya, kerana dialah yang rela membanting tulang dan menguras tenaga untuk membiayai sekolah adik-adiknya. Bahkan dialah yang senantiasa memberi dorongan, nasihat dan mengirim surat penyemangat ketika mereka di rantau. Tanpa dia, adik-adiknya takkan mungkin jadi seperti sekarang ini!" sang Ibu terisak.

Sunyi. Tak ada kata.

Pemuda itu mengambil sapu tangan. Genangan di matanya tumpah....

(kisah ini di adaptasi dan diolah dari Novel penuh inspiratif, Dalam Dekapan Ukhuwah, karya seorang penulis muda yang brilliant Salim A. Fillah)

Ikhwah fillah rahimahullah ta'ala,

Adakalanya dalam hidup kita, terutama dalam da'wah kita, ada beberapa saudara kita yang sanggup berkorban, mengguras sepenuh tenaga, masa, dan perasaan, untuk kejayaan dan keberhasilan da'wah ini.  


Walaubagaimanapun, mereka mungkin belum beruntung dan tidak secemerlang dari segi akademik dan markah ujian berbanding ikhwah-ikhwah lain.

kita mungkin memanggil mereka "Fitnah dalam da'wah" atau "Contoh yang tidak baik kepada mad'u" dan sebagai-nya.

Tapi ketahuilah ikhwah fillah sekalian, mereka tidak lain hanyalah seperti kisah anak sulong ibu tadi, yang ingin mencampakkan kebahagiaan pada orang lain dengan berusaha sepenuh kudrat mereka memberi dorongan, nasihat dan mengirim "surat" penyemangat demi kejayaan da'wah dan kemajuan harakah di mana sahaja tempat mereka menjunjung tinggi da'wah ini.


Cuma, kadang-kala dalam hal study dan markah exam, mereka belum tiba waktu-nya lagi  ditakdirkan mendapat kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik yang di ceburi-nya, walaupun mereka juga telah berusaha sepenuh tenaga untuk berjaya dalam study mereka.

Mungkin perkara lebih baik yang dapat kita lakukan selain dari me-label dan berburuk sangka dengan mereka ialah, meringankan beban saudara-saudara kita ini, dengan membalas balik apa yang telah mereka berikan pada da'wah ini -memberi dorongan, nasihat dan mengirim "surat" penyemangat- kepadanya untuk terus cemerlang menggerakkan ijazah untuk kejayaan Risalah ini.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan -kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan di hari kiamat. 
Sesiapa yang memudahkan orang yang mengalami kepayahan dunia, nescaya Allah akan memudahkan baginya urusan dunia dan akhiratnya. 
Sesiapa yang menutup keaibannya seorang Muslim di dunia maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambaNya selama mana hambaNya berusaha menolong saudaranya. 
-Hadis riwayat Muslim (No hadis 6853)-

Monday, August 15, 2011

Tanyalah diri mu, apakah kau layak?

Wahai Kawan,

Da'wah ini tidak akan berkembang dengan hanya mempertaruhkan status Facebook-mu yang bernada Da'wah.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan banyaknya jumlah page dan status yang kita like, post, dan share.
Da'wah ini tidak akan berkembang jika kita hanya duduk-duduk static, menanti-nanti arahan dari naqib kita.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan hanya saling ber "ana-anta" antara ikhwah dan budak usrah.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan wujudnya kita yang hanya banyak tahu tapi tidak mahu mencari mad'u !
Tidak cukup wahai kawan.


tapi, ketahuilah,
sesungghnya Da'wah ini, hanya akan berkembang dengan hanya 1 Solusi. 1 cara.1 jalan.

iaitu jalan PENGORBANAN

ya. berkorban. 
berkorban tenaga, duit, perasaan, dan masa.

Berkorban  tenaga dengan lebih banyak berada dalam kepenatan berda'wah berbanding rehat, 
Berkorban masa tidur gara-gara hadir perbincangan qadhaya dan planat larut malam, 
Berkorban tenaga gara-gara usrah pada malam mid-term exam, dan daurah Besar di minggu final exam

Berkorban duit dengan infaq bulanan 10% (minimum) dari elaun JPA/MARA. 
Berkorban duit dengan belanja makan adik usrah dan mad'u-mad'u yang lama dan baru kita grab
berkorban duit dengan sanggup memakai hand-phone 'cap ayam' semata-mata kumpul duit beli Alat Bantu Da'wah (LCD, kereta, mahu pun Rumah Kontrakan Markas Ikhwah a.k.a Rumah Islam /RI)

Berkorban masa tidur, lepak termenung dalam bilik (kosan) bahkan kadang-kadang berkorban masa studi kita.

Lebih-lebih lagi berkorban masa kita pada perkara yang HARAM DISISI SEORANG DA'I seperti bermain dota, PES, atau Left 4 Dead
Terutama sekali berkorban masa kepada perkara yang jelas dan sudah kita ketahui haram-nya, tapi kerana kedegilan dan gelapnya hati, seperti men-tadaburi dan ber-mabuk-mabuk-an dengan sms dari "kawan perempuan" yang kita ada skandal rahsia dengan nya! nauzubillah.

Berkorban masa daripada menatap dengan spastik laman Fesbuk, menagih simpati daripada notification dan most recent news.

Berkorban emosi dengan lebih banyak menyayangi saudara se-usrah mu berbanding member se-Rumah, se-Futsal dan se-Black berry yang bukan se-fikrah.
Berkorban  rasa nak marah, geram, dan menyampah kepada seorang sahabat, kerana Allah, kerana Da'wah,
Berkorban menjaga lidah dan mimik wajah daripada bermasam muka dan menengking mutarabbi dan usrah-mate yang berbuat ona dan immatured mengalahkan rabtul am.

Pedih, memang pedih. 
Kadang salah mereka kita yang di tuding, amal kita mereka yang di hargai.
Kadang banyak yang dipendam berbanding yang diceritakan, demi sebuah kematangan dan nilai sebuah ukhuwah.

Senyum, itulah solusi. 
Tanda diri berkorban emosi.




Wahai kawan, adakah kita dikira sudah berkorban? Adakah kita sudah melakukan 4 pengorbanan ini? Tenaga, masa, duit, dan emosi kita, kemanakah kita menyalurkan-nya? Adakah di jalan pengorbanan, atau di jalan kepura-puraan? 

Tanyalah hati mu, apakah kalian yakin kalian sudah menapak dengan kokoh dan benar di jalan Da'wah ini, atau hanya bermain-main dalam kemunafikan pseudo-Da'wah.
Tanyalah diri kita, wahai kawan, apakah kita telah berkorban demi perkembangan da'wah di tempat kita berada sekarang? 
Tanyalah diri kita, kemanakah kita, ketika saudara se-usrah, se-fikrah, se-doa rabitah, dan se-jamaah tidak cukup tangan dan sangat memerlukan pembantu untuk mengelola daurah?
Tanyalah diri kita, kemanakah kita menghilang, sewaktu murobbi kita menunggu-nunggu kehadiran kita di program atau konvensyen terpenting Da'wah kita?
Tanyalah diri kita, sebelum Mungkar dan Nangkir yang bertanya!
Tanyalah diri mu, apakah kau layak untuk bergelar seorang penda'wah?
Tanyalah diri mu, apakah kau layak.

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: 
“Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia di-Tanya terhadap 4 perkara. 
Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya
Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? 
Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan? 
Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?” Hadis riwayat at-Tirmidzi (hadis Hasan Shahih)

Sunday, August 14, 2011

dinamika Ramadhan



Seorang Akh bersembang-sembang dengan murobbi-nya ketika bersurai-nya usrah mingguan mereka.

"Abang, ana kalau ramadhan kali ni, tarawih tak constan la, bang.."

Murobbi nya bertanya, "Maksud anta apa?"

Kata Akh itu "tarawih saya kali ni tak lengkap macam dulu. kadang-kadang ana tarawih tapi tak cukup 8 (atau 20). kadang-kadang tak solat witir"

"Kenapa pula macam tu?" tanya Murobbi dengan nada sedikit hairan.

"sebab ana rasa, yang paling penting bukan pada solat tarawih, tapi pada amalan-amalan fardhu seperti solat wajib berjamaah dan solat sunat rawatib. ramai yang bersemangat tarawih tapi tidak bersemangat untuk solat rawatib even solat berjamaah. padahal itu yang lebih afdhal. ye kan bang?" jawab Akh tadi dengan spontan dan agak senyum-senyum.


Murobbi-nya menunduk untuk memikul beg yang berisi laptop yang baru sahaja di simpannya. Sambil-sambil menyimpan Quran untuk pulang, murobbi-nya bersuara dengan pendek, "Jadi anta tak tarawih la ni ye?"

si akh tadi menjawab dengan nada separuh yakin, "Er..Ha'ah.."


Mendengar jawapan itu sang murobbi tadi mengambil napas pendek selama 0.2 saat. Kemudian, dengan wajah tenang berkata,

"Ramadhan-kan bulan yang penuh keistimewaan. Bulan di mana orang ramai akan merasakan ghiroh (semangat) dan excited untuk beribadah. Sebab tu lah kalau kita tengok ramai pak cik dan mak cik ni sangat teruja bila masuk Ramadhan. Mereka sanggup datang beramai-ramai, kadang-kadang ada yang ajak anak-anak dan cucu-cucu mereka, semata-mata untuk pergi masjid untuk solat tarawih, walaupun pada bulan lain mereka jarang ke masjid untuk solat jamaah. Sebab mereka  feel dan excited dengan Ramadhan, ye kan?"

Akh tadi hanya diam dan menatap wajah murobbi kesayangan-nya.

Lalu, murobbi-nya menyambung

"...Kalau orang awam pun boleh merasakan feel ghiroh dan excited dengan Ramadhan, tak kan-lah kita yang "sudah tidak awam" ni nak dikalahkan dengan pak cik mak cik yang kita panggil orang awam tadi?"

Si Akh tadi terdiam sebentar dan kemudian terangguk-anguk tanda setuju dengan kata-kata murobbi-nya. Kemudian, akh tadi beserta member se-usrah-nya menghantar murobbi-nya ke pintu pagar depan. Sang Murobbi mengucapkan salam dan terus start motor dan meninggalkan rumah mereka. Petanda usrah minggu ini sudah berakhir.

Seusai memasuki pintu rumahnya, Akh tadi merasakan dalam lubuk hati-nya bahawa dia telah belajar sesuatu pelajaran yang penting tentang Ramadhan. Pelajaran tentang berharga-nya saat-saat Ramadhan dan berharga-nya ibadah-ibadah sunnah di bulan Ramadhan. 

Kadang-kadang kehebatan seseorang akh dalam harakah, da'wah, dan amal jama'i tidak menjamin kehebatan-nya dalam beribadah khusus (seperti Solat Tarawih, zikir dll) kepada Allah.

Kadang-kadang kita kena belajar dari orang lain, walaupun orang itu ialah pak cik atau mak cik yang tak pernah ikut usrah dan tidak pernah kenal Hassan al-Banna tapi mempunyai ghiroh dan berasa teruja untuk melakukan beribadah sunnah di Ramadhan ini.

Salam nisfu Ramadhan kepada semua pembaca. 
Jom perbaiki amalan kita! Masih tinggal kira-kira 16 hari sahaja lagi untuk kita "pulun kow-kow" ibadah di bulan Ramadhan ini. 
Jom lah! Kita masih belum terlambat.

Friday, July 15, 2011

"Gigitlah Ia Dengan Gigi Molar Ke Tiga!"


Tersebutlah kisah, ada seorang Sifu yang berhajat untuk bertemu dengan anak muridnya untuk menyampaikan beberapa wasiat penting. Sifu itu nekad untuk bertemu muridnya walaupun dia harus menempuh perjalanan selama 9 jam untuk bertemu muridnya. Walaubagaimanapun, sayangnya Sifu tadi hanya punya masa selama 2 jam saja untuk delivere message penting nya kepada murid harapan-nya tadi.

Pada pendapat anda, apakah mesej dan amanat penting yang ingin disampaikan oleh Sifu tadi kepada Murid nya? 

Mungkin jawapan anda, "manalah kawe nak tahu, demo tak bagi tahu siapa Sifu tu". Benar juga. sebab saya tidak pernah menyebutkan siapa Sifu itu, dan bidang apa yang beliau men"Sifu"kan diri. Sifu M.Nasir-kah dia atau seorang guru Kung Fu-kah dia?


Tapi yang pasti, saya jamin anda dapat merasakan bahawa mesej dan amanat yang ingin beliau sampaikan kepada muridnya tadi adalah Super-Duper penting. Sebab,Sifu tadi sanggup menempuh perjalanan selama 9 jam semata-mata untuk bertemu muridnya demi untuk menyampaikan amanat dalam masa hanya 2 jam sahaja. Sudah tentu mesej yang ingin disampaikan adalah mesej maha penting,ringkas, sarat dan padat dengan kata-kata hikmah dan amanat2 yang memadatkan. Dalam bahasa mudah-nya, memang penting dan padat lah! 

Well, ala kulli hal, scenario yang saya ceritakan diatas,sebenarnya menggambarkan apa yang berlaku di Shah Alam beberapa hari lepas. Lebih spesifik lagi yang berlaku pada 11 Julai 2011 di Dewan Jubli Perak SUK Selangor, Shah Alam pada pukul 8 malam. Kita di Malaysia didatangi oleh seorang Sifu dan Master Da'wah. Dari raut wajahnya, dan warna rambutnya, sudah jelas kelihatan beliau sudah berusia 70an. Tapi , subhanallah.. hamasah "semangat" nya menyamai pemuda 17 tahun. Beliau telah lama berkecimpung dalam arena da'wah ini. Bahkan, yang paling mengkagumkan saya ialah, dikatakan oleh seorang ikhwah yang tsiqoh, sejak berusia 15 tahun lagi, beliau sempat bertemu dan berguru langsung dengan Sifu Hassan al-Banna. Beliau lah penulis buku Tsawabit al Mutaghayyirat (Hal-hal yang Tidak Bisa Berubah). Ladies and Gentlemen, behold, Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin!


Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, dan berasa "tidak nyambung" dengan scenario "Sifu dan Muridnya" yang saya ceritakan pada awal topik ini. Apakah kaitannya?

Kaitannya ialah sebenarnya saya ingin menggambarkan Syeikh Jum'ah Amin-lah sebagai Sifu tadi. Beliau telah menempuh perjalanan selama 9 Jam diatas kapal terbang dari Tanah Arab (Mesir) ke Tanah Melayu (Malaysia) semata-mata2 untuk bertemu dengan "murid-murid"nya iaitu ikhwah-akhawat di Malaysia untuk menyampaikan Wacana Tarbawi nya. Masa yang beliau ada hanyalah lebih kurang 2 jam saja (8 pm sampai 1130 pm). Jadi,sudah tentu beliau akan menyampaikan poin-poin yang sangat-sangat-sangat penting bukan?

Namun begitu, yang "pelik"nya ialah, yang menjadi isi perbicaraan Naib Mursyid Am IM pada malam tersebut, kelihatannya hanya berkisar kepada perkara yang boleh dikatakan terlalu basic. Seperti;

"Pembentukan individu muslim."

"Hassan AlBanna berpesan supaya seorang Ikhwan harus menjaga mutabaah amal-nya. seperti tilawah 1 juz per hari, istighfar 100x, zikir mathurat, qiamullail minimum 2 rakaat per malam..."

"Tentang Ukhuwah..."

"Program KATIBAH dan Mabit sebagai wasilah Tarbiyah yang penting.."

"Hassan Al Banna membahagikan manusia kepada 4 golongan. Beriman, Oportunist, Mutaraddid, Penentang..."

"Asholah Qabla Ishlah a.k.a Ishlah Nafsak Wad'u Ghairak..."

dan seterusnya. 



Dan kalau ikutkan pada fikiran yang dangkal "cetek", tidak perlu kita susah-susah jemput Syeikh Besar dari IM Mesir untuk ceritakan perkara-perkara yang boleh dikatakan basic tadi. Sebab, sebenarnya Syeikh-syeikh kita di Malaysia pun boleh ceritakan perkara-perkara basic tadi dengan mantap dan penuh hikmah. Lihat saja dua Ustaz kita, Ustaz Muhaimin dan Ustaz Hasanuddin. Mereka dapat men"translate" ucapan Syeikh Jum'ah Amin secara langsung dan spontan. Bahkan mereka berdua boleh menghuraikan dan mentafsir kata-kata Syeikh Jum'ah Amin dengan penuh bijaksana. Mereka sudah dikira hebat! 



Jadi, apa perlunya undang Syeikh Besar Ikhwan Muslimin jauh-jauh dari Mesir untuk menyampaikan perkara basic, yang rasanya kita sudah dapat dan mungkin sering dengar melalui Naqib kita dalam Usrah-usrah kecil di tempat kita berada sekarang?  

kenapa syeikh Jum'ah Amin tidak membahaskan tentang Ketamadunan Islam ker, Islam Hadhari ker, Kemajuan Teknologi ker atau Pembangunan Ekonomi Ummat ker dan bermacam perkara yang dapat menggambarkan Wawasan ke depan Ikhwan (ala2 Wawasan 2020 Tun Mahathir). Lagi pula, perkara-perkara ini juga penting, terutama buat ummat di zaman Sains dan teknologi ini.

...Hurmm...

Sebenarnya, pemikiran semacam inilah yang salah. Yaitu pemikiran yang memandang bosan dan remeh akan perkara yang basic dan mengangap penting perkara cabang. Basic dalam bahasa melayu berarti ASAS. dalam bahasa Arab dipanggil QAEDAH. Sesungguhnya, perkara yang paling utama ialah basic. Tanpa basic yang kuat, sesuatu perkara akan runtuh.Contohnya, disebabkan basic yang tidak kuatlah, Highland Tower telah runtuh dengan slumber-nya pada 1993. Disebabkan tidak menguasai basic anatomy, physiology, dan patophisiology-lah, ramai medical student yang agak merangkak2 waktu clinical year nanti. Dan banyak lagi contoh lain. Anda rekalah sendiri.

Sebab itulah 2 Kalimat Syahadah dipanggil Aqidah. Sebab itulah 13 tahun awal da'wah nabi lebih kepada pembinaan Aqidah, Roh, dan Akhlak. Hanya pada 1000 tahun kemudian, barulah ummat ini bercakap soal Tamadun dan Teknologi. Ini sudah dijelaskan dengan crystal clear dalam ISK.

Walaubagaimanapun, kesimpulan yang saya dapat buat setelah mengikuti langsung Wacana Tarbawi oleh Syeikh Jum'ah Amin ialah, 

dimana saja kita berada,

di zaman mana kita membawa da'wah ini,

di waqi' mana sekali pun,

di mehwar mana sekali pun kita mengoperasikan da'wah ini. baik di mehwar sya'bi "masyarakat" mahupun daulah  "pemerintahan".
di medan apa sekali pun kita me'lebur'kan diri dalam da'wah ini (izabatun nafsi fi da'wah)
baik sebagai doktor, guru, bisnesman, engineer, bakal ustaz.

atau pun sebagai YDP (Yang Dipertua) sebuah persatuan pelajar, atau orang penting persatuan tersebut,

kita tak dapat lari dari perkara basic, yaitu aspek pembinaan Individu Muslim, sebagai Asas kepada Revolusi Ummat dan Gerakan Islah.

Kita sebagai dai' tak dapat meninggalkan 3 perkara basic, iaitu tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah.

Kerana perkara basic tarbiyah inilah menjadi sunnah bagi para pendahulu kita, baik di Zaman Rasulullah, mahupun di Zaman Salahuddin al Ayyubi.Baik di Zaman Da'wah Mekah, mahupun di Zaman Kegemilangan Turki Uthmaniyah. Basic ini harus kita sentiasa pegang dan "gigit dengan gigi geraham" kita.

Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang hamba abdi. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup selepasku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Karena itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian (gigi molar ke tiga). (Hadis Riwayat. Abu Dawud no. 3991)

Thursday, July 14, 2011

[COPY PASTE] Menangani fenomena literalis agama - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

 

 

13 JULAI — Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.



Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.
Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.

DIPUKUL DAN DIRAMPAS
Lebih dahsyat lagi, apabila aliran ini dimanfaatkan oleh para pemerintah yang korupsi dalam dunia Islam. Ini apabila kelompok ini menafsirkan hadis-hadis politik secara literal yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah. Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ pro-pemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran, sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan.
Di Malaysia, kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat. Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan.
Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a: “Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?
Di manakah sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih). Satu hadis tidak boleh dibaca secara berasingan tapi hendaklah melihat keseluruhan secara perbandingan dengan nas-nas yang lain. Jika tidak, penafsirannya akan cacat. Di situ adanya ilmu yang dinamakan Mushkil al-Hadith yang membincangkan hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bercanggahan.
Hina dunia Islam hari ini, sekalipun Allah melimpahkan mereka dengan pelbagai kelebihan, adalah disebabkan salahguna harta rakyat dan ketidakadilan. Dalam beberapa sudut, pemimpin dunia Barat lebih amanah dan jujur kepada rakyat mereka dibandingkan apa yang ada di dunia Islam hari ini. Di mana pergi kekayaan minyak Arab? Bahkan, dari segi keadilan, kadang-kala haiwan di negara Barat lebih dibela dari seorang muslim yang hidup di dunia Islam; dipukul, dihina, dipenjara, bahkan dibunuh tanpa berani bersuara.
Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari).
Jadi, sejak bila pula, Islam menyatakan jika pemerintah melakukan kezaliman kita hanya diam dan bersabar! Malang sekali jika manusia di Barat dan Timur yang tidak muslim menentang pelanggaran hak asasi rakyat, tiba-tiba ada kelompok agama dalam Islam yang menyatakan kezaliman pemerintah dihadapi dengan diam, sabar dan taat!

HURAIAN
Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah.
Begitu juga di bawah regim-regim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya. Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa.
Maka, konteks hadis sudah berbeza.  Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.
Bagaimana mungkin rakyat tidak boleh membalaskan tindakan pemerintah melalui saluran keadilan dan tuntutan yang wajar, sedangkan dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri sebagai pemerintah mengizinkan diri baginda dibalas. Ini seperti hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dalam sirahnya, ia disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah bahawa ketika Rasulullah membetulkan saf perang Badr dengan anak panah baginda, lalu baginda mencucuk perut Sawad bin Ghaziyyah, maka Sawad berkata: “Wahai Rasulullah! Engkau telah menyakitiku dan demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran dan keadilan, beriku untuk membalasnya”. Maka Rasulullah s.a.w pun menyingkap perut baginda dan bersabda: “Balaslah”. Lalu Sawad memeluk dan mencium perut Nabi s.a.w. Baginda bertanya: “Mengapa engkau buat begini wahai Sawad?” Beliau menjawab: “Seperti yang engkau lihat, aku ingin agar saat akhir aku denganmu, kulitku menyentuh kulitmu”. Lalu Rasulullah s.a.w pun mendoakan kebaikan untuknya”.
Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang nabi dan pemerintah, jauh lebih mulia dari semua pemerintah mengizinkan diri dibalas atas tindakannya, bagaimana mungkin ada pihak boleh menyatakan tindakan pemerintah tidak boleh dipertikai atau dibawa ke mahkamah, atau dibicarakan atau dituntut kesalahannya oleh rakyat! Alangkah dangkalnya penghujahan seperti itu. Ini boleh membawa kepada menolong kezaliman penguasa.
Sedangkan Nabi s.a.w “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

ERTI PEMERINTAH
Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu!


Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w: “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebab itu, sehingga dalam bab bughah iaitu mereka yang keluar memerangi pemerintah dengan senjata, al-Imam Abu Ishaq al-Shirazi menyebut: “ ... jangan dimulakan peperangan sehinggalah ditanya mereka apa sebab mereka bertindak balas demikian. Jika mereka menyebut tentang sesuatu kezaliman, maka hendaklah diatasinya, jika mereka menyebut sesuatu sebab yang boleh diselesaikan, hendaklah diselesaikan. Jika mereka menyebut sesuatu kekeliruan, dihilangkan kekeliruan itu. Ini disebabkan firman Allah: “Hendakhlah kamu damaikan keduanya ... ” (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 19/195, Beirut: Dar al-Fikr).
Bahkan kitab-kitab fiqh menyebut bahawa harta bugha itu tidak boleh dirampas, yang cedera tidak boleh ditangkap dan yang lari tidak boleh diburu. Ini disebut dalam pelbagai kitab fekah seperti al-Majmu’ dalam Mazhab al-Syafii, al-Mughni dalam Mazhab Hanbali dan lain-lain. Demikian, bughah yang bersenjata, diberikan hak dalam politik islami, bagaimana mungkin rakyat yang tidak bersenjata dibiarkan dipukul dan dirampas harta mereka tanpa boleh membantah?! Fenomena literalis boleh mengelirukan!
* Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis.

Dipetik dari: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/menangani-fenomena-literalis-agama-dr-mohd-asri-zainul-abidin/

Thursday, July 7, 2011

Teman- Teman Pilihan

Artikel ini adalah dari petikan buku 
Beginilah Jalan Da'wah Mengajarkan Kami karangan M. Lili Nur Aulia



لرفيق قبل الطريق

Memilih teman harus didahulukan sebelum memulakan perjalanan

Penempuh jalan da'wah, hakikatnya sama saja dengan penempuh perjalanan pada umumnya yang memerlukan teman perjalanan sebagai teman berbicara, berdiskusi, saling berbagi suka dan duka, saling memikul kesulitan perjalanan, menemani di kala sepi, menjadi penasihat ketika lemah, pelipur lara ketika sulit, pelindung saat ketakutan mencekam, pendorong semangat ketika lelah, dan semacamnya.

itulah sebabnya para ulama juga turut menjelaskan bahwa keberadaan seorang teman menjadi salah satu antara adab orang yang ingin menempuh perjalanan.

seperti dikatakan Imam Al Ghazali:  

"Hendaknya orang yang ingin bepergian memilih teman. Jangan ia keluar seorang diri. Pilih teman dahulu, barulah tempuh perjalanan. Hendaknya teman yang menemaninya dalam perjalanan itu adalah orang yang bisa membantunya dalam menjalankan prinsip agama, mengingatkannya tatkala lupa, membantu dan mendorongnya ketika ia tersadar. Sesungguhnya orang itu tergantung agama temannya. Dan seseorang tidak dikenal kecuali dengan melihat siapa temannya..."
(Ihya Ulumiddin, 2/202)

Apa yang dikatakan Imam Al Ghazali rahimallahullah itu sebenarnya, mengambil intisari hadits Rasulullah saw:

"Andai manusia mengetahui apa yang akan dialami seseorang jika ia seorang diri, niscaya tak ada orang yang menempuh perjalanan malam seorang diri. "
(Fathi Al Bary, 6/138)

Perjalanan dalam da'wah ini, juga bisa dikiaskan dengan perjalanan dalam urusan lain yang memerlukan syarat-syaratnya sendiri. Dan salah satu syarat perjalanan itu adalah: Ar rafiiq ash shaalih (teman yang baik).
Di jalan ini, kami secara otomatis tergabung dalam kebersamaan setelah berbagai tahapan seleksi. Barangkali yang dominan dalam hal ini bukanlah seleksi yang kami lakukan sendiri, melainkan tabiat kehidupan dan perjalanan ini yang menyeleksi kami dan saudara-saudara kami, secara tidak langsung. Ragam ujian, cobaan, berbagai ftinah, godaan dan rayuan di perjalanan ini yang menyeleksi saudara-saudara perjalanan kami di jalan ini. Termasuk kami sendirilah yang diseleksi oleh ragam kondisi itu. Sehingga akhirnya, kami mendapati saudara-saudara di jalan da'wah saat ini adalah mereka yang insya Allah bisa saling membantu untuk mencapai cita-cita perjalanan ini.

Semoga merekalah yang disebut sebagai الرفيق صالح (ar rafiiq as shaalih).

(Kenangan Jogja -9 April 2011-)

Monday, May 2, 2011

Da'i Yang Dihantui Dosanya



Wahai saudara-saudaraku sekalian.
Tidak jarang seorang da'i atau kader dakwah yang mengadu kepada sahabatnya atau qiadahnya (pimpinan);

akhy,,ana masih banyak kekurangan, maksiat masih banyak lagi yang belum tinggal
atau
saya belum perfect lagi, Ustaz..
dan aduan-aduan yang seumpama dengannya.

Alhamdulillah, sebenarnya jika ungkapan itu secara jujur keluar dari mulut mereka, boleh jadi ia datang tulus dari kerendahan hati dan sifat tawadhu' da'i itu.

akan tetapi, apabila mereka menambah atau menggandingkan ucapan tadi dengan,

..., sebab tulah ana rasa belum layak lagi pegang mad'u, belum sesuai lagi menyampaikan ISK (sekadar contoh) kat adik-adik..
atau
saya tak layak ada binaan Ustaz, saya takut kot-kot laa binaan rosak kerana sifat saya..

dan sebagainya.
Nauzubillah, wahai pembaca-pembaca budiman.
Sebenarnya ungkapan tambahan tadi mencerminkan KEKELIRUAN yang ada dalam minda da'i tadi. Jika dibiarkan berlanjutan, kekeliruan yang sedikit ini boleh membahayakan komitmennya dalam Dakwah. bahkan boleh mencacatkan Harakah (Pergerakan) Dakwah yang sedang dia perjuangkan sekarang.

Apakah mereka (dai-dai yang dihantui dosanya) lupa bahawa sudah menjadi sunnatullah bahawa semua manusia (tanpa kecuali) memang tidak boleh lari dari mempunyai dosanya sendiri? Semua manusia penuh dengan kekurangan dan dosa tidak kira samada manusia itu bergelar Ulama', Qiyadah sebuah Jamaah, Syuyukh bahkan Mas'ul. Semua tanpa kecuali melakukan dosa,,melainkan Rasulullah SAW sahaja yang dijamin maksum. Itupun Rasulullah tetap melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak dicatat oleh Allah sebagai dosa.

Apakah mereka tidak sedar, bahawa tugas membina manusia-manusia (untuk menggerakkan dakwah ke seluruh alam) adalah WAJIB kepada setiap muslim ?

Adakah mereka mereka mahu meninggalkan KEWAJIPAN DAKWAH, yang menjadi tugas penting (waqi') zaman kini semata-mata atau gara-gara mereka "belum perfect" atau ada "maksiat tak tinggal lagi" ?

Ya! Dakwah itu WAJIB dijalankan. Dan Manusia memang penuh dengan dosa dan kekurangan. Tapi, menjadikan hujah "ana banyak dosa" sebagai alasan untuk lari meninggalkan Perintah Allah,  Sunnah Rasul dan Amanat Orang2 Beriman (yakni meneruskan obor dakwah) adalah LEBIH KEJI daripada melakukan dosa itu sendiri!

Memanglah, Islam menuntut kita untuk menginsafi dosa-dosa kita. Memuhasabah akan dosa-dosa kita adalah sifat yang sangat dituntut dalam diri seorang Muslim, saya tidak nafikan itu. Bahkan, jika kita tidak pernah merasa berdosa itulah yang sangat berbahaya. Jika kita berasa sombong kononnya kita sudah banyak amal baik, berasa suci dari dosa, sebenarnya itulah Syirik kecil!

Akan tetapi, jangan kita lupa (atau buat-buat lupa?) Allah dan Rasulnya telah me-allocate waktu yang khusus untuk kita Muhasabah/ introspeksi diri. Yakni, ketika kita bersendirian, contohnya ketika di hadapan Allah pada saat Qiamullail kita. Dan bukannya, ketika seruan dakwah dan jihad dilaungkan oleh Amir atau Mas'ul atau Qiyadah (Pimpinan) Kita. Sekali-kali bukan!

Tips Jika Tetap Dihantui Dosa.

“Dan laksanakanlah sholat pada kedua ujung siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah).”
(QS ; Hud : 114)

Pembaca-pembaca sekalian, abi Abdirahman, Abdullah Ibnu Mas'ud pernah bertanya kepada nabi, "Ya Rasulullah Amalan apakah yang paling dicintai Allah?" Rasulullah menjawab,
"solat tepat waktu"
Kesimpulan yang dapat diambil dari 2 dalil diatas ialah, salah satu Rahmat Allah kepada kita ialah Dia mensyariatkan Solat Wajib, yang sebenarnya sebagai kaffarah (penghapus) kepada Dosa-dosa dan Maksiat kita.

Allah mengurinikan kepada Ummat Muhammad ini 5 waktu solat. Ini bererti, sebenarnya kita ada 5 pecahan masa dalam waktu 24 jam. dan Waktu Azan itulah yang menjadi marker atau petanda waktu kepada Perubahan masa. Dengan kata lain, jika kita melakukan sesuatu maksiat, ianya akan berlaku antara 5 marker Masa ini.

Oleh itu, apa yang ingin disampaikan disini ialah, jika da'i-da'i yang berdosa menginginkan dosanya terhapus, maka hendaklah dia solat tepat waktu, (dengan syarat dia menyadari, mengakui, & menginsafi dosanya). Kerana perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. sebagaimana yang diwartakan dalam surah Hud ayat 114 dan Hadis 18 daripada Hadis 40 Nawawi..

Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat ..
yakni, itulah peringatan bagi da'i-da'i yang berdosa, tapi yang selalu ingat dan ingin menyucikan hatinya dari noda. ianya adalah peringatan bagi nafsu mut'mainnah, yakni individu yang selalu menginsafi dirinya.

p/s: Dalil Solat sebagai kaffarah dosa ini,dikuatkan lagi dengan kisah seorang lelaki yang mengadu kepada Nabi telah berzina dengan seorang perepuan. Dia merayu kepada Nabi untuk melaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Nabi dengan malu dan segan lantas menyuruh lelaki tadi segera solat,

"nescaya dosamu terhapus",

kata Nabi. Setelah lelaki tadi selesai solat, Nabi membiarkannya pulang. Baginda tidak menghukum Rejam keatasnya.

Pengajaran dari kisah ini, ialah selain Solat boleh menjadi pengahapus dosa, hadis ini juga mengajar kita supaya merahsiakan Maksiat Peribadi kita. Kerana maksiat yang bersifat individu (seperti berzina, minum arak dsb) adalah antara si pelaku dengan Allah. tidak melibatkan kezaliman keatas orang lain, melainkan kita menzalimi diri kita sendiri. Jadi ianya tidak perlu-lah diceritakan ( baca: curhat) kepada orang lain. Lebih-lebih lagi jika diwar-warkan dalam status Facebook atau blog. Kerana tidak ada tempat yang lebih layak untuk kita mengadu akan kesalahan-kesalahan dan maksiat-maksiat kita, melainkan dihadapan Allah Yang Maha Pengampun, dan Penerima Taubat. Dengan syarat, kita benar-benar insaf dan benci untuk kembali melakukan kekufuran dan kemaksiatan tadi.

sekian. Wallahualam.