Saturday, July 28, 2012

Psikologi Seorang Adik

sekadar hiasan

Saya bangga dengan adik-beradik saya. Kami adalah 4 orang lelaki yang dibesarkan oleh seorang ayah yang kami panggil "abah", dan seorang ibu yang kami panggil "ummi" sejak kami mampu mengungkapkan kata-kata dan mengecam mana abah dan ummi.

Dalam keluarga, saya adalah anak kedua. Mendahului saya adalah seorang abang. Menjadi anak tengah merupakan sesuatu yang istimewa. Saya rasa laa... Kerana kita dapat jadi 2 watak dalam satu masa. Kita adalah seorang adik, dan kita juga akan jadi seorang abang. Walaubagaimana pun, menjadi anak tengah tidak lah seteruk yang digambarkan oleh drama series Malcolm in the middle.
Dulu saya suka tengok cite ni sambil makan. Namun setelah mempelajari bahawa
ianya adalah salah satu bentuk Jahiliyah Modern yang harus kita tinggalkan
maka Alhamdulillah sekarang saya sudah melupakannya.

Kerana, pada pendapat saya, jika menjadi anak sulong (pertama) dalam keluarga, amat sukar kita mendapat treatment dan priviledge seperti yang diperolehi oleh seorang yang bergelar adik. Begitu juga dengan seorang anak bongsu, yang tidak ada peluang untuk diberikan trust dan harapan menggunung sebagai mana yang diberikan kepada anak sulong.

Berbeza dengan seorang anak tengah. Dia tak terlalu dimanjakan, dan tak terlalu diharapkan. Tapi ini hanya observation yang saya dapat dari keluarga saya. Saya tak pasti keluarga anda bagaimana. Sebab tak semestinya kena ikut Teori saya ini. Contohnya, jika anda pernah membaca Komik Anak-Anak Sidek, Haji Sidek tetap meng"anak-emas"kan Ajib, anak kedua Haji Sidek. Manakala anak sulongnya, Bun kelihatan seolah-olah di anak tirikan. Tapi ini hanyalah berdasarkan cerita komik bibliography zaman akhir 90an. Wallahualam dalam keluarga sebenar Allahyarham Haji Sidek macam mana.


Apapun, yang menarik untuk dikongsi ialah, mengenai psikologi seorang manusia yang bergelar adik.
Bagaimana sifat adik, dan apa pandangan seorang adik kepada superior2 mereka yaitu abang-abang (atau kakak-kakak) mereka?

Harus diingat bahawa teori ini saya tidak ambil dari mana-mana buku psikologi. ini hanyalah pandangan dan pengamatan saya yang sedikit berminat dengan psikologi manusia. Terserah anda mahu terima ini sebagai teori atau tidak. Saya perhatikan, seorang adik cenderung

1. bangga dengan abangnya (atau kakak) .

Sewaktu sekolah rendah dahulu, saya sangat bangga dengan abang saya. Yelah, dia adalah orang pertama diantara kami bersaudara yang dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Kalau sewaktu sekolah rendah pula, dia antara yang paling disayangi oleh cikgu dan kawan-kawan di sekolah. Jadi, kami adik beradik pun tumpang dihormati.

Masih ingat lagi ketika saya masih di bangku sekolah rendah, manakala abang saya form 1 di SMSTMFP (Haa..cari sendiri sekolah apa), saya selalu menyebut-nyebut dan membanggakan abang saya depan kawan-kawan saya.

"Weh, abang aku masuk SBP"

"Mu tahu dok, kat sekolah abang aku ada Kelab Gunting Rambut?"

Syndrom ini berlanjutan, bahkan sampai saya masuk MRSM. Yang peliknya, saya masih lebih berasa izzah dengan abang saya yang dapat masuk SBP padahal saya sendiri dah berada di MRSM. Bagi saya, MRSM agak "bollok" (uncool dalam bahasa kelantan) berbanding SBP. (Ye ke?)

p/s: Walaubagaimanapun, bermula form 4, saya dapat merasakan bahawa masuk MRSM ni cool dan lebih besar nikmatnya berbanding SBP. Heee..

Walaupun dalam dunia kami sendiri, kami saling bercakaran dan bertumbuk untuk berebut nak duduk kereta bagian depan, dan berebut tidur katil double Decker bagian atas,
namun,
saya masih akui bahawa saya selaku seorang adik pernah satu ketika (even sekarang pun) bangga mempunyai seorang abang walaupun bagi orang lain, dia biasa-biasa saja.

kenangan 1988. waktu kecil adalah waktu paling indah, kerana kita tidak pernah berDOSA.

Oleh itu, kalau anda merasakan seolah-olah adik anda tidak ada rasa bangga dan hormat terhadap anda, maka sebenarnya anda silap. Kerana walau seteruk mana pun anda selaku abang, seorang adik tetap akan berbangga dan ada rasa respek terhadap abangnya walaupun hanya sedikit. Ini saya observe pada adik dan abang saya sendiri.

2. Emotionally needy.
Seorang adik, pada pandangan saya sering mengharapkan perhatian dan care dari abang atau kakaknya.
Nak dijadikan ceghiter, saya ada seorang sahabat lama. Beliau punya sangat banyak abang dan kakak. Dalam keluarganya beliau adalah anak bongsu. Beliau sering curhat kepada saya mengenai masalah yang menimpa keluarganya. Bagaimana complicated-nya berada dalam kelurga yang jumlah adik-beradik ramai, dan paling menyedihkan sudah tidak punya ibu dan bapa. Jadi, bahtera keluarganya di-komando oleh abang2 dan kakaknya.

Anywho, sahabat saya ini sering mengeluh, dengan sikap beberapa orang kakak dan abangnya yang boleh dikatakan jarang atau tidak pernah menghubunginya sama sekali sejak beliau study di Luar Negara. Padahal katanya, dia sangat perlukan care dari seorang abang.

Maka sejak saat itu, baru lah saya faham,
bahawa,
seorang adik sangat-sangat menginginkan kalau abang atau kakaknya sentiasa keep in touch dengannya walaupun dengan hanya call by phone semata-mata untuk bertanya kabar. Ini lebih diperlukan seorang yang adik, berbanding pemberian duit atau hadiah yang lebih bersifat kebendaan yang fana.

Walaupun begitu, saya berpendapat, tingkat keperluan seseorang kepada care (emotional needs) juga bergantung kepada beberapa faktor.
-Yang pertama adalah faktor ranking anda (anak ke berapa) dalam keluarga.
-Kedua, perbezaan usia antara abang/kakak dengan adik.
-Ketiga, jumlah abang (atau kakak) yang kita punyai dalam hidup.

Buktinya, adalah saya sendiri. Tidak seperti keadaan yang berlaku pada sahabat saya tadi, alhamdulillah saya merasakan bahawa saya tidak terlalu menuntut agar abang saya care dengan saya. Entahlah. Mungkin kerana faktor kedua, yaitu jarak usia antara saya dan abang tidak jauh. Dan kerana saya hanya ada seorang abang, menyebabkan saya tidak terlalu dimanjakan sejak kecil. Wallahualam.

Jadi, sejak kecil lagi saya sudah mandiri. Sama seperti abang dan adik dibawah saya setelah UPSR kami dihantar abah ke ke sekolah asrama. Dari situ, saya sudah biasa protect diri sendiri terhadap cabaran atau di-bully dari orang lain. Bahkan, Sering kali orang lain konfius antara kami, siapa yang lebih tua? Saya atau abang saya. Kerana saiz badan saya sejak lahir lagi terlihat lebih besar berbanding abang saya, dan perwatakan saya yang menampakkan seolah-olah seorang yang protektif, lebih dominan. berbanding abang saya yang lebih soleh, sopan, dan pijaksemuttakmati di mata orang lain.


3. Cari pasal.
Seorang adik adalah seorang pencari pasal yang sangat teruk. cari pasal di sini bermaksud cari gaduh atau boleh diistilahkan sebagai "ngada2". Boleh jadi dalam bentuk gurauan, dan boleh jadi cari pasal yang serius yang bukan gurauan. Makanya jika kita perhatikan, dalam sesuatu pertelingkahan adik-beradik, biasanya yang memulakan pergaduhan adalah si adik, bukan si abang. Amat jarang seorang abang mulakan perkelahian atau pertikaman lidah. Cuba renungkan kebenaran teori saya ini. Betul kan?

4. Banyak komplen.
Banyak merungut, banyak mengeluh, atau banyak komplen. Semua membawa maksud yang sama. Yang menunjukkan sikap yang dalam bahasa lembut di panggil bermanja, dan dalam bahasa kasar dipanggil ngada2 dengan abang. Semua ini dilakukan oleh sorang adik terhadap abang atau kakaknya.
Akan tetapi, sebenarnya, sikap bermanja atau ngada2 ini sebenarnya mengindikasikan bahawa seorang adik itu punya kedekatan hati kerana bersikap terbuka,"apa adanya",  berterus terang tanpa selindung atau dengan abang atau kakaknya.  Kalau abang yang dapat tafahum dengan sifat psikologi adiknya yang manja ini, insya Allah tidak menjadi masalah. Yang jadi masalah adalah apabila abang yang egois dan tidak tafahum dengan adiknya sendiri.

Mungkin apabila bersama orang lain yang bukan abang, atau kakaknya, seperti member rapatnya, rakan sekerja, classmate, boss, atau majikannya , dia akan behave dan menjaga kematangan dan (bak kata orang indonesia) menjaga citranya. Namun bila bersama abang atau kakaknya, perwatakannya sedikit berubah.

Para pembaca sekalian,

Diharapkan Anda semua tidak salah sangka. Post yang tak seberapa, dalam blog yang sepi ini, bukan semata-mata mahu menceritakan mengenai keluarga saya atau pendapat saya yang kosong mengenai psikologi seorang adik. Namun, lebih dari itu, saya sebenarnya sedang memberi sebuah anekdot terhadap kehidupan kita.

Kerana,
Adik dan abang yang dimaksudkan disini bukan hanya merujuk pada persaudaraan yang berlaku antara seorang adik dan abang (atau kakak) yang seibu dan sebapa. Namun lebih dari itu, ia sebenarnya merujuk kepada firman Allah dalam al-Quran

Innama Al-Mukminuna Ikhwah "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara" (al-Hujurat 49:10)


Mustafa Al-Maraghi dalam tafsir al-Maraghi menyatakan, bahawa 'ikhwat' bererti persaudaraan senasab, ayahnya adalah Al-Islam dan ibunya adalah Al-Iman. Mereka adalah adik beradik sekandung dari rahim Iman.

Lebih-lebih lagi, adik-adik seIslam dan seIman itu adalah adik usrah kita sendiri. Sudah tentu mereka juga harus kita treat (layani) seperti adik kandung kita sendiri, bahkan lebih special lagi berbanding saudara semuslim lain. Kerana seorang adik yang telah diistilahkan dalam bahasa Dakwah sebagai al-Mutarabbi adalah Aset, Benih dan Saham yang berharga buat kemajuan Ummat ini. Mereka adalah Agent Perubahan yang juga seorang manusia  biasa yang mempunyai Emosi, perasaan dan Psikologi yang patut kita (saya dan anda) kenali, fahami, dan kaji selaku seorang abang yang telah dimuliakan oleh Dakwah ini dengan gelaran Murobbi (pembina).

Jadi bagaimana sikap kita selaku seorang abang atau kakak apabila berhadapan dengan karenah dan psikologi adik2 kita ini? Nah, inilah masanya untuk mempraktekkan teori Psychiatry atau Psikologi (Bimbingan Kaunseling) yang kita belajar sehari suntuk siang malam selama 5-6 di bangku kuliah ini!

Bersabar dan sentiasa sedar bahawa kita adalah abang, dan dia adalah adik kandung kita yang telah berkongsi 'ibu' yang bernama Al-Iman, dan 'bapa' bernama Al-Islam.
Ketahuilah bahawa, sikap dan perangai yang ditonjolkan oleh adik kita, bukan dibuat-buat, sebaliknya ia adalah suatu perkara tabi'i yang telah dimasukkan oleh Allah sang pencipta ke dalam jiwa seseorang Bani Adam, Khalifah dan Hambanya di muka bumi.

Jadi, nak tak nak, ianya harus di compliment dengan penuh hikmah (bijaksana) dan contoh teladan yang baik oleh seorang abang atau kakak. Kecualilah anda mahu pasrah dan hanya berpuas hati jikalau dikategorikan sebagai seorang murobbi yang tak faham jiwa dan waqi' mad'u. Kalau saya, tak mahu masuk kategori macam tu!
Kenapa ia dinamakan Bulatan Osem Gembira (B.O.G)?
Kerana ia terdiri dari Abang Murobbi yang Osem
dan adik-adik yang Gembira kerana keOseman Abang dan BOG tersebut. ^^

Sekian. Selamat membina!
Nota kaki: Post ini sangat sesuai dibaca oleh para murobbi yang telah mengalami jatuh bangun dalam membentuk diri menjadi seorang murobbi sejati. Ia juga ditujukan kepada para murobbi baru yang sedang "terketar-ketar" rasa nak buat sesuatu untuk kemajuan dakwah ini.

Oleh yang demikian, tulisan ini tidak sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang tidak ada LANSUNG cita-cita atau NIAT dalam hati untuk menjadi murobbi. Juga saaangat-sangat tidak sesuai dibaca oleh mereka yang hanya menunggu di'suap' oleh murobbi, tanpa mahu membahagikan 'suapan' murobbinya kepada mangsa-mangsa keadaan lain yang masih terkapai-kapai dalam kelaparan dan kegelapan Jahiliyah!

No comments:

Post a Comment