Thursday, September 27, 2012

Cinta dan Benci

[kredit]

Sebanyak apapun amalan pribadi kita. Baik yang zahir maupun yag bathin. Yang tampak maupun yang luput dari pandangan manusia. Jika kita tak mampu mewujudkan cinta dan benci karena-Nya di alam realita kehidupan kita. Maka amalan itu tak mampu menolong kita di sana.


Saudaraku..
Abdullah bin Umar ra pernah berkata:

"Demi Allah, sekiranya aku berpuasa sepanjang hari tanpa putus. Ku dirikan shalat tahajjud setiap malam tanpa pernah tidur. Seluruh hartaku, ku infakkan di jalan Allah. Lalu aku menghadap-Nya di hari kepergianku, sementara tiada terpendam perasaan cinta di hati ini terhadap orang-orang yang mentaati Allah serta tiada kebencian terhadap ahli maksiat. Maka apa yang telah ku perbuat itu tak dapat memberiku manfaat sedikit pun jua di sana."
(Mawa'izh as shahabah, Shalih Ahmad al Syami).

Thursday, September 20, 2012

Murabbi Yang Sentiasa Belajar

Murobbi-Mutarabbi LOTR


" Ketika kita diberi nikmat oleh Allah swt untuk menjadi ‘murabbi’, hendaklah kita memahami bahwa ‘mad’u’ (binaan) kita hanyalah sebuah pemberian dan bukan kepunyaan kita. Di saat ‘halaqah / usrah’ berjalan, bukan hanya ‘mad’u’ (binaan) kita yang ditarbiyah, tetapi diri kita sebagai ‘murabbi’ juga melalui proses untuk lebih bersabar, bijaksana dan berfikiran lebih terbuka dalam membina. Sudah semestinya kita perlu menempatkan cinta dan perhatian kita kepada ‘mad’u’ (binaan) secara seimbang kerana cinta memerlukan jarak yang tepat untuk diluahkan.
Ia seumpama mencintai bunga mawar di mana janganlah kita petik dengan alasan ingin melindunginya kerana dengan yang demikian, kitalah yang sesungguhnya menghancurkan mawar tersebut.
Tapi, buatlah pagar di sekelilingnya agar tidak ada haiwan atau orang-orang yang hendak merosakkannya. Kemudian siramilah ia dengan sabar agar ia dapat tumbuh dengan indah dan mampu mengembang dengan baik
.
"


Menjadi ‘murabbi’ merupakan satu nikmat yang tersendiri dalam berdakwah kerana dengan cara itulah, kita telah melengkapkan diri kita dengan kedua-dua sudut tarbiyah yang bersepadu iaitu :

a. Membina.
b. Dibina.

Ia menjadi suatu yang penting kerana :

1. Menjadi murabbi adalah kewajiban (syar’ie dan jamaah).
2. Menjadi murabbi adalah sunnah rasul.
3. Menjadi murabbi adalah wasilah meningkatkan iman.