Monday, August 15, 2011

Tanyalah diri mu, apakah kau layak?

Wahai Kawan,

Da'wah ini tidak akan berkembang dengan hanya mempertaruhkan status Facebook-mu yang bernada Da'wah.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan banyaknya jumlah page dan status yang kita like, post, dan share.
Da'wah ini tidak akan berkembang jika kita hanya duduk-duduk static, menanti-nanti arahan dari naqib kita.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan hanya saling ber "ana-anta" antara ikhwah dan budak usrah.
Da'wah ini tidak akan berkembang dengan wujudnya kita yang hanya banyak tahu tapi tidak mahu mencari mad'u !
Tidak cukup wahai kawan.


tapi, ketahuilah,
sesungghnya Da'wah ini, hanya akan berkembang dengan hanya 1 Solusi. 1 cara.1 jalan.

iaitu jalan PENGORBANAN

ya. berkorban. 
berkorban tenaga, duit, perasaan, dan masa.

Berkorban  tenaga dengan lebih banyak berada dalam kepenatan berda'wah berbanding rehat, 
Berkorban masa tidur gara-gara hadir perbincangan qadhaya dan planat larut malam, 
Berkorban tenaga gara-gara usrah pada malam mid-term exam, dan daurah Besar di minggu final exam

Berkorban duit dengan infaq bulanan 10% (minimum) dari elaun JPA/MARA. 
Berkorban duit dengan belanja makan adik usrah dan mad'u-mad'u yang lama dan baru kita grab
berkorban duit dengan sanggup memakai hand-phone 'cap ayam' semata-mata kumpul duit beli Alat Bantu Da'wah (LCD, kereta, mahu pun Rumah Kontrakan Markas Ikhwah a.k.a Rumah Islam /RI)

Berkorban masa tidur, lepak termenung dalam bilik (kosan) bahkan kadang-kadang berkorban masa studi kita.

Lebih-lebih lagi berkorban masa kita pada perkara yang HARAM DISISI SEORANG DA'I seperti bermain dota, PES, atau Left 4 Dead
Terutama sekali berkorban masa kepada perkara yang jelas dan sudah kita ketahui haram-nya, tapi kerana kedegilan dan gelapnya hati, seperti men-tadaburi dan ber-mabuk-mabuk-an dengan sms dari "kawan perempuan" yang kita ada skandal rahsia dengan nya! nauzubillah.

Berkorban masa daripada menatap dengan spastik laman Fesbuk, menagih simpati daripada notification dan most recent news.

Berkorban emosi dengan lebih banyak menyayangi saudara se-usrah mu berbanding member se-Rumah, se-Futsal dan se-Black berry yang bukan se-fikrah.
Berkorban  rasa nak marah, geram, dan menyampah kepada seorang sahabat, kerana Allah, kerana Da'wah,
Berkorban menjaga lidah dan mimik wajah daripada bermasam muka dan menengking mutarabbi dan usrah-mate yang berbuat ona dan immatured mengalahkan rabtul am.

Pedih, memang pedih. 
Kadang salah mereka kita yang di tuding, amal kita mereka yang di hargai.
Kadang banyak yang dipendam berbanding yang diceritakan, demi sebuah kematangan dan nilai sebuah ukhuwah.

Senyum, itulah solusi. 
Tanda diri berkorban emosi.




Wahai kawan, adakah kita dikira sudah berkorban? Adakah kita sudah melakukan 4 pengorbanan ini? Tenaga, masa, duit, dan emosi kita, kemanakah kita menyalurkan-nya? Adakah di jalan pengorbanan, atau di jalan kepura-puraan? 

Tanyalah hati mu, apakah kalian yakin kalian sudah menapak dengan kokoh dan benar di jalan Da'wah ini, atau hanya bermain-main dalam kemunafikan pseudo-Da'wah.
Tanyalah diri kita, wahai kawan, apakah kita telah berkorban demi perkembangan da'wah di tempat kita berada sekarang? 
Tanyalah diri kita, kemanakah kita, ketika saudara se-usrah, se-fikrah, se-doa rabitah, dan se-jamaah tidak cukup tangan dan sangat memerlukan pembantu untuk mengelola daurah?
Tanyalah diri kita, kemanakah kita menghilang, sewaktu murobbi kita menunggu-nunggu kehadiran kita di program atau konvensyen terpenting Da'wah kita?
Tanyalah diri kita, sebelum Mungkar dan Nangkir yang bertanya!
Tanyalah diri mu, apakah kau layak untuk bergelar seorang penda'wah?
Tanyalah diri mu, apakah kau layak.

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: 
“Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia di-Tanya terhadap 4 perkara. 
Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya
Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? 
Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan? 
Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?” Hadis riwayat at-Tirmidzi (hadis Hasan Shahih)

2 comments: