Thursday, May 31, 2012

Facebook vs Quran

Pada zaman sekarang ni, jikalau kita berhadapan dengan orang yang;

-mengaku tak kenal Facebook, atau 
-tak pernah dengar perkataan Facebook, atau 
-tak ada akaun Facebook 

nescaya kita akan memanggil mereka sebagai jakun, darak, kampung-an, berat 66 (baca: berat nanang), ketinggalan zaman, dan gelaran yang macam-macam lagi untuk menggambarkan ke-Hulu-an mereka.

Pendek kata, menjadi perkara yang aneh dan pelik kalau ada orang yang tidak kenal apa itu Facebook. Masakan tidak, nenek umur 100 tahun pun ada facebook!


Facebooker tertua di dunia. Berusia 104 tahun.

Seingat saya, sejak tahun 2008, popularity Facebook telah berjaya mengalahkan popularity Friendster dan My Space.


Graph popularity FB meningkat mendadak dari 2008 sampai sekarang. 


Dan bermula pada tahun 2011 sampai kini, Facebook telah menjadi fenomena yang sangat menggila. Ya, menggila sangat-sangat! Tak kira tua muda, kaya miskin, bujang atau duda, celik IT atau buta IT, rata-rata orang akan mempunyai at least satu akaun FB sendiri. Lebih-lebih lagi, kegilaan ini terutama dirasai oleh golongan remaja yang baru mencapai usia akil baligh, yang sedang dalam fase mencari identiti.

Pernah dulu heboh di akhbar Indonesia, seorang budak sekolah menengah bunuh diri, gara-gara emaknya salah beli handphone, yang mana handphone yang dibelikan emaknya tidak ada feature untuk Facebook. Astaghfirullah al-Adzhim.. sadisnya! 



Dan yang lebih sadis lagi, dia ditemui mati tergantung dalam kandang kambing milik keluarganya. Sah-sah lah mereka bukan keluarga yang berada! Sudah tentulah emaknya dah spent duit yang banyak semata-mata nak belikan hp untuk anaknya itu! (sumber). Oh ummat ku! 

Ini menjadi bukti orang boleh buat apa saja demi Facebook, hatta untuk membunuh diri.
 

Walaubagaimanapun, disamping trend Facebook yang telah mempengaruhi hidup majority manusia ini, yang lebih merisaukan kita ialah, dengan meningkatnya kecanduan dan kegilaan kepada Facebook, menyebabkan manusia, terutama Muslim makin jauh dengan HolyBook mereka, yaitu Al-Quran.

Kalau orang "Muslim Biasa" (MB/ Muslim IC) yang yang tidak commited dengan agama mereka, jauh dari Quran, kita tidak kisah la sangat.

Yelah, mana mungkin kita harapkan mereka commited dengan Al-Quran, kalau mereka tidak pernah disentuh dan didedahkan dengan Kepentingan Quran, Makrifatul Quran dan Bagaimana cara berinteraksi dengan Al-Quran. Bagi saya, mereka tidak perlu dipersalahkan kerana, seperti yang kita ketahui, mereka adalah "mangsa keadaan". 


Akan tetapi, yang menjadi masalah besar bagi Kemajuan Ummat ini ialah apabila Muslim yang bergelar Da'e atau geng Usrah atau penggerak Dakwah sendiri yang lebih addicted dengan Facebook  berbanding Muslim Biasa. Ini lah yang jadi masalah besar bagi kita.

So, sekarang ni, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk kita check situasi di bawah ini, mana yang kena dengan diri kita sendiri? mana lebih banyak kita buka? Facebook atau Holy Book? 
(again, periksa diri sendiri, bukan orang lain)

1. Kalau balik dari kuliah pada pukul 3 petang, ataupun pulang dari tempat kerja pada pukul 6 petang, apa yang kita cari dulu?

A. Laptop kemudian sign in Facebook?

atau
B. Risalah al-Matsurat, kemudian berzikir petang

2. Kalau kita online, mana website yang kita lebih suka untuk buka?


A. Youtube ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus?
atau
B. Facebook?

3. Kalau sedang tak ada kerja, seperti menunggu bas, atau tunggu makanan siap di hidang, atau sedang lepak2, apa yang kita buat?

A. Pegang Black Berry, scroll up/down Facebook.?

atau
B. Pegang Mushaf Quran, tasmik juz 30 yang belum kita hapal?


Think About It. Seriously!
Yang peliknya kita ni ialah, kita sering mengeluh kita ni kononnya busy tak sempat nak beramal, busy tak sempat nak tarbiyah, busy tak sempat nak berdakwah, padahal dengan Facebook sempat-sempat jer..

"Sori derr. Aku Busy giler sekarang ni, exam, esaimen, exam, esainmen. Tak sempat la nak (pergi) taklim ni! (ceramah Ugama)"

Yang anehnya, kita pasti akan berasa tertekan kalau Usrah atau program-program Islam dibuat pada malam sebelum atau dekat-dekat dengan musim Exam,

"Esok exam la Bro, ana tak boleh lah nak Usrah.Ana kena bahagi masa dengan cermat tanpa buat benda-benda tak berfaedah!"
 

"Aik? Usrah benda yang tak berfaedah ?? Enta ni biar betiq" Tanya naqib (dalam hati...)

"Ish, tak boleh la nak Usrah. minggu ni exam. Masa itu emas, dan pedang. "

Kita sering merasakan orang yang buat Usrah pada malam exam adalah golongan yang extreme, dan melampau dalam berugama.

"Janganlah extreme sangat, abang Naqib oii...Bersederhanalah. Islam kan agama yang sederhana?"

"Cewah!? Tiba-tiba pandai pulak bagi tazkirah" ucap naqib (dalam hati...)
 

Kita sering meletakkan mindset dan persepsi yang salah yang mana waktu di University ni adalah waktu yang paling busy, dan sudah tak sempat nak berkomitmen dan cemerlang (baca: excel) dalam tarbiyah dan dakwah.

"Tak sempat lah nak hapal hadis 40 ni, dulu masa sekolah boleh arr. Masa banyak. Sekarang jadual dah makin padat."
 

"Eh. Bukan sekarang ke masa yang paling free? Belum kerja, berumah tangga lagi, ada anak lagi." Jawab Naqib lagi (dalam hati...)

Padahal, kita sendiri pun sedar, yang se-busy2 mana pun kita,

(busy tahap cipan atau tahap Gaban-siri-terakhir sekali pun, seperti busy study exam final sem, atau busy siapkan final year project.) 
atau sesulit mana pun kita, (seperti sulit bantu bini bersalin sekalipun) kita pasti ada masa untuk Facebook. 

Buktinya? Ramai je orang yang sakit boleh update status

"Saya sakit di hospital, boleh la melawat ramai-ramai. Jangan lupa bawa buah tangan!"

Betapa banyak orang yang tengah busy study, elok-elok je update status FB.

"Mode sibuk. tak boleh di ganggu.Eh-eh, ada notification la.. Hurray!"

Bahkan, bukan setakat update status, sempat je send request untuk main Game Ikan (baca: Fishville) dan game berkebun (barnbuddy)

Ramai orang mengaku busy dengan urusan kahwin tapi sempat je update status dari single, atau divorce ke Maried

Aik?! Tadi kata busy? Jika untuk Facebook kita boleh allocate the so-called masa "sibuk" kita, kenapa tidak untuk baca / tilawah/ tadabur/ hayati Al-Quran?


“Wahai orang-orang beriman bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah ucapan yang benar, niscaya Allah akan memperbaiki amalan-amalan kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian...
(33:70)

 
Sekian.
nota kaki:

1.Facebook hanyalah icon dan symbol yang digunakan untuk menggambarkan jahiliyyah modern. Boleh saja Facebook diganti Movie, Games, dan jahiliyah-jahiliyah yang lain.

2. Mungkin ramai yang berpendapat

"tidak boleh melabel Facebook 100% sebagai Jahiliyah modern "  atau "boleh saja kita gunakan Facebook sebagai Alat Dakwah".

Jawapan saya "Benar, dan teruskan usaha anda untuk berdakwah melalui FB. Tapi yang jelas, ramai yang tidak mengoptimumkan Alat tersebut dan dalam tak sedar Facebook yang sepatutnya menjadi ALAT dakwah telah bertukar menjadi Matlamat Hidup. Buktinya? Cuba kita tak main/sign in Facebook sehari saja, mesti rasa gelisah dan tak karuan, kan-kan? ;)

No comments:

Post a Comment