Monday, July 2, 2012

Apabila orang Bukan Islam bagi ISK,


Apabila seorang non-Muslim bernama John Green (mamat dalam video kat atas), boleh menceritakan  Sejarah Islam dengan awesome bergaya, maka kita sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri.

Kalau kita yang kononnya sudah Muslim sejak lahir lagi, tapi tidak lagi punya passion ("ghiroh"/ semangat) untuk belajar sejarah kita sendiri,

Kalau kita yang solat paling malas pun, 5 kali sehari, dan mengucap 2 kalimah syahadah paling kurang 9x sehari, tapi masih tidak ada kemahuan untuk menyampaikan Sejarah Kita di hadapan manusia-manusia yang kurang bernasib baik yang belum pernah mendengarnya.

Maka, tidak mustahil Allah akan ganti kita dengan kaum lain yang lebih hebat berbanding kita dan lebih cinta akan dakwah, seperti si John Green ni.

Jika kamu tidak mahu pergi berjuang, pasti Allah akan memberi azab kepada mu dengan siksa yang amat pedih, dan akan mengganti kamu dengan kaum yg lain, sedang kamu tidak akan merugikan Dia sedikitpun, kerana Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (At-Taubah 9:39)

Anda mungkin berkata, "Saya tak ada knowledge macam John Green ni, Bang. Saya bukan Historian. Saya budak medic je."

Saya akan jawab,
"Fikir macam ni, brader. John Green ni dah la bukan Islam, tapi bersemangat bagi "ISK" (cerita sejarah Islam, kira bagi ISK la orkk? HeHe)  Dah la sejarah pasal orang Islam, bukan pasal agama dia pun. (sorry, tak sure pula agama dia apa).

Lagi satu, "ISK" yang disampaikannya mungkin bermanfaat pada Kita-Kita yang mendengarnya saja, tapi tak bermanfaat buat dirinya sendiri.

Anda yang sedikit confius akan bertanya, "Aik. Pulak dah. Sebab?"

Saya jawab, "Sebabb, sah2 la dia tak dapat pahala dan tak dikira suatu dakwah dan ibadah. Sebab beliau belum mengucap lagi (belum masuk Islam setakat ni. Wallahualam siapa tahu dia sebenarnya dah Muslim, atau akan masuk Islam suatu hari nanti. Insya Allah).

Jadi buat apa dia menyampaikan sejarah Kita, kalau tak ada faedah pun untuk diri dia sendiri? Kan2?

Sementara awak tuu yang dah Islam. Apabila awak menyampaikan sesuatu kebaikan walau sepotong ayat, maka kebaikan pun orang boleh dengar, pahala pun dapat. Bukan hanya 1 pahala, tapi boleh jadi double, triple, quadruple, "lima-pel", bahkan "jutaan-pel". Depends on;
1.how many followers you get (or how big your audience is)
2. and how much your words give impact in your followers (or audience) life."
"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun."(HR. Muslim)
Maka mari kita bergerak wahai adik-kakok sekalian! Malu kita dengan John Green kalau tak cintakan Sejarah Kita Sendiri!

Sekian.

No comments:

Post a Comment