Saturday, August 27, 2011

Ringankan beban saudara mu

Di perjalanan, pemuda itu terbiasa menyapa dan mengajak bicara siapa saja yang berdiri di dekat-nya ataupun duduk di sebelahnya. Dia akan hanyut bersama mereka dalam perbincangan mengasyikkan. Tapi jika yang disapa merasa terganggu, dia akan kembali mengakrabi buku yang telah dia siapkan.

Hari itu, yang duduk di samping dalam penerbangan Jakarta-KL tampak tak biasa. Seorang ibu. Sudah cukup pucat dengan keriput wajah mulai menggayut.Kain tudung-nya kusut. Selipar jepun-nya sederhana. Dan dalam pandangan si pemuda, beliau tampak agak udik. Tenaga kerja-kah? setua ini?

Tetapi begitu pemuda menyapa, si ibu tersenyum padanya dan kelihatan raut wajah ala-ala Jawa chinese dan ramah. Sekilas, garis-garis ketuaan di wajahnya menjelma menjadi semburat cahaya kebijaksanaan. Si pemuda kagum.

"Ibu hendak ke mana?" tanya-nya sambil tersenyum ta'zhim.

"Kolumpo nak," senyum sang ibu bersahaja.

"Akan bekerja atau...?"

"Bukan nak. Anak Ibu yang nombor dua kerja kat sana. Ini nak jenguk tengok cucu la ni. Kebetulan menantu Ibu baru saja bersalin ana ke dua-nya dia."

Si pemuda sudah merasa tak sedap hati atas pertanyaannya tadi. Kini dia akan cuba lebih hati-hati.

"Oh, anak ibu dah lama kerja kat sana?"

"Alhamdulillah, boleh tahan lama. Sekarang katanya dah jadi Permanent Resident. Ibu sendiri tak paham apa maksudnya, he he... Yang Ibu tahu di sana jadi Arkitek. Ala, yang jadi pelukis gambar bangunan tu la."

Si pemuda terpegun. Arkitek? PR di Kuala Lumpur? Hebat.

" Oh ye, anak Ibu ada berapa?"

" Alhamdulillah ada empat nak. Yang kat Kolumpo ni yang nombor dua. Yang nombor tiga dah jadi doktor bedah di Jakarta. Yang nombor empat sedang ambik Master di Jerman. Dia dapat biasiswa."

"Masya Allah. Luar biasa. Alangkah bahagia jadi ibu dari anak-anak yang berjaya. Saya kagum sekali pada Ibu yang berhasil mendidik mereka." kata si pemuda.

Si ibu mengangguk-angguk dan berulangkali mengucapkan "Alhamdulillah." Matanya berkaca-kaca.

"Oh ye tak yea Bu... Macam mana pula dengan anak Ibu yang pertama?"

Si ibu menundukkan kepala. Sejenak tangannya memainkan tali pinggan keledar yang terpasang di pinggan-nya. Lalu dia tatap lekat-lekat si pemuda. " Dia tinggal di kampung Nak, dengan Ibu. Dia bertani, meneruskan menggarap secebis sawah peninggalan bapaknya." Si ibu terdiam. Beliau menghela nafas panjang, menegakkan kepala. Tapi kemudian menggeleng, menerawang ke arah jendela sambil mengukir senyuman yang entah apa ertinya. Si pemuda menyesal kerana bertanya. Betul-betul menyesal. Dia turut prihatin.

"Maaf Bu, kalau pertanyaan saya menyinggung perasaan Ibu. Ibu mungkin jadi sedih kerana tidak berupaya membanggakan anak sulong Ibu sebagaimana putra-putra Ibu yang lain."

"Oh tidak nak. Bukan begitu!" si Ibu cepat-cepat menatap tajam namun lembut pada si pemuda. "Ibu justru sangat bangga pada anak pertama Ibu itu. Sangat-sangat bangga. Sangat-sangat bangga!" Si Ibu menepuk bahu si pemuda dengan mata berbinar seolah dialah si anak sulong-nya.

"Ibu bangga sekali padanya, kerana dialah yang rela membanting tulang dan menguras tenaga untuk membiayai sekolah adik-adiknya. Bahkan dialah yang senantiasa memberi dorongan, nasihat dan mengirim surat penyemangat ketika mereka di rantau. Tanpa dia, adik-adiknya takkan mungkin jadi seperti sekarang ini!" sang Ibu terisak.

Sunyi. Tak ada kata.

Pemuda itu mengambil sapu tangan. Genangan di matanya tumpah....

(kisah ini di adaptasi dan diolah dari Novel penuh inspiratif, Dalam Dekapan Ukhuwah, karya seorang penulis muda yang brilliant Salim A. Fillah)

Ikhwah fillah rahimahullah ta'ala,

Adakalanya dalam hidup kita, terutama dalam da'wah kita, ada beberapa saudara kita yang sanggup berkorban, mengguras sepenuh tenaga, masa, dan perasaan, untuk kejayaan dan keberhasilan da'wah ini.  


Walaubagaimanapun, mereka mungkin belum beruntung dan tidak secemerlang dari segi akademik dan markah ujian berbanding ikhwah-ikhwah lain.

kita mungkin memanggil mereka "Fitnah dalam da'wah" atau "Contoh yang tidak baik kepada mad'u" dan sebagai-nya.

Tapi ketahuilah ikhwah fillah sekalian, mereka tidak lain hanyalah seperti kisah anak sulong ibu tadi, yang ingin mencampakkan kebahagiaan pada orang lain dengan berusaha sepenuh kudrat mereka memberi dorongan, nasihat dan mengirim "surat" penyemangat demi kejayaan da'wah dan kemajuan harakah di mana sahaja tempat mereka menjunjung tinggi da'wah ini.


Cuma, kadang-kala dalam hal study dan markah exam, mereka belum tiba waktu-nya lagi  ditakdirkan mendapat kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik yang di ceburi-nya, walaupun mereka juga telah berusaha sepenuh tenaga untuk berjaya dalam study mereka.

Mungkin perkara lebih baik yang dapat kita lakukan selain dari me-label dan berburuk sangka dengan mereka ialah, meringankan beban saudara-saudara kita ini, dengan membalas balik apa yang telah mereka berikan pada da'wah ini -memberi dorongan, nasihat dan mengirim "surat" penyemangat- kepadanya untuk terus cemerlang menggerakkan ijazah untuk kejayaan Risalah ini.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan -kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan di hari kiamat. 
Sesiapa yang memudahkan orang yang mengalami kepayahan dunia, nescaya Allah akan memudahkan baginya urusan dunia dan akhiratnya. 
Sesiapa yang menutup keaibannya seorang Muslim di dunia maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambaNya selama mana hambaNya berusaha menolong saudaranya. 
-Hadis riwayat Muslim (No hadis 6853)-

No comments:

Post a Comment