Thursday, September 1, 2011

Independence - Part 1

"Hamdi, antum pernah ke Sepang International Circuit, nonton balapan F1 di sana?" tanya seorang ikhwah asal Indonesia memulakan obrolan.

"Belum pernah sih, Gus" jawab saya pendek.

"Kok negara ente bisa kayak gitu ya?" tanya Agus lagi, yang merupakan orang Jakarta yang berdarah Betawi.

Saya yang kebingungan tidak paham apa maksud soalan nya tadi bertanya, "Maksud antum..?"

"Yah, kok negara-mu bisa bagus kayak gitu? ada circuit F1, ada KLCC, ada KLIA. Ente malah bisa dapat biasiswa dari pemerintah." kata Agus yang bertanya dalam kekaguman.

Saya hanya diam dan tidak memberi kan respon. "No comment." Jawab hati ini. Pertanyaan seperti ini sudah sering dan boleh dikatakan boring untuk kita mendengarnya.

Di waktu ketika yang lain, kawan saya yang lain pernah berkata dengan nada yang sama,

"Hamdi, gua sih" kata Hendy teman Indonesian berdarah Chinese, "pingin banget jadi rakyat Malaysia. Aman dan maju. Malaysia bisa maju itu gara-gara Penjajah nya Inggris. Kita (maksud dia, Indonesia) ini jadi kayak gini gara-gara Belanda. Belanda itu goblok bangat. Gak bisa memerintah." celoteh Hendy sambil-sambil   matanya terfokus pada tv dan jemarinya rancak menekan button control PS-nya. Dia sedang main video game.


lalu si Hendy yang saya lihat sedang semakin fokus dan rakus 'berjuang' dalam game PES  itu mengeluarkan satu kata-kata yang agak memeranjatkan saya,

"Gua, sih Hamdi, pingin bangat di jajah oleh Inggris! Biar gua bisa beruntung kayak orang Malaysia"

Saya hanya terpegun dan diam. Tidak-ku sangka ada yang berfikiran aneh macam dia. Selama telinga saya dapat mendengar kata-kata dan selama brainstem dan lobus temporal otak saya berupaya meng-interpretasi segala macam perbualan, tidak pernah saya mendengar kata-kata seperti ini. Tak pernah. Bahkan selama hidup di Malaysia, tidak pernah saya mendengar orang Malaysia mengeluarkan kata "Alhamdulillah, negara kita maju kerana kita di jajah British" atau senada dengannya. Walaupun British lebih baik dalam hal mentadbir berbanding Belanda, majoriti rakyat Malaysia tetap mengganggap mereka sama.

Semua rakyat Malaysia, tidak kira yang ber-fikrah dengan Fikrah Islam, Patriotic, mahupun Semangat ke-Melayu-an sekalipun, tahu dan sudah bear in mind, bahawa Penjajah adalah agent utama kepada Konspirasi Kaffir Harbi untuk merampas tanah dan negara Ummah Islam. Orang yang tidak join usrah pun tahu,  mereka, yakni Penjajah adalah jahat. Orang jahat wajib kita perangi.

Bahkan alhamdulillah, apabila datang bulan kemerdekaan, masyarakat kita nampaknya sudah sedikit lebih tahu akan erti kemerdekaan sebenar berbanding sebelumnya. Ramai orang kini, bila ditanya tentang kemerdekaan dalam perbualan biasa, atau ditemuramah dalam TV, mereka akan berkata, "Walaupun kita dah merdeka, pemikiran kita masih belum merdeka" dan banyak lagi komen yang serupa dan senada.



Saya mengatakan demikian kerana, seorang Pak cik pernah berkata dalam suatu sesi talk beliau,  kalau kita lihat pada zaman-zaman 60an yakni tahun-tahun awal kemerdekaan negara kita, boleh dikatakan tidak ada yang akan berkata "Mari kita hayati erti kemerdekaan sebenar" dan statement yang sama dengan ini. Yang ada hanyalah nada yang menerima dengan total kemerdekaan ini. Yang ada hanyalah euphoria dan keyakinan yang mendalam bahawa kita benar-benar merdeka, se"merdeka-deka"nya . Cubalah tanya atuk nenek kita yang sudah hidup waktu awal-awal kemerdekaan dulu untuk mendapatkan kepastian. Atau cuba-lah bertanya kepada ibu bapa kita yang pernah muda pada 70-80an dulu. Adakah masyarakat waktu itu sudah sedar bahawa kita masih lagi terjajah pemikiran kita? Saya yakin waktu itu mereka belum sedar. Alhamdulillah. Ini bererti da'wah telah sampai kepada mereka.

Oleh itu kita sebagai generasi pelapis negara pada masa akan datang,  yang sudah berpegang kepada suatu fikrah suci bersifat merubah "taghyir" ini, hendaklah sentiasa yakin dan optimist tentang kejayaan Islam pada masa akan datang. Walaupun kita melihat masyarakat kita masih lagi sakit tenat, dan mangsa keadaan masih lagi melimpah ruah bahkan terus bertambah dari detik ke detik, tapi janganlah iya melemahkan dan menyebakan kita memperlahankan langkah kita di jalan da'wah ini. Melaju-lah bersama caravan da'wah ditempat kita berada, kerana kejayaan Islam ini di tangan Allah, dan ianya sudah hampir.

 Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (2:214)

Lihat sahaja Mesir, lihat sahaja Libya. Lihat-lah perkembangan di Timur Tengah sekarang. Siapa sangka diktator-diktator  dan kepala-pengat (penyangak dalam istilah Kelantan) itu boleh ditumbangkan sekelip mata saja? Siapa sangka rakyat Mesir, Tunisia dan Libya berani kompak (united dalam bahasa Indonesia) dan bangkit menumbangkan rejim kuku besi itu?

Walaubagaimanapun, kerja kita masih banyak. Jalan kita masih jauh. Perjalanan meraih New World Order (a.k.a Ustaziatul Alam) semakin hari semakin sukar dan sukar dan sukar. Anak muda semakin lama semakin jauh dari Dien ini. Mereka selesa dan tenang bergelumang dengan Idola Sesat mereka. Justin Bieber, Lady Gaga, Wonder Girl, mereka-lah dajjal-dajjal kecil itu. MTV, Cartoon Network, NBC, mereka lah penyeru-penyeru ke neraka Allah! Mereka muncul di tv sekarang semata-mata untuk mengiringi saat itu. Saat kemunculan The Real Dajjal!
Meanwhile, Ya'juj dan Ma'juj pula sudah berupaya lolos dari tembok Zulkarnain gelombang demi gelombang. Yamuju fi ba'd. Kata Dzulkarnain yang dirakam oleh Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 99. Saat itu sangat hampir, sangat hampir.


Maka, kita hendaklah sentiasa benar-benar menghayati perjalanan sejarah ini. Setiap Heart beat kita hendaklah sentiasa di-pump oleh darah para pejuang kebebasan ini yang telah berjuang menghalau "Kapir-kapir penjajah" (intonasi filem Tjoet Nyat Dien) dari tanah ummah ini.  Mat Kilau, Dato' Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Toet Nyat Dien, Umar Mukhtar, Izzudin al-Qasam, Sir Muhammad Iqbal, dan Syamil Basayev.  Mereka ini telah melancarkan Jihad terhadap penjajah. Mereka telah berusaha membeli kemerdekaan mereka dengan 3 matair yang suci, yaitu Keringat, Air Mata dan  Darah mereka. Darah mereka adalah maqam matair tertinggi yang mereka sumbangkan untuk Ummat ini. Mereka ini semua-lah pejuang kemerdekaan negara kita. Tidak kira di negara mana berada, bahasa apa yang dituturkan mereka dan dari bangsa apa genetic mereka, mereka adalah pejuang kemerdekaan negara kita! Ya Kita, yakni Muslim.

(untuk menghayati tulisan ini dengan sebenar-benar penghayatan, silakan klik link dibawah)

Bukankah Imam Syahid Hassan al-Banna menyatakan dalam Usul 1 daripada 20 Usul Memahami Islam;
"Islam adalah negara dan tanah air atau pemerintah dan umat."

Ini bererti, Muslims, dimana saja mereka berada, adalah berada dalam negara dan tanah air mereka.

(to be continue in part-2)


No comments:

Post a Comment