Monday, May 2, 2011

Da'i Yang Dihantui Dosanya



Wahai saudara-saudaraku sekalian.
Tidak jarang seorang da'i atau kader dakwah yang mengadu kepada sahabatnya atau qiadahnya (pimpinan);

akhy,,ana masih banyak kekurangan, maksiat masih banyak lagi yang belum tinggal
atau
saya belum perfect lagi, Ustaz..
dan aduan-aduan yang seumpama dengannya.

Alhamdulillah, sebenarnya jika ungkapan itu secara jujur keluar dari mulut mereka, boleh jadi ia datang tulus dari kerendahan hati dan sifat tawadhu' da'i itu.

akan tetapi, apabila mereka menambah atau menggandingkan ucapan tadi dengan,

..., sebab tulah ana rasa belum layak lagi pegang mad'u, belum sesuai lagi menyampaikan ISK (sekadar contoh) kat adik-adik..
atau
saya tak layak ada binaan Ustaz, saya takut kot-kot laa binaan rosak kerana sifat saya..

dan sebagainya.
Nauzubillah, wahai pembaca-pembaca budiman.
Sebenarnya ungkapan tambahan tadi mencerminkan KEKELIRUAN yang ada dalam minda da'i tadi. Jika dibiarkan berlanjutan, kekeliruan yang sedikit ini boleh membahayakan komitmennya dalam Dakwah. bahkan boleh mencacatkan Harakah (Pergerakan) Dakwah yang sedang dia perjuangkan sekarang.

Apakah mereka (dai-dai yang dihantui dosanya) lupa bahawa sudah menjadi sunnatullah bahawa semua manusia (tanpa kecuali) memang tidak boleh lari dari mempunyai dosanya sendiri? Semua manusia penuh dengan kekurangan dan dosa tidak kira samada manusia itu bergelar Ulama', Qiyadah sebuah Jamaah, Syuyukh bahkan Mas'ul. Semua tanpa kecuali melakukan dosa,,melainkan Rasulullah SAW sahaja yang dijamin maksum. Itupun Rasulullah tetap melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak dicatat oleh Allah sebagai dosa.

Apakah mereka tidak sedar, bahawa tugas membina manusia-manusia (untuk menggerakkan dakwah ke seluruh alam) adalah WAJIB kepada setiap muslim ?

Adakah mereka mereka mahu meninggalkan KEWAJIPAN DAKWAH, yang menjadi tugas penting (waqi') zaman kini semata-mata atau gara-gara mereka "belum perfect" atau ada "maksiat tak tinggal lagi" ?

Ya! Dakwah itu WAJIB dijalankan. Dan Manusia memang penuh dengan dosa dan kekurangan. Tapi, menjadikan hujah "ana banyak dosa" sebagai alasan untuk lari meninggalkan Perintah Allah,  Sunnah Rasul dan Amanat Orang2 Beriman (yakni meneruskan obor dakwah) adalah LEBIH KEJI daripada melakukan dosa itu sendiri!

Memanglah, Islam menuntut kita untuk menginsafi dosa-dosa kita. Memuhasabah akan dosa-dosa kita adalah sifat yang sangat dituntut dalam diri seorang Muslim, saya tidak nafikan itu. Bahkan, jika kita tidak pernah merasa berdosa itulah yang sangat berbahaya. Jika kita berasa sombong kononnya kita sudah banyak amal baik, berasa suci dari dosa, sebenarnya itulah Syirik kecil!

Akan tetapi, jangan kita lupa (atau buat-buat lupa?) Allah dan Rasulnya telah me-allocate waktu yang khusus untuk kita Muhasabah/ introspeksi diri. Yakni, ketika kita bersendirian, contohnya ketika di hadapan Allah pada saat Qiamullail kita. Dan bukannya, ketika seruan dakwah dan jihad dilaungkan oleh Amir atau Mas'ul atau Qiyadah (Pimpinan) Kita. Sekali-kali bukan!

Tips Jika Tetap Dihantui Dosa.

“Dan laksanakanlah sholat pada kedua ujung siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah).”
(QS ; Hud : 114)

Pembaca-pembaca sekalian, abi Abdirahman, Abdullah Ibnu Mas'ud pernah bertanya kepada nabi, "Ya Rasulullah Amalan apakah yang paling dicintai Allah?" Rasulullah menjawab,
"solat tepat waktu"
Kesimpulan yang dapat diambil dari 2 dalil diatas ialah, salah satu Rahmat Allah kepada kita ialah Dia mensyariatkan Solat Wajib, yang sebenarnya sebagai kaffarah (penghapus) kepada Dosa-dosa dan Maksiat kita.

Allah mengurinikan kepada Ummat Muhammad ini 5 waktu solat. Ini bererti, sebenarnya kita ada 5 pecahan masa dalam waktu 24 jam. dan Waktu Azan itulah yang menjadi marker atau petanda waktu kepada Perubahan masa. Dengan kata lain, jika kita melakukan sesuatu maksiat, ianya akan berlaku antara 5 marker Masa ini.

Oleh itu, apa yang ingin disampaikan disini ialah, jika da'i-da'i yang berdosa menginginkan dosanya terhapus, maka hendaklah dia solat tepat waktu, (dengan syarat dia menyadari, mengakui, & menginsafi dosanya). Kerana perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. sebagaimana yang diwartakan dalam surah Hud ayat 114 dan Hadis 18 daripada Hadis 40 Nawawi..

Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat ..
yakni, itulah peringatan bagi da'i-da'i yang berdosa, tapi yang selalu ingat dan ingin menyucikan hatinya dari noda. ianya adalah peringatan bagi nafsu mut'mainnah, yakni individu yang selalu menginsafi dirinya.

p/s: Dalil Solat sebagai kaffarah dosa ini,dikuatkan lagi dengan kisah seorang lelaki yang mengadu kepada Nabi telah berzina dengan seorang perepuan. Dia merayu kepada Nabi untuk melaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Nabi dengan malu dan segan lantas menyuruh lelaki tadi segera solat,

"nescaya dosamu terhapus",

kata Nabi. Setelah lelaki tadi selesai solat, Nabi membiarkannya pulang. Baginda tidak menghukum Rejam keatasnya.

Pengajaran dari kisah ini, ialah selain Solat boleh menjadi pengahapus dosa, hadis ini juga mengajar kita supaya merahsiakan Maksiat Peribadi kita. Kerana maksiat yang bersifat individu (seperti berzina, minum arak dsb) adalah antara si pelaku dengan Allah. tidak melibatkan kezaliman keatas orang lain, melainkan kita menzalimi diri kita sendiri. Jadi ianya tidak perlu-lah diceritakan ( baca: curhat) kepada orang lain. Lebih-lebih lagi jika diwar-warkan dalam status Facebook atau blog. Kerana tidak ada tempat yang lebih layak untuk kita mengadu akan kesalahan-kesalahan dan maksiat-maksiat kita, melainkan dihadapan Allah Yang Maha Pengampun, dan Penerima Taubat. Dengan syarat, kita benar-benar insaf dan benci untuk kembali melakukan kekufuran dan kemaksiatan tadi.

sekian. Wallahualam.

Sunday, May 1, 2011

Wahai Murobbi!

Perhatikan gambar di atas. indah bukan? yang menambah keindahannya ialah air yang mengalir terjun penuh yakin tanpa putus-putus.
ada 3 pasu dalam landscape ini. pasu yang paling atas (Pasu 1) memainkan peranan yang paling penting untuk memastikan supaya air terus mengalir ke Pasu 2 dan Pasu 3. Pasu 1 kena penuh dahulu, sebelum dapat dicurahkan ke pasu 2. kalau pasu 1 tidak penuh-penuh, (gara-gara pasu itu pecah kat bawah misalnya) maka terputus lah aliran air terjun ke Pasu 2. kesannya, kita tak akan dapat menikmati air terjun bertingkat seperti yang ada dalam gambar ini. Dengan kata lain, hasrat MakCik Gayah (tuan punya Landscape ni) untuk menghiasi laman rumah beliau dengan air terjun bertingkat tak kesampaianlah..


Demikianlah juga hubungan antara Murabbi dan Mutarabbi.
Hubungan Murabbi-Mutarabbi umpama Hubungan Pasu 1-Pasu 2. Yang menjadi salah satu KUNCI penting kepada kejayaan pembinaan Mutarabbi (adik2 Usrah) ialah Peranan yang dimainkan Murabbi-ah/ Naqib-ah itu sendiri..

sebab;
.
Murabbi dahulu yang harus Faham sebelum Mutarabbi Faham.


Murabbi dahulu yang harus mengikhlaskan niat sebelum mengingatkan Mutarabbi dengan Tafsir al-Ikhlas atau Hadis 1 (Niat).


Murabbi dahulu yang kena beramal, sebelum 'push' adik-adiknya beramal.


Murabbi dahulu yang kena tinggalkan Jahiliyyah (music2 lagho, dota, layan Korea, merokok, simpan aweks/ pakwe) sebelum menyeru Mutarabbi untuk tinggalkan Jahiliyah tersebut.


Murabbi hendaklah marah dirinya terlebih dahulu, sebelum marah jika Mutarabbi lembap dalam dakwah dan tarbiyah.


Murabbi hendaklah terlebih dahulu baiki akhlak nya yang masih 'slack' sebelum menegur Mutarabbi nya supaya berakhlak mulia.


Murabbi dahulu yang harus menjejakkan kaki ke dalam syurga, sebelum tarik Mutarabbi ke dalam nya


Oleh itu,


Wahai Murabbi-murabbi yang baca tulisan ini sekalian! Ketahuilah,bahawa tugas kalian amatlah berat!
Maka semaklah diri kalian dahulu, sebelum semak mutaba'ah amal adik-adik usrah kalian!


Sekian.