Friday, July 15, 2011

"Gigitlah Ia Dengan Gigi Molar Ke Tiga!"


Tersebutlah kisah, ada seorang Sifu yang berhajat untuk bertemu dengan anak muridnya untuk menyampaikan beberapa wasiat penting. Sifu itu nekad untuk bertemu muridnya walaupun dia harus menempuh perjalanan selama 9 jam untuk bertemu muridnya. Walaubagaimanapun, sayangnya Sifu tadi hanya punya masa selama 2 jam saja untuk delivere message penting nya kepada murid harapan-nya tadi.

Pada pendapat anda, apakah mesej dan amanat penting yang ingin disampaikan oleh Sifu tadi kepada Murid nya? 

Mungkin jawapan anda, "manalah kawe nak tahu, demo tak bagi tahu siapa Sifu tu". Benar juga. sebab saya tidak pernah menyebutkan siapa Sifu itu, dan bidang apa yang beliau men"Sifu"kan diri. Sifu M.Nasir-kah dia atau seorang guru Kung Fu-kah dia?


Tapi yang pasti, saya jamin anda dapat merasakan bahawa mesej dan amanat yang ingin beliau sampaikan kepada muridnya tadi adalah Super-Duper penting. Sebab,Sifu tadi sanggup menempuh perjalanan selama 9 jam semata-mata untuk bertemu muridnya demi untuk menyampaikan amanat dalam masa hanya 2 jam sahaja. Sudah tentu mesej yang ingin disampaikan adalah mesej maha penting,ringkas, sarat dan padat dengan kata-kata hikmah dan amanat2 yang memadatkan. Dalam bahasa mudah-nya, memang penting dan padat lah! 

Well, ala kulli hal, scenario yang saya ceritakan diatas,sebenarnya menggambarkan apa yang berlaku di Shah Alam beberapa hari lepas. Lebih spesifik lagi yang berlaku pada 11 Julai 2011 di Dewan Jubli Perak SUK Selangor, Shah Alam pada pukul 8 malam. Kita di Malaysia didatangi oleh seorang Sifu dan Master Da'wah. Dari raut wajahnya, dan warna rambutnya, sudah jelas kelihatan beliau sudah berusia 70an. Tapi , subhanallah.. hamasah "semangat" nya menyamai pemuda 17 tahun. Beliau telah lama berkecimpung dalam arena da'wah ini. Bahkan, yang paling mengkagumkan saya ialah, dikatakan oleh seorang ikhwah yang tsiqoh, sejak berusia 15 tahun lagi, beliau sempat bertemu dan berguru langsung dengan Sifu Hassan al-Banna. Beliau lah penulis buku Tsawabit al Mutaghayyirat (Hal-hal yang Tidak Bisa Berubah). Ladies and Gentlemen, behold, Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin!


Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, dan berasa "tidak nyambung" dengan scenario "Sifu dan Muridnya" yang saya ceritakan pada awal topik ini. Apakah kaitannya?

Kaitannya ialah sebenarnya saya ingin menggambarkan Syeikh Jum'ah Amin-lah sebagai Sifu tadi. Beliau telah menempuh perjalanan selama 9 Jam diatas kapal terbang dari Tanah Arab (Mesir) ke Tanah Melayu (Malaysia) semata-mata2 untuk bertemu dengan "murid-murid"nya iaitu ikhwah-akhawat di Malaysia untuk menyampaikan Wacana Tarbawi nya. Masa yang beliau ada hanyalah lebih kurang 2 jam saja (8 pm sampai 1130 pm). Jadi,sudah tentu beliau akan menyampaikan poin-poin yang sangat-sangat-sangat penting bukan?

Namun begitu, yang "pelik"nya ialah, yang menjadi isi perbicaraan Naib Mursyid Am IM pada malam tersebut, kelihatannya hanya berkisar kepada perkara yang boleh dikatakan terlalu basic. Seperti;

"Pembentukan individu muslim."

"Hassan AlBanna berpesan supaya seorang Ikhwan harus menjaga mutabaah amal-nya. seperti tilawah 1 juz per hari, istighfar 100x, zikir mathurat, qiamullail minimum 2 rakaat per malam..."

"Tentang Ukhuwah..."

"Program KATIBAH dan Mabit sebagai wasilah Tarbiyah yang penting.."

"Hassan Al Banna membahagikan manusia kepada 4 golongan. Beriman, Oportunist, Mutaraddid, Penentang..."

"Asholah Qabla Ishlah a.k.a Ishlah Nafsak Wad'u Ghairak..."

dan seterusnya. 



Dan kalau ikutkan pada fikiran yang dangkal "cetek", tidak perlu kita susah-susah jemput Syeikh Besar dari IM Mesir untuk ceritakan perkara-perkara yang boleh dikatakan basic tadi. Sebab, sebenarnya Syeikh-syeikh kita di Malaysia pun boleh ceritakan perkara-perkara basic tadi dengan mantap dan penuh hikmah. Lihat saja dua Ustaz kita, Ustaz Muhaimin dan Ustaz Hasanuddin. Mereka dapat men"translate" ucapan Syeikh Jum'ah Amin secara langsung dan spontan. Bahkan mereka berdua boleh menghuraikan dan mentafsir kata-kata Syeikh Jum'ah Amin dengan penuh bijaksana. Mereka sudah dikira hebat! 



Jadi, apa perlunya undang Syeikh Besar Ikhwan Muslimin jauh-jauh dari Mesir untuk menyampaikan perkara basic, yang rasanya kita sudah dapat dan mungkin sering dengar melalui Naqib kita dalam Usrah-usrah kecil di tempat kita berada sekarang?  

kenapa syeikh Jum'ah Amin tidak membahaskan tentang Ketamadunan Islam ker, Islam Hadhari ker, Kemajuan Teknologi ker atau Pembangunan Ekonomi Ummat ker dan bermacam perkara yang dapat menggambarkan Wawasan ke depan Ikhwan (ala2 Wawasan 2020 Tun Mahathir). Lagi pula, perkara-perkara ini juga penting, terutama buat ummat di zaman Sains dan teknologi ini.

...Hurmm...

Sebenarnya, pemikiran semacam inilah yang salah. Yaitu pemikiran yang memandang bosan dan remeh akan perkara yang basic dan mengangap penting perkara cabang. Basic dalam bahasa melayu berarti ASAS. dalam bahasa Arab dipanggil QAEDAH. Sesungguhnya, perkara yang paling utama ialah basic. Tanpa basic yang kuat, sesuatu perkara akan runtuh.Contohnya, disebabkan basic yang tidak kuatlah, Highland Tower telah runtuh dengan slumber-nya pada 1993. Disebabkan tidak menguasai basic anatomy, physiology, dan patophisiology-lah, ramai medical student yang agak merangkak2 waktu clinical year nanti. Dan banyak lagi contoh lain. Anda rekalah sendiri.

Sebab itulah 2 Kalimat Syahadah dipanggil Aqidah. Sebab itulah 13 tahun awal da'wah nabi lebih kepada pembinaan Aqidah, Roh, dan Akhlak. Hanya pada 1000 tahun kemudian, barulah ummat ini bercakap soal Tamadun dan Teknologi. Ini sudah dijelaskan dengan crystal clear dalam ISK.

Walaubagaimanapun, kesimpulan yang saya dapat buat setelah mengikuti langsung Wacana Tarbawi oleh Syeikh Jum'ah Amin ialah, 

dimana saja kita berada,

di zaman mana kita membawa da'wah ini,

di waqi' mana sekali pun,

di mehwar mana sekali pun kita mengoperasikan da'wah ini. baik di mehwar sya'bi "masyarakat" mahupun daulah  "pemerintahan".
di medan apa sekali pun kita me'lebur'kan diri dalam da'wah ini (izabatun nafsi fi da'wah)
baik sebagai doktor, guru, bisnesman, engineer, bakal ustaz.

atau pun sebagai YDP (Yang Dipertua) sebuah persatuan pelajar, atau orang penting persatuan tersebut,

kita tak dapat lari dari perkara basic, yaitu aspek pembinaan Individu Muslim, sebagai Asas kepada Revolusi Ummat dan Gerakan Islah.

Kita sebagai dai' tak dapat meninggalkan 3 perkara basic, iaitu tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah.

Kerana perkara basic tarbiyah inilah menjadi sunnah bagi para pendahulu kita, baik di Zaman Rasulullah, mahupun di Zaman Salahuddin al Ayyubi.Baik di Zaman Da'wah Mekah, mahupun di Zaman Kegemilangan Turki Uthmaniyah. Basic ini harus kita sentiasa pegang dan "gigit dengan gigi geraham" kita.

Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang hamba abdi. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup selepasku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Karena itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian (gigi molar ke tiga). (Hadis Riwayat. Abu Dawud no. 3991)

1 comment:

  1. Allahuakbar!teringat ringtone akhi izzul, "nahnu duat qabla kulii syaii!"

    ReplyDelete