Thursday, June 14, 2012

Eleh,belum jadi Perdana Menteri lagi tu


Pernah pada suatu ketika, yakni pada beberapa tahun dahulu, saya berhadapan dengan masalah-masalah dan isu berkaitan Dakwah dan Tarbiyah yang timbul di Indonesia ini
 

Lumrah kami, penggerak pada waktu itu, kalau berhadapan dengan masalah dan isu, pasti akan cerita dan bertanya kepada pakar dalam dakwah. Antara pakar dalam DnT yang tidak asing bagi ikhwah dan akhawat luar negara adalah ialah UQY. Semua orang pasti mengenalnya, samada peminat atau pembenci, samada pengikut atau pengutuk. Maka tak hairan, sebelum adanya "Brand NGO" Kita di Malaysia, kita sering digelar dengan pelbagai gelaran yang berkaitan dengan UQY seperti "Jemaah ISK", "JUS (Jemaah Ustaz Salam)" dan banyak lagi gelaran.

Maka, disebabkan masalah yang timbul pada waktu itu, saya pun menghubungi beliau melalui Yahoo Messenger. Saya
mengeluh dan curhat kepada beliau mengenai masalah dan isu yang melanda pada waktu itu. Memang jujur saya akui, terasa masalah dan isu yang timbul pada waktu itu sangat berat dan banyak.
 

Komen ustaz, mudah saja..
"Biasala tu, Medi masalah banyak. Belum jadi Pak Lah lagi (PM pada waktu itu). Jadi Perdana Menteri, makin banyak masalah"

Komen ustaz memang ringkas. Kalau dilihat secara mata kasar, komennya seolah-olah tidak memberi apa erti sekali pun. Tapi, sebenarnya, komen yang ringkas itu telah membuka minda saya. Ia telah memberikan saya Idea kepada persoalan yang lebih penting, lebih penting daripada Masalah yang Menimpa pada waktu itu. Iaitu tentang diri saya sendiri.


Kerana, disebalik masalah atau cabaran atau kerja atau tugasan atau amanah, yang menimpa kita, yang paling penting ialah Bagaimana kita berhadapan dengan segala hal ini, bukannya Kenapa Masalah itu timbul.

Memang benar, masalah, isu dan cabaran akan sentiasa ada dalam setiap manusia. Semua orang ada masalah. Pepatah extreme ada menyebut,

"Orang yang tidak ada masalah hanyalah orang gila sahaja."

Maka, menyedari realiti ini, kita harus sedar dan yakin bahawa, yang menjadi persoalan sekarang ialah bukan banyaknya masalah dan cabaran yang melanda kita, tapi bagaimana kita berhadapan dengan masalah dan cabaran tersebut. Bagaimana kita mempersiapkan capacity kita untuk menjadi penyelesai kepada masalah dan Manager kepada pergerakan Dakwah di tempat kita berada.

Kerana sesungguhnya, ketahuilah, semakin banyak anda diberi kepercayan, tugas, dan tanggung jawab, maka semakin banyak pula masalah yang akan timbul. Jadi kenapa kita perlu takut dan benci kepada masalah, kalau ianya sesuatu yang pasti dan harus kita hadapi?

Saya percaya, anda mungkin diberi tanggungjawab tertentu untuk mengurus dakwah di tempat anda berada sekarang. Mungkin anda adalah seorang naqib atau murobbi bagi 4-8 orang anak usrah. Mungkin anda ditugaskan untuk mengajak dan DF 3-4 orang pelajar kepada Islam, padahal mereka nampak gayanya seolah-olah tiada harapan untuk join gerabak dakwah ini. Atau boleh jadi anda adalah salah seorang dari beberapa ikhwah yang sedang berusaha menubuhkan Wadah Dakwah & Tarbiyah Pelajar di Lokaliti anda berada sekarang.

Tentu anda merasa, andalah orang yang super-sibuk sekarang. Masakan tidak, orang lain boleh fokus 100% pada study, dan benda-benda etc lain seperti tengok wayang, main DOTA, jalan-jalan perhabis duit elaun, dsb, walhal anda pula terpaksa bahagikan masa sebaik mungkin untuk urusan Study dan menTarbiyah diri, dan orang lain.



Namun, bayangkan, sesibuk-sibuk anda, sibuk lagi seorang Perdana Menteri,yang berhadapan dengan masalah-masalah Dalam Negara, Luar Negara, dan Antara Bangsa. Ditambah dengan masalah personal lagi. Agak-agak la, ada masa tak DS Najib nak merungut tentang masalah yang dihadapinya?

Kita baru sahaja mengurus sekelompok kecil manusia yang mungkin tak sampai 10 orang pun. Paling hebat pun, dikalangan kita, mungkin ada yang merupakan Big Boss kepada 250 orang ikhwah akhawat di negara tertentu yang berada di bawah tanggung jawab kita. Namun, jumlah ini masih lagi sedikit dan umpama "lekat celah gigi" jika dibandingkan dengan jumlah binaan, tanggungan dan amanah ikhwah dan pakcik lain yang mungkin berjumlah jutaan atau lebih dan melibatkan medan yang lebih besar dan mencabar.


Antara contoh mereka-mereka yang sibuk ialah idola saya ialah Ustaz Prof DR
Irwan Prayitno, Gubenur Sumatera Barat. Ustaz Irwan adalah asset berharga bagi ikhwah Indonesia. Bekas penuntut IPTA di Malaysia ini, seperti yang saya dengar dari beberapa ustaz yang tsiqoh, waktu berada di Malaysia ketika menyelesaikan Phd nya, sentiasa sibuk ke hulu dan ke hilir, utara dan selatan Malaysia. Apa yang disibukkannya? Bisnes? Cari kerja tambahan? Tidak, bukan bisnes dan kerja extra, tapi sibuk membina 10 halaqah lebih (bukan 10 mutarabbi, tapi 10 halaqah!!) yang rata-rata terdiri dari 8-10 orang mutarabbi. 

Karya Masterpiece beliau.
Ingat Kepribadian Muslim, ingat Irwan Prayitno.
Yang menariknya, walaupun sibuk membina dan mentarbiyah diri sendiri dan orang lain, beliau tidak pernah miss kelas Master-nya di UPM, Serdang dan masih sempat cemerlang dalam Phd nya. Kelas pun tak pernah miss, disamping mutabaah amal, usrah, katibah, daurah pun tetap beliau commit. 


Seorang lagi tokoh dakwah yang terkenal di Indonesia adalah Ustaz Ir. Tifatul Sembiring, Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia. 

Ustaz Tifatul dikerumuni para wartawan.
Agak-agaknya, ada masa ke beliau nak goyang kaki layan drama series?

Bayangkan betapa sibuknya beliau. Dengan mempertaruhkan jawatan Menteri yang merupakan alat dakwah yang ampuh untuk beliau dan Jamaah, di samping urusan politik Indonesia yang terkenal dengan Korupsi dan Koruptor nya, beliau memegang portfolio Menteri Komunikasi yang merupakan portfolio yang tak kurang penting dalam sebuah Kerajaan dan Pemerintahan. Agak-agaknya, macam mana beliau mengurus diri, anak istri, keluarga, Usrah, Jamaah, dan tugas beliau sebagai menteri? (klik disini)

Begitu juga dengan Perdana Menteri Turki, Recep Teyyep Erdogan. Tidak dapat kita bayangkan betapa sibuknya Erdogan dalam berhadapan dengan waqi' dakwah di Turki.


Saksikan Erdogan "smack down" PM Israel depan-depan. Ambik mung menate Israel!

Seperti yang diketahui umum, Turki adalah sarang pertama dan terakhir bagi gologan Sekular dalam Islam. Ia adalah Negara kepada Kepala Bapak kepada Sekular, Mustafa Kemal Attaturk. Dengan kewujudan golongan Sekular, anti-Islamist, dan Kuasa Tentera yang sentiasa alert dan tidak akan berdiam diri dengan kebangkitan Islam di Turki, sudah pasti Erdogan dan Parti AK tidak mungkin ada masa untuk goyang kaki dan bersenang lenang disana. Dakwah dan perjuangan harus mereka jalankan. Hasilnya?


Meanwhile di Mesir, saya tak dapat bayangkan betapa super-sibuknya Syeikh Muhammad Mursi, Bakal Presiden Mesir nanti. Bukan hanya memerintah sebuah Negeri yang besar dan mencabar seperti Mesir, namun, beliau harus berhadapan dengan kuasa dajjal besar seperti Zionist Israel, dan Amerika yang selama ini adalah sahabat kuat dengan Presiden Mesir sebelumnya, Hosni Mubarak. Beliau harus bijak mengatur strategi untuk berhadapan risiko di gulingkan, ditangkap, dibangkang, dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Kerana sudah tentulah, Israel Lahanat yang merupakan jiran Mesir, yang sedang gundah-gulana dan cuak habis pada hari ini, tidak akan berdiam diri dengan kemenangan calon Ikhwan Muslimin ini sebagai presiden. 

Dari kiri Mursyidul Am Ikhwan Muslim, Dr. Badie', Dr. Muhammad Mursi dan Ir. Khairat Shater. (sumber)

Apatah lagi, Ikhwan sangat terkenal dengan ketegasan terhadap Israel seperti berani menghantar tentera yang hampir mengalahkan dan menghalau Israel daripada Palestin pada perang melawan Zionist 1940an. Pada pendapat anda, adakah Syeikh Muhammad Mursi punya masa untuk berseronok dan membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti tengok Movie, dengar music, dan sebagainya?

Teringat pesan Khalifah kedua, Umar al-Khattab yang agung radiallah anhu yang harus kita catat dengan tinta dari emas lalu kita pahatkan didalam dada kita.

"Jika aku tidur pada siang hari, bererti aku curang kepada ummatku dan kaum muslimin, tapi
jika aku tidur pada malam hari, bererti aku curang kepada Rabb-ku."


Ini adalah masalah dan cabaran yang dihadapi oleh beberapa tokoh dakwah yang pernah diTarbiyah seperti anda. Namun, cuba bandingkan pula dengan cabaran dan masalah yang sedang anda hadapi sekarang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment