Thursday, June 28, 2012

Futurama


"Futurama adalah serial kartun television dari Amerika ciptaan Matt Groening yang sebelumnya juga menciptakan The Simpsons. Menceritakan tentang seorang anak muda bernama Philip J. Fry yang hidup di New York pada tahun 1999, yang ketika datang tahun baru 2000 terperangkap di sebuah mesin pembeku dan dicairkan kembali seribu tahun kemudian (tahun 3000). Di sini ia bertemu dengan berbagai makhluk alien dan robot, dan juga keturunan dari anak saudaranya yang seorang profesor dan penemu barang-barang ilmiah."


(sumber Wikipedia)


Walaubagaimana pun, saya tidak berminat langsung menceritakan mengenai kartun Futurama ini. Maaf lah kalau anda rasa tertipu dengan tajuk ini. Sebenarnya memang sengaja saya nak perangkap anda untuk baca post ini.HaHa .


Cuma, bagi saya yang menarik untuk kita bahaskan disini ialah 2 perkataan yang terkandug dalam Tajuk Kartun ini.
1. "Futur"
2. "Rama"
Perkataan Pertama: FuturPerkataan ini memang sudah tidak asing dalam kamus da'e atau yang bergelar budak Usrah.

Dalam Lisanul Arab, arti futur adalah : diam setelah giat, dan lemah setelah semangat.

Dari segi istilah, Futur adalah keadaan yang menggambarkan keadaan ruhi seseorang yang sedang menurun. Atau dengan istilah yang lebih mudah, futur ialah "penurunan semangat beribadah."
Ketika seseorang yang biasa bersemangat menghabiskan tilawah Al-Qur'an satu juz dalam satu hari, kemudian menurun atau tiba-tiba kehilangan semangat membaca Al-Qur'an, maka itulah yang dinamakan futur. (sumber)

Ketika seorang Akh yang dikenali oleh ikhwah lain sebagai seorang yang ceria dan selalu menceriakan orang lain disekitarnya. Selalu melakukan ziarah, memberi hadiah, paling lekeh pun hadiah berupa senyuman manis di hadapan saudaranya. Tiba-tiba pada suatu hari, al-Akh tadi berubah watak dan pembawaannya.
Bak kata pepatah P. Ramlee, "Angin tak ada ribut tak ada, tahu-tahu hujan turun". Tanpa sebab yang jelas, Akh yang terkenal dengan sifat periang tadi bertukar menjadi seorang yang lesu, kedekut senyuman, duduk dalam bilik sorang-sorang, cakap sorang-sorang, tidak suka bergaul dengan sahabat-sahabatnya yang lain sendiri. Maka itulah dinamakan futur.


Contoh lain ialah,  bila seorang ikhwah yang sebelumnya berasa osem dan gumbira mengikuti program-program Tarbiyah seperti daurah, katibah, rehlah kerana dapat bertemu, bertanya khabar, bersembang dan "lepak" dengan ikhwah kesayangan dari tempat lain. Namun pada setelah beberapa bulan, ikhwah tersebut sudah berasa terbeban dan berat untuk mengikuti program-program bersama ikhwah, maka sesungguhnya, dia sudah terkena penyakit futur.

Walaubagaimanapun, haruslah diketahui bahawa, t
idak ada istilah Futur dalam Kamus Hidup orang yang tidak pernah beramal dan tidak pernah merasai nikmat bergerak dan best-nya dakwah. Contohnya, Futur tidak akan terkena kepada orang-orang yang memang tidak pernah solat berjamaah ke Masjid. Tidak ada istilah futur dalam diri orang yang tidak pernah keluar untuk berdakwah. Futur tidak akan terkena pada orang yang tidak pernah membina dan berusaha menjadi murobbi.

Kerana, futur adalah keadaan diam setelah giat. Kalau sebelumnya tak pernah bergiat, maka memang lah tak ada futur. Syaratnya kena bergiat dulu, dan bersemangat. Contoh yang jelas ialah yang pernah berlaku kepada Nabi Yunus yang futur ketika berdakwah kepada kaumnya di Ninaweh. Sebagai hukumannya, Allah menguji Nabi Yunus yang dicampakkan kedalam laut, dan ditelah oleh Ikan yang besar. Allah abadikan kisahnya yang kembali bergiat setelah futur dalam penghujung surah al-Qalam.




Satu fakta yang menyedihkan tapi benar (Sad But True) ialah, Futur akan terkena kepada semua da'e, tidak kira dia ni masih baru atau lama dalam dakwah. Tak kira syeikh besar atau syeikh kecil. Syuyukh atau syabab. Ikhwah atau akhawat. Apatah lagi para Qiyadah dan Mas'ul. Semua ada risiko untuk terkena Futur. Kerana Futur adalah lumrah yang berlaku kepada setiap manusia yang bergerak aktif. Kalau malaikat, sah-sah lah mereka tak akan futur. Kerana malaikat sudah diciptakan oleh Allah Swt untuk sentiasa taat dan tidak akan pernah melakukan maksiat.


Penyebab Futur.
Sebenarnya, sudah ramai Ustaz-ustaz, Alim Ulama' dan "Doktor Hati" telah membahaskan mengenai Penyebab futur.
Antaranya ialah Ustaz Mahfudz Siddiq, Anggota DPR RI Fraksi Partai Keadilan Sejahtera - Ketua Komisi I DPR RI menyenaraikan 10 Penyebab Futur.

1.
berlebihan dalam din (Bersikap keras dan berlebihan dalam beragama)

2.  berlebih-lebihan dalam hal yang mubah. (Berlebihan dan melampaui batas dalam mengkonsumsi hal-hal yang diperbolehkan)
3.  memisahkan diri dari kebersamaan atau jamaah (Mengedepankan hidup menyendiri dan berlepas dari jamaah)
4.  sedikit mengingati akhirat
5.  melalaikan amalan siang dan malam
6.   masuknya barang haram ke dalam perut
7.  tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi tantangan.
8.  bersahabat dengan orang-orang yang lemah (Berteman dengan orang-orang yang buruk dan bersemangat rendah)
9.  spontanitas (baca:ad hoc) dalam beramal (Tidak ada perencanaan yang baik dalam beramal, baik dalam skala individu atau fardi maupun komunitas atau jama’i)
10.  jatuh dalam lembah kemaksiatan

Dan kesimpulan yang saya ambil dari fenomena Futurisasi ini adalah, ianya berlaku kerana satu kata kunci. Iman. Kerana lemahnya iman. Kerana lemahnya keyakinan.
Kalau anda masih ingat, dalam Materi Tarbiyyah Rasmul Bayan, di bawah tajuk Madlulu Syahadatain (Kandungan Makna Syahadatain), ada menyebutkan bahawa Syahadah yang mengandungi Iqrar, Sumpah, dan Perjanjian dapat menjadikan seorang itu ber-Iman. Manakala Iman pula harus meliputi Perkataan, Tasydiq bi Qalbi (Membenarkan dengan hati), dan dilakukan dengan Amal dan Tindakan. Kalau seseorang orang itu benar-benar beriman, maka dia akan terus Istiqomah sampai Istiqomah akan membawa dia kepada kebahagiaan (Sa'adah).

Orang yang futur di tengah jalan, bererti dia tidak istiqomah dalam beramal. Padahal sebagai mana disebut dalam Kandungan Makna Syahadatain, Istiqomah itu adalah kesan daripada Iman yang benar.

Perkataan Kedua: Rama.

 
"Rama" disini bukanlah merujuk kepada Encik Ramasami, pekerja MayBank di Manjung, Perak atau Seri Rama, watak utama dalam Hikayat Seri Rama.
Rama yang saya maksudkan disini "rama" bahasa kelantan yang bermaksud ramai.

OK. Ini je huraian mengenai Rama.HeHe ;)
-----------------------------------------------------------------------------
Saudara-saudara sekalian,

Apabila menyebut Futur+ Rama, yang tergambar dalam perspective saya ialah proses Futurisasi yang berlaku dalam sekelompok manusia yang ramai. Lebih spesifik, Futur yang berlaku dalam Jamaah ikhwah yang ramai. Misalkan satu Usrah atau satu Katibah yang Futur. Dan mungkin boleh refer pada satu Jamaah yang futur.

OK. Seharusnya kita berasa cuak dengan statement diatas dan meminta dijauhkan daripadanya!
Futur 1 Jamaah, beb! Bayangkan Kalau seorang yang futur pun boleh membawa kepada malapetaka dan fitnah yang besar dalam sesebuah kumpulan, dan komuniti , apatah lagi, futur yang berlaku secara massive (besar-besaran) dikalangan Ikhwah. Pasti efeknya lebih besar dan akan membawa bahaya yang lebih besar!

Futur yang beramai-ramai yang terjadi dalam 1 jamaah boleh terjadi kerana pelbagai sebab. Namun, bagi saya, antara sebab Futur Ramai2 yang paling sering adalah ketika pengurus dan para Qiyadah Jamaah tidak bersungguh-sungguh merancang dan mengurus Tarbiyah secara Jama'e (Ramai-ramai).
Mungkin kerana sibuk kepada urusan dunia lain, sampai Para Murobbi dan Qiyadah yang Futur akan menyepelekan urusan Tarbiyah Jama'e. Seperti "Kerja yang bertangguh" dan "Merancang program secara ad hoc (baca: last minit)"(sebagaimana disebut oleh Ustaz Mahfudz Siddiq dalam point ke-9) hingga menyebabkan mad'u dan binaan usrah jadi malas dan sudah ada hal lain yang nak dibuat. Akhirnya, Tarbiyah di Lokaliti mereka berada menjadi lembab berbanding tempat lain, dan tidak muntij (baca: membuahkan hasil). Yang jadi korban, bukan orang lain, tapi anak-anak usrah dan bawaan mereka yang "tidak berdosa"!

Teringat pesanan Ustaz Fadzil Salleh kepada kami 3 tahun yang lepas.


"Perjalanan kita dalam dakwah ini umpama sekumpulan kuda yang sedang membawa kereta kuda (pedati). Misalkan ada 5 ekor kuda yang sedang bawa 1 pedati. Kalau salah seekor kuda jatuh tersungkur kerana tersadung tali atau pokok, nescaya, 4 kuda yang lain akan ikut tersadung dan terjatuh sama.

Begitulah juga jika salah seorang dari kita yang bergelar penggerak dakwah ini futur, nescaya ikhwah-ikhwah lain yang sama-sama menggerakkan dakwah ini akan ikut futur sama!

Jadi, antum jangan main-main2 dengan futur. Jangan ingat bila kita seorang je futur, tak jadi masalah kepada yang lain! Malah orang lain juga akan terkena efek akibat futurnya kita"

Sekian.

No comments:

Post a Comment