Thursday, April 19, 2012

The Road Not Taken

[kredit gambar]

Waktu kecil-kecil dulu, yaitu sejak sekolah rendah lagi, saya sangat minat akan subjek English. Waktu berada di peringkat menengah rendah, pelajaran yang paling saya minati adalah Selected Poem and Short Story. Dalam SPSS, poem yang menjadi fenomena dan membuat saya terkesan ialah The Road Not Taken, ciptaan Robert Frost, yang dipublish pada tahun 1915.

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference

Seingat saya, pertama kali dihidangkan dengan poem ini pada 9 tahun yang lalu. Sewaktu Form 2. Entahlah, saya tidak tahu, apakah kerana niat menuntut ilmu yang salah bukan kerana Allah, tapi kerana peperiksaan,  atau apa yang menyebabkan pusi itu  tidak memberi kesan sedikit pun pada saya, pada waktu itu.

Hampir satu dekad berlalu, hari ini, bila direnung kembali, alhamdulillah baru lah saya sedar dan faham, akan mesej yang hendak dibawa oleh pencipta puisi ini, dan "fikrah" yang kita boleh extract daripadanya.

Saya tidak akan membahas poem ini, sebagai mana guru saya membahasnya pada waktu form 2 dahulu. Detail, complete, dengan balaghah dan nahwu nya sekali.hehe

Saya hanya berminat menceritakan 2 baris awal, dari puisi ini, yang pada saya sangat sesuai dengan hidup kita sekarang.

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
Saudara-saudara sekalian, sebenarnya dalam hidup kita seharian, kita ini sebenarnya tidak lebih dari seorang pembuat keputusan. Decision maker bak kata omputeh. And the thing we have to decide to make decision is called Choices.

How many choices did we have? Doesn't matter. Tidak penting berapa pilihan yang ada depan kita, tapi yang penting adalah apa dan kenapa kita memilih itu?

Berikut adalah pilihan yang biasa bermain dalam kehidupan kita sehari-hari;
  • Malam ni makan pecel ayam ke pecel lele (keli)?
  • Habis exam ni nak celebrate kat Burger King ke McD ea?
  • makan kat warung Padang ke warung Tegal?
  • Nak beli I-Pad ke Galaxy tab?
  • Nak pakai batik ke pakaian formal untuk dinner dengan Menteri malam ni?
  • Nak study sekarang lepas kelas ke, atau malam karang lepas isya? 
  • Nak buat apa dengan duit elaun bulan ni? Beli keta Ferrari ke Chrysler?
Ini semua adalah contoh-contoh choices yang sentiasa berputar pada kehidupan manusia secara general. Tak kira siapa, yang muda atau tua, yang masih student atau sudah bekerja, yang Da'i atau bukan da'i, Soleh atau tidak soleh. Semua harus berhadapan dengan situasi membuat keputusan ini.

Namun, sebenarnya choices yang ada diatas adalah yang hanya kecil dan berkisar kepada perkara yang remeh temeh, tidak membawa signifikan pun pada hidup kita.
Perkara ini pernah di-"sound pagi-pagi buta lagi" oleh Syed Qutb dalam fi Zilalil Quran dalam part Mukoddimah Zilal,


Saya hidup –di bawah naungan Al Qur’an- memandang dari atas ke arah jahiliyah yang bergejolak di muka bumi dan berbagai pusat orang-orang jahiliyah yang remeh temeh. 
Saya melihat kekaguman orang-orang jahiliyah itu tertuju kepada pengetahuan yang tak lebih dari pengetahuan kanak-kanak, persepsi bayi lima tahun, dan perhatian anak-anak kecil, tak ubahnya orang dewasa menyaksikan permainan dan senda gurau anak-anak.  
Saya heran…,mengapa manusia sampai demikian? 
Mengapa mereka mau menistakan diri dalam kehidupan yang rendah dan tidak mau mendengarkan seruan yang tingi lagi mulia, seruan yang meninggikan, memberkati, dan mensucikan kehidupan.

Syed Qutb menggambarkan kita sama seperti seperti kanak-kanak yang bingung antara memilih samada nak beli eskrim paddle pop perasa pelangi atau makan "cikedis" super-ring. Atau seperti persepsi para ikhwah waktu kecil dahulu, kepada kereta Tamiya (Dash Yankuro), dan persepsi akhawat pada waktu kecil dahulu terhadap anak patung Barbie.
Seperti orang dewasa yang begitu asyik gelak ketawa menonton Sesame Street dan Barneys and Friend, Begitulah juga kehidupan kita, jika tidak memahami mana yang lebih mustahak dalam hidup.

Umpamanya, kalau kita pilih membeli I-Pad berbanding Galaxy Tab, tidak membawa efek besar kepada kita melainkan sama saja. Samada I-Pad atau Galaxy Tab, semua nya sama, untuk menggantikan peran laptop, walaupun features masing-masing sedikit berbeza.

Samada makan pecel ayam atau pecel lele, semua saja, tidak ada pengaruh pada "masa depan" kita, asalkan kenyang dan memberi kita tenaga untuk hidup itu sudah memadai.
Stephen R.Covey dalam Bukunya yang terkenal, 7 Habits of Highly Effective People (sekarang dah 8 Habits) menyatakan habit (sikap) yang ke-3 perlu ada dalam seorang manusia yang effective adalah Put First Things First.



Tak salah hidup melakukan pilihan untuk hal yang kecil, tapi jangan lupa kita ada pilihan dalam perkara yang besar dan bermakna. Jangan lupa kita ada batu besar untuk diisi, sebelum batu-batu kecil.

Namun menjadi persoalan ialah apakah pilihan yang besar itu? Pilihan yang dimaksudkan adalah pilihan antara Syurga atau Neraka, Pahala atau Dosa, Baik atau Jahat, Islam atau Jahiliyah, al-Haq atau al-Hawa.

“Dan Kami telah menunjukkan dua jalan kepadanya.” (QS. Al-Balad : 10)

"Dan demi jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan.” (QS. Asy-Syams : 7 – 8)

فَأَمَّا مَنْ طَغَى وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى
“Maka barang siapa yang melampaui batas. Dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya, nerakalah tempat tinggalnya.” (An-Nazi’at: 37-39)

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal (nya).” (An-Nazi’at: 40-41)

Jadilah, jelaslah bagi kita bahawa 2 roads seperti yang disebut Robert Frost, adalah Jalan al-Haq (Islam)

Manakalah jalan kedua ialah, Jalan al-Hawa (Jahiliyah). Inilah choices yang harus kita perhatikan akan kewujudannya.

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both

Saudara-saudara sekalian, kerana merasakan betapa pentingnya kita membezakan antara al-Haq dan al-Hawa, maka Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid , meletakkan kan Bab Kita Menolak Al-Hawa pada Bab 1 buku Muntalaq. Kata beliau,

Itulah yang diambil dari semua Imam-imam sejak dahulu bagi mereka, hanya ada satu sahaja kebenaran iaitu wahyu. Selain dari wahyu adalah al-hawa yang tercela. Tiada satu bahagian pun al-hawa yang dipuji dan al-hawa tiada kaitan langsung dengan al-haq. Seseorang muslim tidak dibolehkan langsung berhukum dengan al-hawa atau merasa senang hati dengan al-hawa.

Al-Hawa (Jahiliyah), sebagus mana pun ia, tak dapat kita campur adukkan dengan al-Haq (Islam).Walaupunpada pandangan jahil kita, ianya kelihatan sama. Umpama, walaupun mempunyai bentuk dan warna yang sama, chocolate chips dan taik faeces kambing adalah sesuatu yang sangaaaat berbeza!

Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu sedang kamu mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 42).

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ
“Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya.” (Al-Mu’minun: 71)

Bayangkan, kita pasti akan berasa janggal apabila melihat seorang lelaki yang memakai kopiah, berjanggut, atau memakai jubah, sedang duduk di R&R tiba-tiba mengeluarkan rokok Marlboro keluaran Israel lalu menghisapnya depan orang pengguna R&R lain, sebagai mana kita akan berasa janggal bila kita mengetahui lecturer kita, seorang Doktor Speasalis Hepatobiler adalah seorang alcoholic! Sungguh ironi bukan?

Kalau kita berasa awkward atau peluh besar bak kata Inche Gabanna, apabila melihat gelagat orang lain yang masih mencampur aduk kan antara haq dan batil, antara Islam dan Jahiliyah, begitu juga lah dengan Allah SWT yang akan berasa "heran" dengan kita, yang sibuk sehari semalam ke masjid untuk solat berjamaah, namun pada waktu antara solat, di waktu malam hari misalnya, kita beria-ria membuang masa di pusat-pusat karaoke atau di menghabiskan masa menonton pertunjukkan yang berbentuk jahiliyah yang jauh dari Islam.

Sungguh ironi, apabila kita selalu post dan like mengandung mesej Islam di Facebook, atau selalu nonton video ceramah Nouman Ali Khan, dan kipas-susah-mati Angel Pakai Gucci, namun pada masa yang sama kita masih lagi melampaui batas-batas pergaulan dengan bukan mahram kita. Masih lagi
mengumpat dan mencela orang lain. Masih lagi suka dan cenderung dengan pesona musuh-musuh Islam.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208)

Two roads (Islam and Jahiliyah) diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both!


Sekian. Peringatan terutama buat diri saya.

No comments:

Post a Comment