Tuesday, September 27, 2011

Independence- Sejarah Jihad Kelantan- Part 3

Sebut sahaja rakyat Kelantan, pasti ramai yang akan tersenyum. Tidak kurang juga, ada yang akan berubah wajah mengerutkan dahi memasam-kan muka. Ada juga bila disebut rakyat Kelantan, nescaya hati mereka akan berasa kagum. Kagum dan hormat. Itulah pelbagai respon rakyat Malaysia terhadap rakyat Kelantan.

Rakyat Kelantan sangat terkenal dengan pelbagai sifat. Pelbagai persepsi dan pandangan akan di lontarkan kepada mereka.

"Orang Kelantan ni unik," kata seorang kenalan dari Kedah.

"Bila yang baik, sangat-sangat baik."

"Bila yang gedeber (samseng), hehe tok sah cakap la.."

Saya merupakan anak jati kelantan. Dan ya, saya akui kenyatan mat kedah tadi. Dari pada sebaik-baik manusia seperti Tok Guru Nik Aziz, hinggalah sejahat-jahat manusia seperti Jaha, watak utama dalam movie Budak Kelantan. 

Itulah keunikan orang Kelantan.

Selain dari keunikan rakyat Kelantan itu sendiri, Kelantan juga unik dari semua segi. Ekonomi, politik, budaya, bahasa, makanan dan banyak lagi.

Dari dulu sampai sekarang, dari zaman Kesultanan Cik Siti Wan Kembang, hingga-lah kepada Zaman Kegemilangan team The Red Warrior, nama Kelantan sangat menonjol dari pelbagai aspek.

Dari segi politik, rakyat Kelantan adalah rakyat yang berani membuat perubahan dan mengekalkan perubahan. Sejak tahun 1990 sampai sekarang, Negeri Kelantan berjaya mengekalkan kepimpinan Ulama yang berjaya  mentadbir negeri dengan keadilan dan sejahtera walaupun rakyat kelantan sering ditindas dan dihina oleh parti lawan dan agen-agen mereka terutama media massa. Syabas untuk rakyat Kelantan kerana berani mengekalkan perubahan!

Negeri Kelantan juga terkenal sebagai negeri yang kaya dengan budaya dan adat-nya yang unik. Dikir barat, kecek Kelate, budu, keropok gotte, kain batik, wayang kulit. Merupakan warisan rakyat Kelantan Zaman berzaman.

Fhuuuu..!

Pendek kata, sangat banyak perkara yang boleh diperkatakan tentang orang Kelantan. Kalau saya nak ceritakan semua, alamat-nya cramp-la jari jemari saya untuk menaip-nya.

Cuma, dalam banyak-banyak juzuk dan aspek keunikan Kelantan, yang paling menarik perhatian saya ialah sejarah Kelantan itu sendiri. Dan, sempena bulan kemerdekaan (yang hampir berlalu ini) nama yang sering di-hebah-kan massa tak lain tak bukan ialah ialah Tok Janggut.

Alhamdulillah, sewaktu hari raya yang lepas, saya sempat menziarahi maqam Tok Janggut. Rumah almarhum nenek saya, di Pasir Pekan, Kelantan hanya beberapa meter dari pusara tokoh Jihad Kelantan ini.
So, Tidak menjadi isu besar (no big deal) untuk saya menziarahi maqam beliau. Sebab, sangat dekat.





Siapa-kah dia Tok Janggut? Apakah yang diperjuangkan nya? Kenapa bila tiba bulan kemerdekaan, kita selalu mengagungkan nama ini? Apakah hati kita benar-benar mengagungkan-nya atau hanya bibir-bibir media yang sibuk mewiridkan-nya untuk menghiasi  tema bulan Kemerdekaan?

Mungkin pelbagai pendapat akan dikemukakan oleh berbagai-bagai pihak. Pelbagai dakwaan akan di-claim oleh pelbagai kelompok. Apapun, kita mari kita dengar pendapat penulis sejarah yang neutral lagi tersohor, Abdul Latip Talib mengenai Tok Janggut.

Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan pada tahun 1850. Ayahnya Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram, kerana itu Tok Janggut dibesarkan dan dididik dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut ilmu di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.
Setahun sebelum itu atau pada tahun 1909 telah diadakan perjanjian Inggeris-Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatahlagi apabila Inggeris membuat perubahan yang ternyata bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam.
Sebelum kedatangan Inggeris negeri Kelantan diperintah oleh Sultan Mansur yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Beliau seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda mendampingi ulama yang terkenal pada masa itu antaranya Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, dan ramai lagi.
Sultan Mansur Syah atau Sultan Muhammad III telah menguatkuasakan undang-undang Islam. Antaranya perlaksanaan hukum hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan mengenakan hukuman terhadap perempuan yang tidak menutup aurat.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur atau Sultan Muhammad III, negeri Kelantan berada pada zaman kegemilangannya dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan beragama di kalangan rakyat negeri Kelantan.
Tetapi segalanya berubah apabila Inggeris menghantar penasihatnya ke Kelantan. British telah memperkenalkan undang-undang mereka sendiri terhadap rakyat Kelantan antaranya merubah sistem pemilikan tanah yang mana secara otomatik menolak undang-undang tanah tradisional Melayu yang berlandaskan kepada undang-undang Islam yang berdasarkan prinsip Ihya (usaha) dan Tha’jir (tanda).
Itulah punca penentangan Tok Janggut yang sebenar, bukan hanya disebabkan enggan membayar cukai yang dipaksakan Inggeris seperti yang diuwar-uwarkan British.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyah. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai yang melayannya akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan mempimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.
Pada 29 April 1915, Haji Mat Hassan atau Tok Janggut bermesyuarat dengan para pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib. Mereka mengatur strategi menentang Inggeris, mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka atau memerintah sendiri mengikut undang-undang Islam.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh, Abdul Latif yang berasal dari Singapura, kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Tok Janggut.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Tok Janggut menyerah diri. Kebetulan ketika itu, Tok Janggut sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.
Bagi mengelakkan berlaku pertempuran Tok Janggut bersetuju mengikut anggota polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Tetapi sikap lembut dan mengalah Tok Janggut disalahartikan oleh Sarjan Che Wan yang memberi layanan seperti penjenayah lalu berlaku perbalahan.
Dalam usaha mempertahankan dirinya Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya menyebabkan tercetusnya peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris. Tok janggut dan pengikutnya berjaya menawan Pasir Puteh lalu menubuhkan pentadbiran sendiri, beliau menjadi Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
Inggeris yang ketika itu merupakan salah sebuah kuasa besar dunia berasa tercabar lalu menghantar pasukan tentera ke Kelantan.
Akhirnya pada 24 mei 1915 berlaku pertempuran sengit di Kampong Dalam Pupuh yang berakhir dengan Tok Janggut gugur syahid bersama dengan sahabat-sahabatnya Tok Abas dan Tok Hussin.
Kemudian mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu, diarak dan digantung sonsang selama empat jam di padang bank atau Padang Merdeka sebelum dikebumikan di kampung pasir Pekan.
Apakah yang mendorong Tok Janggut yang ketika itu berumur 65 tahun menentang sebuah kuasa besar yang punya peralatan senjata yang lengkap, ada kapal perang, meriam dan senapang?
Munasabahkah seorang lelaki tua memberontak hanya disebabkan tidak mahu membayar cukai?.
Sesungguhnya Tok Janggut berjuang demi membela agama, bangsa dan tanah airnya...Dia seorang mujahid....
(Abdul Latip Talib 6 Mei 2010, di kutip dari http://abdullatip.blogspot.com)
 
Saya ulang lagi pertanyaan Abdul Latip Talib. Munasabahkan seorang lelaki tua memberontak hanya disebabkan tidak mahu membayar cukai?

Apa yang mendorong pak cik tua berumur 65 tahun menentang ruling power state of New World Order pada zaman itu, British, yang dah konpom mempunyai peralatan super-canggih (pada waktu zaman itu), lengkap, dengan ammo dan tentera-tentera perang yang siap menerima arahan dari General mereka?

Ada satu lagi fakta menarik, iaitu pada Laman Web Perpustakaan Negara. Disitu tercantum faktor pemberontakan Tok Janggut. Dan yang paling membuat saya "terkencing" ialah kenyataan ini

There were several factor that causes the rebellion. One of them is Jihadism- Tok Janggut was influenced by the message of Jihadism promulgated during the Ottoman Empire in the early 20th century, which advocated the fight against Western imperialism.
(sumber: Wikipedia, di linkan dengan Laman Web Sejarah Malaysia.)

Tak hairan lah, ada ramai orang yang mengatakan pernah terbaca dari mana-mana tulisan sejarah, yang mana sewaktu Tok Janggut mengumpulkan beribu-ribu syabab (pemuda) dari dalam dan luar Kelantan, lantas tentera Tok Janggut mengibarkan bendera ini.

Tahukah kita apa bendera ini? Inilah bendera Kerajaan Turkey Uthmaniah!

Apakah membuatkan Tok Janggut mengibarkan bendera ini, kalau tidak kerana mempunyai kesinambungan hati, jasad, dan fikrah dengan Khilafah Islam Terakhir di akhir zaman ini? Padahal, kita tahu melalui sejarah, Tok Janggut menyambung pelajaran di Mekah, bukan Istanbul.

Tapi, ini menunjukkan perjuangan mereka adalah sama. Mereka, yakni Mat Kilau, Dato' Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Toet Nyat Dien, Umar Mukhtar, Izzudin al-Qasam, Sir Muhammad Iqbal, dan Syamil Basayev memperjuangkan benda yang sama.

hingga,

setelah wafatnya Tok Janggut dan semua hero-hero kita,
setelah "kepala" Ummat Islam, Khilafah di penggal hidup-hidup oleh konspirasi terjahat dan terhebat sepanjang sejarah manusia,
setelah "Singa Yang Gagah dan Jantan" (Khilafah Islam) di tidurkan pada 1924 dengan general anesthesia, Propofol hingga hanyut di buai mimpi indah nan kosong.
setelah semua harapan kelihatan musnah, dan Islam yang akan mengalami masa sukar dan akan di mamah kuasa-kuasa Tirani dunia,
ketika itu,
muncullah seorang guru sekolah rendah yang tekad membangkit-kan singa yang sedang tidur dalam keputus asaan. Muncullah seorang pemuda 18 tahun, yang meledakkan kembali massa untuk menyambungkan kembali kepala Ummat Islam yang telah dipenggal hidup-hidup tadi.
Muncullah,Imam Syahid Hassan al-Banna (ISHAB).
ISHAB cuba membangkitkan kembali semangat itu. Semangat yang hilang, bak kata Mail XPDC.  semangat Jihad dan semangat untuk membangkitkan pemuda-pemuda untuk menghalau musuh Allah, berdasarkan fikrah yang sama.

Akhirnya, kita semua tahu, nasib yang menimpa Hassan al-Banna. Kita semua  tahu macam mana akhir sejarah mereka. Kita tahu, ending bagi hero-hero kita adalah sama. Tok Janggut, ISHAB, Syed Qutb, Syamil Basayev.

 beginilah ending hero kita. Bagaimana pula dengan ending kita?

Semua mendapat nasib yang sama di dunia ini. Di mata kuasa Tyranny mereka mati, Tapi di mata para syabab (pemuda), mereka bukan mati, tapi di-mulia-kan. Dan di mata para malaikat, nama mereka di-sambut meriah.

Walaupun, kita semua tahu, IMSAB dilahirkan pada generasi yang amat berbeza ( TJ pada 1853-1915, manakala IMSAB 1906-1946)

Walaupun pada mata dan pemikiran kasar kita, Tok Janggut dan IMSAB tidak pernah bertemu dan berpisah kerana Allah.

Walaupun kita lihat, dalam lipatan sejarah kita, mereka tidak pernah hidup sezaman, dan tidak pernah duduk se-liqo untuk sama-sama menyusun planat qadhaya dan dan merancang strategi Jihad dalam satu barisan,

tapi

kita yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa mereka berdua tidak mati, tapi masih hidup.Ya, masih hidup.
 Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Rabb-Nya dengan mendapat rizki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kaeunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang masih belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Ali Imran: 169-170)
dan pada masa ini, ketika ini, di saat kita sedang membaca blog ini, mereka berdua sedang menikmati hidangan lazat dan nikmat di kubur bersama para syuhada yang lain . Kita sangat yakin bahawa telah lama dipertemukan dalam Reunion Para Syuhada di alam Barzakh.

Bukankah Nabi pernah bersabda " Kubur itu adalah taman dari taman-taman syurga atau lubang dari lubang-lubang neraka."

Dan kita sangat yakin bahawa mereka sedang menanti-nanti dengan bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tertinggal di belakang yang masih belum menyusul mereka.
Mereka masih menanti-nanti siapakan syuhada seterusnya yang akan join Reunion Para Syuhada bersama mereka.
“Bagi orang yang mati syahid' mendapatkan enam perkara dari Allah. Yaitu dia diampuni sejak pertama darah menetes, melihat tempat kembalinya di surga, selamat dari adzab kubur, aman dari goncangan yang dasyat (hari kiamat), diletakkan di atas kepalanya mahkota dari mutiara yang lebih baik dari dunia dan seisinya, dinikahkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70 keluarganya.”
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Oleh itu, berdoa-lah, ber-impian-lah dan berusahalah, supaya Kita, ikhwah wa akhawat fillah sekalian, termasuk dalam orang-orang di nanti oleh para syuhada. Berdoalah supaya kita termasuk orang yang kan  mengikuti Reunion Para Syuhada yang di-Pengerusikan oleh Saidina Hamzah bin Abd Mutalib, chief of Syuhada'.
  
Dan paling utama, berdoa-lah, ber-impian-lah dan berusaha-lah untuk kita sama-sama berjaya join Reunion Akbar di dalam Jannatul Firdaus, yang merupakan first class of Jannah. Berdoa-lah untuk mendapat kan mahkota dari mutiara yang lebih baik dari dunia dan seisinya.
Berimpian-lah wahai para ikhwah akhawat sekalian!
Allahumma Amin! Allahumma Amin! Allahumma Amin!

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, Sesungguhnya di dalam surga terdapat seratus tingkatan yang di sediakan oleh Allah bagi para Mujahidin di jalan-Nya. Jarak antara satu tingkatan dengan tngkatan yang lainnya adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah surga firdaus. Karena surga firdaus adalah surga yang palig baik dan paling tinggi. Di atasnya terdapat Arsy Ar Rahman dari situ pula sungai-sungai surga mengalir .” 
(HR. Bukhari, At Tirmidzi dan Ahmad).

1 comment:

  1. hebat ! , teruskan menyampaikan kebenaran dalam konteks sejarah malaysia

    ReplyDelete