Thursday, May 3, 2012

Bersih 3.0 dan KITA


Bahang perang share dan lawan status isu BERSIH 3.0 di laman sosial Facebook pada pandangan saya sudah semakin reda. Yang tinggal hanyalah ulasan dan follow up isu yang akan berputar belit di mainstream media (tv, radio, paper) dan internet. Tidak dinafikan, ke"panas"an Bersih 3.0 sangat dirasai terutama pada hari himpunan tersebut diadakan iaitu pada 28 April 2012. Ada yang memuji, ada juga yang mencela.

Maaf. Saya bukan seorang yang arif dalam politik. Malahan, Saya juga bukan ahli mana-mana parti politik. Tulisan ini juga, bukan mengenai siapa yang salah , siapa yang benar dalam terutama setelah melihat insidens ganas dalam BERSIH 3.0 baru-baru. Itu bukan kerja saya. Kerana apa? Kerana saya tidak terlibat mengikuti perhimpunan pada 28 April lepas, jadi tidaklah saya layak untuk meng"condem" pihak-pihak tertentu mereka bersalah atau tidak.

Cuma yang pasti, berdasarkan tabayun (selidiki dengan sumber shahih) dan info-info terutama melalui youtube, kelihatan ada tipu muslihat dan perancangan dari pihak tertentu yang sengaja memecahkan muka para peserta Bersih dan menghuru-harakan perhimpunan yang dijanjikan oleh pihak penganjur sebagai peacefull rally (perhimpunan aman).

Tapi yang jelas dan pasti, saya adalah rakyat Malaysia yang Islam. Islam saya, dan Islam anda bukan islam kata nama, tapi adalah sebuah kata kerja. I S L A M. Begitulah kita semua di-tune pada awal-awal ditangkap dan dimuatkan kedalam gerabak Dakwah ini.

Oleh yang demikian, sebagai seorang ISLAM, (juga sebagai khalifah, dan hamba Allah) hendaklah memandang sesuatu isu besar yang berlaku dalam dan luar negara kita, dengan menggunakan kaca mata Dakwah dan Tarbiyah. Kerana kita bukanlah ahli politik, so, dinasihatkan lebih baik jangan berlagak macam ahli politik. Kerana kita bukanlah wakil rakyat mana-mana parti. Bahkan, kita sendiri pun tak hadir BERSIH 3.0, so lebih elok dan "berjuruh" (kata orang Kelantan) kalau kita bercakap dalam kaca mata kita saja. Dalam hal ini, KITA sebagai Da'e.
Wallahulam, kot-kot ada ahli politik yang baca post ini. :)


 Kita memang menyokong tuntutan Bersih 3.0 iaitu
1. Membersihkan senarai undi.
2. Mereformasikan undi Pos
3. Gunakan dakwah kekal
4. Akses media bebas dan adil
5. Masa kempen minima 21 hari
6. kokohkan institusi awam
7. hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.
Semua tuntutan adalah yang baik-baik belaka. So, tiada sebab kenapa kita, sebagai da'e enggan memberikan sokongan kepada Bersih 3.0. Alasan  takut sokong Bersih sokong Ambiga? Saya rasa better kita tanya kepada ahlinya. Maaf sekali lagi, di post ini saya tidak akan menceritakan persoalan seperti 
- kenapa kita menyokong BERSIH 3.0 padahal Ambiga* jadi ketua pada himpunan Bersih 2.0? 
*Ambiga adalah salah seorang yang mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dibawah Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Kes Lina Joy yang murtad dan mencabar perlembangan Malaysia
-kenapa bersama dengan NGO yang "anti-Islam" dalam Bersih 3.0? 
Cuma, sekadar jawapan alas perut saya, kita hanya menyokong BERSIH 3.0 atas prinsip keadilan. Kebetulan, pada platform Bersih, Ambiga dan golongan seumpama dengannya menjadi "orang penting". Mungkin sahaja, dalam Isu yang lain, dan di platform yang berbeza, kita tidak sepakat, bahkan boleh jadi Ambiga adalah musuh kita. Tidak mustahil kita akan berseteru.
Tapi kalau nak jawapan yang kenyang, refer pada ahli politik dan ulama' dalam politik. Nak lebih best lagi, tabayyun dengan bapak-bapak murobbi antum yang hebat dan matang dalam politik.

Apapun, teringat akan status seorang sahabat di UPM,serdang, akh Awang mengenai Bersih 3.0,

"Satu pengajaran yang saya dapat dari pengalaman di BERSIH 3.0 tempoh hari adalah
"Saya harus lebih istiqomah dalam mentarbiyah diri dan menjadi murobbi buat generasi muslim masa depan yang akan mengganti kepimpinan sekarang dan yang akan membentuk mujtama' muslim yang mendukung nilai2 islami dan mereka ini seterusnya akan bertebar ke seluruh 'alam untuk menyebarkan dakwah islam serta menjadi rahmat buat seluruh 'alam"

Ini impian saya buat Malaysia dan seluruh alam."
Subnallah, sejuk hati membacanya. Kata-kata seseorang menggambarkan tahap kefahaman dan keikhlasan orang itu. Seharusnya, beginilah respon saya dan anda apabila berhadapan dengan isu semasa, seperti Isu Politik dalam negara kita. Memandang dalam kaca mata dakwah dan Tarbiyah. Memandang isu dengan mengaitkan dengan masa depan ummat dan kerja kita seterusnya. Bukan hanya retorik semata-mata. Bab kata Hassan Al-Banna, (yang menjadi salah satu Bab Penting dalam Risalah Ta'lim) Nahnu Qaumun Amaliyun yang bermaksud, "Kami adalah golongan yang bekerja" (Dalam terjemahan indonesia, mengatakan Kami Adalah Para Aktivis)
Kerana isu dan masalah yang berlaku sekeliling kita, memerlukan rijal-rijal soleh untuk mengendalikannya. Ummat Islam sangat perlukan da'e-da'e yang bukan hanya gemar solat di masjid, dan pandai membaca quran, tapi juga bersama-sama terjun dan menanggapi isu yang berlaku. Paling pun kalau dengan sebab "belum masanya", belum marhalahnya, atau fiqh dakwah belum ke situ, at least, kita wajib ambil tahu dengan isu semasa sekitar kita. Baik isu dalam komuniti tempat kita belajar atau bekerjaya (IM), isu masyarakat negara kita (MM), isu politik dalam negara kita (PI), isu ummat Islam (DI), dan isu dunia global (UA). Kita wajib ambil bahagian, walaupun sekadar ambil tahu. 
Bukankah muwasofat tarbiyah ke-7 kita adalah mutsaqaful fikr (wide knowledge)? Bahkan huraian dalam mustsaqaful fikri, selain harus mempunyai wawasan yang luas dalam Al-Quran, Hadis, Sirah, dan Hukum Fiqh, kita sebagai geng usrah yang ditarbiyah , harus mengetahui problematika kaum Muslimin, baik internal mahupun eksternal.
Kita juga sering diajar oleh abang-abang murobbi kita tentang tentang 7 maratib amal (Individu Muslim, Baitul Muslim-BM, Masyarakat Muslim-MM, Pemerintahan Islam di tempat kita-PI, Negara Islam core-DI, Khilafah Islam, Ustaziatul Alam) yang menjadi tujuan dakwah kita. Nah, dengan mengikuti perkembangan politik dalam negara kita dengan menggunakan kaca mata Islam, Dakwah &Tarbiyah, sedikit sebanyak sebanarnya telah melatih kita dengan medan D&T yang sebenar, bukan hanya sebatas teori-teori di buku. Dan kita telah termasuk golongan yang disebut sebagai orang yang mikirin masalah ummat.
Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar terhadap kejahatan mereka lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar terhadap kejahatan mereka
(Shahih Bukhari, Tirmidzi, Ibnu Majah. Ahmad.)
Walaupun dakwah kita bukan pada mihwar siyasi (fase politik), dan fokus dakwah kita masih lagi di amal tullabi (pelajar) atau mihwar dakwah di Malaysia adalah Masyarakat Madani, tapi siyasah (politik) tetap bahagian yang tidak mungkin terpisahkan dengan amal dakwah kita. Mari kita selak sirah Baginda Rasul SAW untuk mengambil contoh. Sekembalinya Rasulullah SAW dan Zaid bin Harithah dari Misi dakwah Thaif , dengan membawa pulang "ole-ole" keringat, darah dan air mata kerana dirajam oleh Bani Tsaqif, tiba-tiba Bani Qurasyi pula yang sedang menunggu untuk melanjutkan apa yang dilakukan Bani Tsaqif. Mujurlah, dengan kehendak Allah, Mut'im bin Adi setuju memberi perlidungan kepada Baginda dan Zaid, setelah permohonan perlindungan Baginda Rasul ditolak mentah-mentah oleh 2 lagi "peguam" Quraisy, yaitu al-Akhnas bin Syuraiq, dan Suhail bin Adi. Contoh kedua, adalah demi perkembangan Dakwah, Rasulullah tetap menjaga hubungan dengan Abu Talib, walaupun pakcik baginda itu, masih belum Muslim.
Contoh zaman kini adalah, bayangkan tanpa adanya makcik dan pakcik yang menjadi Yang Berhormat, YB berada dalam kerajaan Negeri, atau Kerajaan Pusat, kita berkemungkinan besar tidak dapat menganjurkan program besar di tempat yang nyaman lagi ber-air cond di dewan milik kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat. Seperti di Selangor, dan Kelantan yang mana banyak program dakwah kita dapat dilakukan tanpa sebarang sekatan.  Kalau tidak ada ikhwah kita yang menjadi ahli UMNO kawasan, kita mungkin tak surat recommendation untuk membina dan memiliki sekolah kita sendiri yang banyak manfaatnya. Mana mungkin kita dapat mengelola sekolah ikhwah, yang didalamnya dapat kita lenturkan rebung-rebung suci lagi segar yang akan membentuk buluh acuan kita sendiri, tanpa ada perlindungan politik dari pihak tertentu. Tanpa perlindungan politik, dakwah sulit berkembang. Dalam istilah dakwah dan haraki, mad'u (objek dakwah) yang menyokong kita dipanggil rabtul am.
Cuma, dalam keghairahan kita mengikuti isu politik semasa di Malaysia, sebagai langkah awal untuk belajar memahami waqi' dakwah kita di tanah air, sebagai seorang da'e hendaklah faham bahawa menegakkan pemerintahan bukanlah tujuan akhir bagi dakwah kita. Menang pilihan raya bukan al-ghayah kita. Ia bukanlah ambition KITA. Tapi tujuan keempat maratib amal kita adalah mewujudkan Pemerintahan Islam, kapan pun, dan oleh siapa sekalipun.
Perhatikan kata-kata Imam Hassan al Banna dalam Risalah Ta'lim, 

"Ikhwan (kita) tidak memperjuangkan pemerintahan Islam untuk dirinya sendiri. Jika ditengah umat ada segolongan yang siap memikul beban, menunaikan amanat, dan pemerintahan ini menggunakan manhaj islami, maka mereka (KITA)  siap menjadi pasukan pembelanya. Jika mereka (KITA) tidak menemukannya, maka tegaknya pemerintahan Islam adalah bagian dari manhajnya (manhaj KITA), dan mereka (KITA) akan bekerja untuk membebaskan negara dari kekuasaan berbagai negara yang tidak menunaikan perintah-perintah Allah.
Kita akan menyokong siapa sahaja yang berniat suci untuk memperjuangkan Islam, tidak kira siapapun dia. Asalkan akidahnya benar, ibadahnya sohih, dan akhlaknya mulia, serta mereka commited dengan perjuangan Islam, kita akan menyokong mereka. Tidak kira berlambang "bulan" atau "keris" atau "roket" sekalipun Kalau tidak ada yang seumpama ini dalam negara kita, kita sendiri akan bekerja menegakkan pemerintahan Islam! Itulah yang disebut oleh Hassan al-Banna.
Hassan al Banna juga menegaskan, 
"kekuatan juga bukan satu-satunya alat, sungguh dakwah yang haq pertama kali berbicara kepada ruh lalu membisiki hati, selanjutnya mengetuk pintu-pintu jiwa yang terkunci. Adalah mustahil dakwah yang haq ini sampai kepadanya dengan tongkat, atau dengan kata-kata yang pedas dan kasar. Akan tetapi, alat yang digunakan untuk memfokuskan dan memantapkan pijakan setiap dakwah dapat diketahui dan dibaca oleh setiap orang yang memiliki perhatian kepada sejarah berbagai pergerakan. Ringkasnya, ada dua kalimat: Iman dan Amal, kasih sayang dan persaudaraan."
Menurut Said Hawa, melalui bukunya, Fi Afaqi Ta'lim (Membina Angkatan Mujahid, Era Intermedia) Hassan al-Banna melihat bahawa pelaksanaan Islam yang menyeluruh (syumuliyatul Islam) amat sulit dilakukan tanpa  memfokuskan perhatian terlebih dahulu pada kewujudan dan pembentukan masyarakat Muslim. Jelas dari kata-kata al-Banna diatas, kewujudan dan pembentukan Masyarakat Muslim itu sendiri adalah permulaan kepada proses berikutnya, iaitu mewujudkan Pemerintahan Islam.
Bagaimanakah cara terbaik untuk dakwah dalam Masyarakat Majmuk seperti di Negara kita?
Kalau dinilai dari penyertaan BERSIH 3.0 kita dapat mengagak sejauh mana tahap minda dan mentaliti masyarakat kita. Kita nilai dari dua segi. Pertama, jumlah peserta himpunan. Contohnya, dari 300,000 peserta BERSIH 3.0, berapa persen dari mereka adalah Muslim? Daripada Muslim yang menyertai BERSIH 3.0, berapa persenkah yang menunaikan solat? Daripada Muslim yang menunaikan solat, berapa ramai pula yang betul-betul commited dengan Islam? Sebab, kalau kita lihat, rata-rata peserta BERSIH 3.0 adalah terdiri dari non-Muslim. Kadang-kadang mereka lebih hebat memperjuagkan hak orang lain dan keadilan, berbanding orang Islam (esp Melayu) sendiri yang hidup hanya untuk isi perut sendiri tanpa pikir orang lain. Berbeza dengan waqi' di Indonesia, jika Ikhwah Indonesia turun demo, samada demo Palestin, mahupun demo isu Nasional Indonesia seperti demo Kenaikan Harga Minyak, yang turun di berdemo adalah para anggota dan para penyokong (a.k.a simpatisan) yang berjumlah bisa mencapai 10 ribu orang! contohnya sewaktu demo Palestina di Makasar. Dari segi kekuatan jumlah massa (jumlah ahli dan penyokong) ikhwah Indonesia sudah mempunyai angka yang meyakinkan. 
Kedua, kita nilai dari sokongan masyarakat awam, yang tidak turun demo, mengenai isu semasa. Untuk menilai kefahaman masyarakat, tidak ada indikasi yang lebih kuat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri. So, kita hanya tunggu dan lihat. Tapi, false negatif akan muncul, jika pilihan raya itu kotor dan penuh dengan penipuan.
Pengundi tertua di dunia, yang berusia 159 tahun. Wow, this is got to be a World record! Nak tipu pun agak2 la SPR wei!




Sebagai penutup, saya sangat bersetuju dan tertarik dengan salah satu status FB Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengenai BERSIH yang menjadi rumusan penting mengenai BERSIH 3.0
"Sesungguhnya pendapat-pendapat yang amat rencam pasca BERSIH 3.0 ini memberi amaran yang besar kepada gerakan Islam dan dakwah ummah bahawa jalan untuk mencapai kemenangan berdepan dengan perang pemikiran yang amat luar biasa, malah jauh berbeza daripada BERSIH 2.0.

Dalam hal ini, ceramah-ceramah politik, artikel-artikel isu politik di dalam Harakahdaily dll yang bernada 'stereotaip', sangat tidak cukup untuk sampai ke kelompok yang ramai ini. Cara fikir masyarakat sangat caca merba. Dan membetulkan cara berfikir, amat-amat berliku.

Dalam lambakan maklumat yang amat banyak ini, masyarakat kita ghairah dengan APA yang hendak difikirkan dan jauh daripada BAGAIMANA hendak berfikir mengenainya.

Sesungguhnya membanteras cara fikir yang salah ini, benar-benar sebuah JIHAD.
"
Perkara yang sama yang harus dirasakan oleh kita, para penyeru di jalan Allah semua. Yang paling teratas dalam strategi kita adalah adalah memikirkan bagaimana cara kita mem"fikrah" kan rakyat awam dan bagaimanakah mekanisme dan manuever terbaik untuk memastikan dakwah kita boleh menembus pemikiran rakyat yang pelbagai agama, bangsa, dan persepsi terhadap Fikrah, dan Islam itu sendiri. Ini tidak lain tidak bukan, adalah dengan memantapkan dan memekatkan tarbiyah diri dan kawan-kawan kita dahulu, supaya kita siap untuk menjadi pembimbing dan murobbi kepada Masyarakat Madani di negara kita. Ayuh sama-sama fikirkan. Jom sambung bekerja!
Sekian.

No comments:

Post a Comment