Tuesday, November 27, 2012

Kita satu usrah kan?


Akhi yang aku sayangi,

bila kita berbicara mengenai usrah, ia bukanlah sekadar satu program mingguan yang kita datang. Kemudian kita tilawah sama-sama. Kita tadabbur makna quran, lalu diberi pengisian oleh murabbi kita lalu kita nanges teresak-esak sampai basah baju-baju kita.

Kemudian bincang manhaj sama-sama. Yang lain khusyuk mendengar sambil menulis. (ada jugak yang malas menulis, main henpon je). Seterusnya sembang qodoyah, tutup majlis, Lalu tutup majlis dan kita buat kerja masing-masing. ' Kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku'

Akhi yang aku hormati,

Usrah itu adalah satu keluarga. Yang mana murabbi kita berperanan sebagai ayah dalam hubungan hati. Qaid dalam memberi pengarahan kepada kita. Syeikh dalam membangunkan ruhi kita. Juga ustaz dalam mengajarkan ilmu dan membina fikrah kita.

Manakala kita pula akhi, adalah adik beradik. Yang mana kita disatukan atas dasar keimanan dan kasih-sayang.

Perumpamaan kita seperti sebuah tubuh wahai akhil kareem. Apabila salah satu dari tubuh kita sakit, maka akan seluruh angota tubuh akan turut memberi respon kepada kesakitan tersebut.

Begitulah kita.

Maka tatkala ikhwah seusrah kita sedang mengalami kesakitan (futur, sedih, kecewa) adakah kita turut memberi respon kepada kesakitan itu? Atau sekadar berkata, ''aku adalah aku, dan engkau dengan hidupmu. ''

Kesimpulan :

Azab neraka tu amat pedih. Sesuai bagi manusia yang hanya hidup untuk dirinya sahaja.

Narrated by: Akhi Ramadhan Lotphi
http://www.facebook.com/silent.muharrik
"Selemah-lemah ukhuwah ialah berlapang dada, dan sehebat-sehebat
ukhuwah ialah mendahului kepentingan ikhwah lain" ISHAB


No comments:

Post a Comment