"Abang, ana kalau ramadhan kali ni, tarawih tak constan la, bang.."
Murobbi nya bertanya, "Maksud anta apa?"
Kata Akh itu "tarawih saya kali ni tak lengkap macam dulu. kadang-kadang ana tarawih tapi tak cukup 8 (atau 20). kadang-kadang tak solat witir"
"Kenapa pula macam tu?" tanya Murobbi dengan nada sedikit hairan.
Murobbi-nya menunduk untuk memikul beg yang berisi laptop yang baru sahaja di simpannya. Sambil-sambil menyimpan Quran untuk pulang, murobbi-nya bersuara dengan pendek, "Jadi anta tak tarawih la ni ye?"
si akh tadi menjawab dengan nada separuh yakin, "Er..Ha'ah.."
Mendengar jawapan itu sang murobbi tadi mengambil napas pendek selama 0.2 saat. Kemudian, dengan wajah tenang berkata,
"Ramadhan-kan bulan yang penuh keistimewaan. Bulan di mana orang ramai akan merasakan ghiroh (semangat) dan excited untuk beribadah. Sebab tu lah kalau kita tengok ramai pak cik dan mak cik ni sangat teruja bila masuk Ramadhan. Mereka sanggup datang beramai-ramai, kadang-kadang ada yang ajak anak-anak dan cucu-cucu mereka, semata-mata untuk pergi masjid untuk solat tarawih, walaupun pada bulan lain mereka jarang ke masjid untuk solat jamaah. Sebab mereka feel dan excited dengan Ramadhan, ye kan?"
Akh tadi hanya diam dan menatap wajah murobbi kesayangan-nya.
Lalu, murobbi-nya menyambung
"...Kalau orang awam pun boleh merasakan feel ghiroh dan excited dengan Ramadhan, tak kan-lah kita yang "sudah tidak awam" ni nak dikalahkan dengan pak cik mak cik yang kita panggil orang awam tadi?"
Si Akh tadi terdiam sebentar dan kemudian terangguk-anguk tanda setuju dengan kata-kata murobbi-nya. Kemudian, akh tadi beserta member se-usrah-nya menghantar murobbi-nya ke pintu pagar depan. Sang Murobbi mengucapkan salam dan terus start motor dan meninggalkan rumah mereka. Petanda usrah minggu ini sudah berakhir.
Seusai memasuki pintu rumahnya, Akh tadi merasakan dalam lubuk hati-nya bahawa dia telah belajar sesuatu pelajaran yang penting tentang Ramadhan. Pelajaran tentang berharga-nya saat-saat Ramadhan dan berharga-nya ibadah-ibadah sunnah di bulan Ramadhan.
Kadang-kadang kehebatan seseorang akh dalam harakah, da'wah, dan amal jama'i tidak menjamin kehebatan-nya dalam beribadah khusus (seperti Solat Tarawih, zikir dll) kepada Allah.
Kadang-kadang kita kena belajar dari orang lain, walaupun orang itu ialah pak cik atau mak cik yang tak pernah ikut usrah dan tidak pernah kenal Hassan al-Banna tapi mempunyai ghiroh dan berasa teruja untuk melakukan beribadah sunnah di Ramadhan ini.
Salam nisfu Ramadhan kepada semua pembaca.
Jom perbaiki amalan kita! Masih tinggal kira-kira 16 hari sahaja lagi untuk kita "pulun kow-kow" ibadah di bulan Ramadhan ini.
Jom lah! Kita masih belum terlambat.
Jom perbaiki amalan kita! Masih tinggal kira-kira 16 hari sahaja lagi untuk kita "pulun kow-kow" ibadah di bulan Ramadhan ini.
Jom lah! Kita masih belum terlambat.
No comments:
Post a Comment