Friday, April 27, 2012

Half time hapdet; Jahiliyah-1 Islam-0

Sangat-sangat di akui, dari segi Quantity (jumlah) mahupun Quality (ke"Osem"an) kita, pekerja kebenaran Islam, dan al-Haq jauh lebih rendah berbanding pekerja kearah kesesatan, jahiliyah, dan kebatilan yang ada dalam dunia sekarang. Padahal, KITA, yang kononnya sedang berada di pihak yang benar, sentiasa dijanjikan Allah akan mencapai kemenangan dan kejayaan. Kenapa sampai jadi sedemikian? Berikut adalah analisis yang tak seberapa dari saya.

1. Dari segi Quantity (Jumlah)
Bandingkan, dari 6000 students Malaysia yang berdaftar dari Sabang ke Marauke, hanya beberapa kerat saja yang merupakan penggerak dakwah yang wujud di sini.
Bayangkan, dari 27 juta rakyat Malaysia, berapakah daripada nya adalah para da'e yang berdakwah kepada Islam?

Mari kita cuba hitung dengan menganggar saja. Let say, kita campur semua tenaga manusia dalam semua jamaah/ Kumpulan/ NGO/Badan Islam yang berada di tanah air kita, Malaysia.

Misalkan kita campur tenaga kerja (sumber daya manusia) PAS + ABIM + IKRAM+ ISMA+ HALUAN+ Jamaah Tabligh+ Hizbut Tahrir + Ulama' Muda UMNO + team Dr MAZA + JAKIM + YADIM+ IKIM etc.



Hasilnya, saya yakin, tidak akan mencapai 5 juta. Saya yakin! Tak sampai 5 juta tenaga kerja Islam di Malaysia. Ini adalah suatu jumlah yang sangat rendah dan tidak mencukupi dan tidak sebanding, jika dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan tahap pemikiran, yang berjumlah 27 juta. 5 kali ganda, itupun kalau bilangan tenaga kerja KITA cukup 5 juta.

Walhal, kalau kita tengok gerak kerja para penyeru Jahiliyah, melalui TV, internet, ASTRO, dan macam-macam lagi, mereka bekerja siang dan malam tanpa penat lelah untuk menawan rakyat Malaysia dan dunia secara umumnya. Mereka commited bekerja dengan dengan berpandukan kepada 5S: Formula Menawan Dunia mereka.

Sex, Smoke, Screen, Sport, Song


Kalau tak berjaya men-'tajmik' atau merekrut anak-anak muda, mahupun ibu-bapak mereka, at least mereka akan memasukkan fikrah kedalam kepale hotak orang-orang Malaysia dengan 5 S ini.
Paling kurang pun, kalau tak dapat rekrut pun, dapat jadi menyokong fikrah mereka pun jadi. Maka sebab itulah kita perhatikan di TV mahupun internet, rancangan hiburannya (song), tak pernah berhenti daripada "bekerja". Lepas AF, ada Malaysian Idol. Bosan tengok Malaysian Idol, masih ada Mentor. Habis Mentor, One in A Million pulak. Menyampah tengok orang menyanyi, boleh tengok Raja Lawak pulak. Adeih...

Dari segi sukan (sport) pula, kurang lebih sama dengan hiburan. Lepas EPL, disambung dengan La Liga. Habis La Liga, ada Champions League. Paling kurang pun, dapat tengok Liga Malaysia atau pun Djarum Super Indonesia League pun jadi. Haa tahun 2012 ni ada Euro pulak lagi!
*Tak salah kalau nak tengok bola. tapi jangan keterlaluan. Janganlah melampau. Bola-bola juga, solat pun kena jaga. Bola, bola juga , Quran hangpa letak mana? Tyme bola kita semangat bangun. Ngantuk pun tak kira. Tapi apasal kalau bangun qiamullail, hati ni rasa berat semacam je? Padahal dalam mutabaah amal, kita kena Qiam, minimum 1 kali seminggu.

Belum lagi kita sebut dari segi sex, smoke, dan screen, yang mana lebih hebat dan rancak lagi kerja mereka! Kadang-kadang malu nak cerita pun ada, sebab sudah terkena pada kebanyakkan ummat Islam. Moga-moga tidak pada Kita para, para da'e. Nauzubillah!

Mereka bekerja dengan giatnya wahai saudara-saudaraku sekalian! Kadang-kadang kita sendiri konpius, siapa yang memegang dan mengamalkan konsep al-amal mutawasila (kerja berterusan)*? Adakah KITA (da'e Islam) atau MEREKA ("da'e" Jahiliyah). HuHu.

*salah satu dari 3 marhalah dakwah -al-iman ul amiq (iman mendalam), taqwinul daqiq (pembentukan mantap), al-amal mutwasila (amal berterusan).

2. Dari segi Quality (Mutu/ keOSEMan)
Syeikh Yusuf Qardhawi, Ulama' Tersohor lagi bergaya di abad ini, ada menulis sebuah buku yang bertajuk, Tarbiyah Islamiyah di Madrasah Hassan al-Banna. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman nya sendiri yang mendapat sentuhan langsung dari As-syahid Imam Hassan al Banna dan ditarbiyah oleh Ikhwan Muslimin. Beliau menggambarkan bahawa Tarbiyah Islamiyah yang ditekankan oleh murobbinya, Hassan al Banna melalui Ikhwanul Muslimin mempunyai beberapa ciri. Yang pertama disebut adalah penekanan pada aspek Rabbaniyah (Ketuhanan).

Bahkan, point no-1 dan terpenting bagi Khasais Dakwah Kita (Ciri-ciri dakwah) kita adalah benda sama yang disebut Qardhawi, yaitu Rabbaniyah. Barulah diikuti dengan point no2 Syamil, Kamil, Tawazun, point 3 Tadarruj (berperingkat), no4- Tajmik wa tanzhim dst.
Kualiti da'e diukur dari segi ke-rabbani-an nya. Dalam bahasa mudah, sejauh mana dekatnya da'e pada Rabb, Tuhannya. Ini diukur dengan mutabaah amal yaumiyah (hariannya).

Berapa kali qiam seminggu? 
Berapa kali subuh berjamaah di masjid? 
Berapa juzuk al-Quran kita tilawah minggu ini?
Berapa hari puasa sunat dalam waktu seminggu?

Semakin dekat amalan yaumiyah (harian) kita dengan target ideal yang ditetapkan oleh murobbi/ mas'ul tarbiyah kita, semakin tinggi nilai Rabbaniyah (Ketuhanan) kita!

Aduh! Dah-la kita sudah ketinggalan jauh dari segi Quantity (Jumlah pekerja), dari segi Quality (mutu/ ke"Osem"an) pula, takkan kita nak kalah juga? Astaghfirullah.

Solusi dan Jalan Keluar
Namun, tidak dinafikan, bahawa da'e muslim juga manusia. Yang tidak terlepas dari berbuat dosa dan maksiat.

Para Da'e juga manusia, yang sering alpa dan melakukan kesilapan, kemudian bertaubat, lalu melakukan kesilapan lagi, kemudian bertaubat kembali, kemudian melakukannya lagi. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu, kesudahan kita, diambil nyawa dalam keadaan bertaubat, atau mati dalam keadaan bermaksiat. TT__TT

Itulah da'e mukmin. Mereka kita juga manusia. Bukan malaikat.

Nah, kerana kita adalah manusia yang selalu leka dan banyak dosa-lah maka kita perlu akan namanya Tarbiyah! Kalau kita dah baik macam malaikat,maka tak perlu lah kita ikut tarbiyah! Betul tak? Sebab, kalau dah namanya malaikat, dah confirmlah tidak buat sesuatu melainkan ketaatan belaka!

"Para da'i mukmin", begitu Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid memulakan bicara, dalam al-Muntalaq (The Turning Point) "sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah (semangat), kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal shaleh atau azam kebaikan. Dari arah lain pula ialah tarikan syaitan yang "menghiasi futur" nya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia;lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahili"


Sambung Abu Ammar lagi, "Kerana itulah orang-orang mukmin telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri jilsah-jilsah tafakkur, merenung diri dan tanasuh saling nasihat, menasihati diantara satu sama lain. Memeriksa jiwa takut-takut dihinggapi takabur, atau menolak kebenaran. Memeriksa ilmu dan iman takut-takut bercampur baur dengan berlebih-lebih dengan bid'ah atau kekurangan yang membawa kepada meninggalkan suruhan Allah dan nasihat kebenaran.

Inilah menjadi sebab kenapa kita perlu akan jilsah-jilsah tafakur itu. Tak kesah lah nak panggil ia Tarbiyah ke, Usrah ke, liqo' ke, halaqah ke, atau guna bahasa yang haptodate dan osem hoyeahh tahap gabanA seperti bulatan gembira, conferens riang, cirlce of happiness atau circle of life.HaHa. Yang penting isi nya adalah perkara-perkara yang disebut oleh Syeikh Ahmad Rasyid diatas (yang bergaris).

Sebagai penutup, saya menyeru terutama diri saya dan para pembaca sekalian untuk segera bangkit dari tidur dan lena mu yang panjang. Potensi anda sangat diperlukan Islam United alias al-Haq FC . Banyak kerja-kerja me-tajmik wa tanzhim (himpun dan susun) yang harus kita lakukan, mulai dari sekarang. Sesungguhnya, kita telah jauh ketinggalan. Kita hanya tinggal "separuh masa kedua" untuk kencangkan kerja untuk cover balik kekurangan point kita, menentang Team Jahiliyah FC alias Al-Bathil FC.

Btw, jangan salah persepsi. Islam tetap akan menang, dan akan berada di puncak mengalahkan segala kebatilan, walaupun kita "tidak sudi" membantu Islam. Ini adalah janji Allah.
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. 
( Annur : 55)

Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (As-shaff:9)

Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. ( At-Taubah : 33 )

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat ( An-Nashr : 1-3 )

Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (As-Shaff : 13 )

Islam pasti akan menang! Cuma, yang kita takutkan adalah, kemenangan Islam ini, akan dimenangkan oleh Allah dengan tangan orang lain, bukan tangan KITA.

Yang paling kita takutkan adalah, Islam dimenangkan oleh orang lain, yang lebih baik dan lebih cintakan Allah,  yang tidak berpura-pura dan tetap istiqomah dalam bekerja untuk Islam. Mungkin mereka sedang berada di sekeliling kita, maka perhatikan sekeliling anda! Mungkin saja mereka dari "jemaah" lain, atau kumpulan dakwah selain dari kumpulan kita. Mungkin saja. So, ayuh pastikan kita yang betul-betul bekerja dengan penuh ikhlas dan faham diwarnai dengan semangat membara dan pengorbanan yang tulus! Pastikan kita, bukan orang lain!


“Jika kamu tidak berangkat, niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (At taubah: 39)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum iaitu Allah mengasihi mereka dan mereka juga kasihkan Allah. Mereka bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang beriman dan tegas terhadap orang-orang kafir dan mereka tidak takut pada celaan orang yg mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa ang dikehendakiNya kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya dan Maha Luas pengetahuanNya” (Al-Maidah (5):54)

Sekian.

No comments:

Post a Comment