Wednesday, April 4, 2012

A Little Boy With A Big Stone


Suatu hari, seorang anak berumur 5 tahun mendekati Ibunya yang sedang sibuk memasak makanan tengah hari di dapur.  Dengan berniat untuk mengambil perhatian ibunya, tanpa berkata-kata anak itu menarik apron yang melekat di badan ibunya. Menyadari kelakuan anaknya itu, tanpa menoleh, ibunya bertanya

"Ya, ada apa?"

"Hari ini saya dah tak dapat nak main lagi kat luar!" komplen anak lelaki nya itu.

"Laa, kenapa pula?" kata Ibu yang sempat melayan anaknya walaupun matanya masih terfokus pada kari kepala ikan tuna yang sedang "melompat-lompat" di dapur.

"Ada batu besar sedang berada di laman rumah kita. ianya mengganggu tempat saya bermain."

Mendengar keluhan anak nya itu, Ibu tadi mengalihkan wajah, dan tubuhnya kearah anaknya. Tiba-tiba saja, fokus Ibu tadi beralih. Beralih dari Kari Kepala Ikan Tuna masakan kegemaran suaminya, kepada melayan kerenah anak bongsunya pula. Dengan sifat keibuan yang ada padanya, beliau berusaha menunduk untuk menyamai ketinggian anaknya. Dengan memegang mesra bahu anaknya, beliau bermadah,

"Anakku, Sebesar apa pun batu itu, dan seteruk mana pun ia menghalang tempat main-mu, kamu pasti akan dapat menyingkirkannya, asalkan,  kamu menggunakan seluruh kekuatan yang kamu miliki untuk mengangkat, dan mengalihkan batu itu daripada menggangu apa yang akan kamu lakukan."

Setelah mendengar bait-bait saranan penuh makna dari Ibunya, budak itu serta merta mendapat idea. Dia menerima saranan itu dan berazam untuk menggunakan seluruh kekuatan yang dimilikinya untuk mengangkat batu itu.

Setelah 10 menit berlalu, budak tadi kembali mendatangi ibunya. Tapi kali ini gelagat anak itu lebih advance dari sebelum ini. Dengan termengah-mengah dan dadanya naik turun,  muka nya masam dan mulutnya muncung, dia pergi menghadap ibunya yang sedang terpacak di depan sinki. Tanpa mengeluarkan suara dia menarik lagi apron ibunya.

"Laa, kenapa pula ni??" tanya ibu-nya dengan ramah tapi dalam kehairanan.

"Saya dah cuba angkat batu itu dengan sangat kuat, sekuat tenaga yang saya miliki, tapi tak berjaya juga, walaupun untuk mengerakannya. Aduuh. Susahlah macam ni!"

Gelagat anak tadi menyebabkan Ibu yang sedang mencuci pinggan di sinki terhenti seketika. Beliau sempat memandang wajah anak nya sambil mengangkat kedua kening sedikit melebihi kacamata retro-nya. Setelah mengambil sela nafas pendek, tidak semena-mena Ibu itu mengukir senyuman.

Setelah itu, beliau membilas ala kadar tangan nya, lalu menutup paip sinki. Langsung, setelah itu, beliau lap tangannya ke apron. Kemudian, beliau mendekati anaknya yang sedang duduk di atas kerusi meja makan dalam gaya "protes".

Ibu itu hanya tersenyum sambil memperhatikan mesra gelagat anaknya; mulut diam membisu sambil memeluk tubuhnya sendiri, memuncungkan mulut,dan  memasamkan muka. Dalam body language ini tandanya seseorang sedang defensive dan tidak mahu diganggu.


Ibu tadi menarik kerusi makan, lalu duduk di samping anaknya.

Tiba-tiba Ibu tadi berkata;

"Anakku, kadang-kadang, menggunakan seluruh kekuatan yang kita miliki bukanlah bermaksud hanya dengan menggunakan kekuatan yang ada pada diri kita sahaja. Tapi, ianya bermaksud meminta bantuan kekuatan dari orang lain yang berada bersama kita untuk sama-sama mengangkatnya."

"Jom, ibu bantu kamu" kata ibu tadi spontan kepada anaknya.

Lalu ibu tadi pergi bersama anaknya ke laman belakang rumahnya, lalu mengangkat batu besar itu bersama-sama. Dan hasilnya, mereka bersama-sama berjaya mengangkatnya dan mengalihkan batu besar yang menghalangi laman belakang rumah mereka.

Akhirnya, anak lelaki 5 tahun tadi dapat bermain di laman permainannya dengan gembira sekali.

The End


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


What are morals of the story?

Lesson #1
Saudara-saudara ku, ketahuilah, bahawa akhir kepada setiap kesulitan dalam hidup berupa - masalah, dugaan, ujian, cabaran, "cuak", dan "aduh!" adalah kemudahan berupa- kesenangan, nikmat, kesenangan, "legaabangat!", dan "best-nya. alhamdulillah".

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (al-Insyirah 94:5-6 .

Lesson #2
Saudara-saudaraku, 

Baginda Rasul SAW pernah bersabda; 
 
فَإِنَّ الْبَرَكَةَ مَعَ الْجَمَاعَة 
"Maka sesungguhnya keberkatan itu bersama jamaah (kebersamaan) “ (HR.Ibnu Majah)  

Keberkatan berarti bertambahnya kebaikan. Maka dengan berjamaah (kebersamaan) akan melahirkan, bahkan melipatgandakan kebaikan. Pekerjaan yang dilakukan oleh 2 orang (atau lebih) yang dilakukan secara bersama-sama lebih keberkatannya berbanding pekerjaan yang sama yang dilakukan oleh 1 orang. Contoh di depan mata adalah solat berjamaah di masjid 27 kali ganda lebih baik berbanding solat sendirian di rumah. Kalau dengan solat pun Allah penting kan amal jama'e (amal bersama-sama) apatah lagi dengan amal yang besar seperti  Dakwah, Pemerintahan dan membangun Kekuatan Ketenteraan! 

Walaupun seorang yang maksum, dan mempunyai akhlak yang agung (68:4) ketahuilah, sesungguhnya bukanlah Baginda Rasul SAW itu seorang "lone ranger" dakwah yang bergerak sendiri-sendiri berceramah, mengajar Quran dan Sunnah, me-DF (Dakwah Fardiyah) mad'u, melakukan "tajmik", dan membawa binaan "usrah". Sama sekali bukan. Tapi Nabi SAW, dengan sifat-nya yang sempurna, tetap membentuk team dan core group yang dipanggil Qaedah Sulbah (Asas Kukuh). Apa dalil-nya? Ingatlah, ahli Badar adalah 3% daripada total penduduk Makkah yang berjaya mengalah Quraisy Mekah.

Kitab Amal Jama'e karya Mustafa Masyur adalah basic kepada poin no-2 ini. Mintalah kepada Murobbi/ah anda untuk membahaskannya dalam usrah/bulatan gembira anda, itupun jikalau belum pernah dibahaskan lagi.

Lesson # 3
Saudara-saudaraku,
Sehebat mana pun anda, sepandai mana pun anda, se-alim mana pun anda, se-muntij mana amal anda, se-benar mana pun pendapat anda, tidak ada erti disisi Allah jika tanpa dibincangkan (baca: disyurokan) bersama dengan orang lain terutama colleagues dan superior anda. Termasuk kategori Colleagues ialah adik-beradik, classmate, housemate, roomate, Usrah-mate dan Syuro-mate (ahli syuro).

Superior
disini pula sebagai contoh Ibu Ayah, Lecturer, Boss, Manager , Mas'ul,  atau Murobbi anda. Syuro-kanlah bersama mereka yang terbabit, bergantung kepada perkara yang harus di syurokan.

Bahkan Imam As-Syafi'e pernah berkata
"Keputusan yang salah dari sebuah musyawarah jauh lebih baik daripada pendapat peribadi, betapapun benarnya pendapat peribadi itu."
Perang Uhud sebagai Asbabun Nuzul (3:159) dan klimaks-nya amalan Syuro. Bahkan sebelumnya, sejak awal lagi, seawal pagi hari pasca peristiwa 'kejutan' di Gua Hira' lagi, bersama Khadijah sang istri tercinta, Baginda Rasul SAW telah pun memulakannya. Hasil "syuro pertama" Rasul SAW dengan istri adalah, antaranya consult (atau, Syuro!) dengan Buhaira, Ahli Kitab yang berada di Mekah.

Kemudian ianya menjadi Sunnah Rasulullah SAW sepanjang seerah beliau, lalu diikuti oleh para sahabat Muhajirin mahupun Ansar, lala diteruskan oleh Khulafa' Rasyidin setelah Baginda wafat. Kemudian Tabi'in dan Tabi' Tabi'in. Maka, setelah 14 ratus tahun, akhirnya sampailah Sunnah Syuro ini di hadapan kita, (anda dan saya) untuk kita sama-sama amalkan dalam setiap amal dakwah kita.

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.(QS. 3:159)

Lesson # 4
Saudara-saudaraku,
mintalah bantuan daripada sesiapa sahaja terutama yang "lebih baik" dari kita. "Lebih Baik" disini meliputi semua segi contohnya lebih berpengalaman, lebih "syeikh", lebih "ruhi" , atau pun lebih pandai bergantung kepada bentuk bantuan yang diinginkan.

Umpamanya, para Guru, Dosen (Lecturer), Dokter Konsulen (Attending) dan Resident yang lebih baik dalam dunia akademik kita. Berkaitan masalah keluarga pula, kita ada Ibu bapa kita. Alim Ulama', Ustaz, dan para ilmuan, sudah pasti mereka lebih baik sebagai sumber ilmu dan rujukan. Dan paling utama sekali jangan pernah lupa para Murobbi kita yang sebenarnya sudah pun meliputi semua peranan yang disebut diatas. -Murobbi adalah Syeikh, Ustaz, Bapa, dan Pemimpin-

Dan begitulah vice versa. Kita yang berasa lebih syeikh, lebih alim, dan lebih berupaya janganlah lokek dan kedekut untuk menginfakkan ilmu, tenaga, masa, dan emosi apatah lagi kepada mereka-mereka yang meminta. Apatah lagi, tuntutan supaya "tidak lokek dan jangan kedekut" ini bertambah double kepada orang yang telah menjadi amanah kita untuk menjaganya. Belum cukupkah surah Abasa sebagai pelajaran berharga? Bukan hanya buat kita, tapi ianya menjadi lesson berharga kepada Nabi SAW. Apatah lagi, kita ini yang Nabi pun bukan, keturunan Nabi pun bukan, bukan anak saudara Nabi, bukan sahabah, dan bukan siapa-siapa, tapi mereka yang mendapat siaran tertunda 1400 tahun lebih lambat berbanding generasi salafusoleh pada 300 tahun pertama kenabian.  
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
"Saling tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan kalian saling bahu membahu dalam dosa dan permusuhan“(5 :2)

Lesson # 5
Yang paling utama dan paling penting, wahai saudara-saudaraku, jangan pernah lupa walau sesaat, bahawa kekuatan dan bantuan paling utama dan terbaik adalah milik Kuasa dari Atas, yaitu Allah SWT. Ucapkanlah dengan lisan, lalu rasakanlah dalam hati kalimat dibawah ini, di saat anda memerlukan bantuan.

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah

Sekian.

No comments:

Post a Comment