Wednesday, June 6, 2012

Kita Tertipu

Gambar hiasan

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, Allah SWT akan sentiasa memberi dan menambah "nikmat" dan "Rezeki" untuk kita semua.

Contohnya, kalau 10 tahun lepas kita ada Nokia 3310 je, sekarang dah ada BB. Kalau setahun lepas kita jalan kaki jer, sekarang dah ada motor/kereta.
Alhamdulillah, Itulah bukti Allah sentiasa peduli dan sayangkan kita.

Cuma yang peliknya, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, Kita pula yang selalu menambah "dosa" atau mengulang kembali "maksiat" lama yang pernah kita buat dulu.

Bayangkan, bila kita bermaksiat kepadanya, pada malam hari, kemudian kita bangun pada keesokan pagi harinya, kita masih tetap seperti semalam, tidak ada berkurang dari kita.

Masih boleh berjalan seperti semalam, Masih punya tenaga walaupun untuk membuka pintu bilik menggunakan tangan yang Dia beri pinjam sejak 20-30 tahun  yang lalu.Dan masih diberikan segala kemudahan kepada kita. Seperti matahari tetap menyinar terang, angin tetap bertiup aman, dan kemudahan bekalan Air dan elektrik yang masih berjalan seperti semalam.

Cuba renungkan, apakah pernah selepas kita bermaksiat kepadanya,  tiba-tiba bekalan air di rumah kita tak semena2 terputus?

Atau pernahkah terjadi, selepas kita pulang dari tempat2 yang maksiat atau lagho, tiba-tiba bekalan elektrik rumah kita di potong?

Apakah sering kita dengar, selepas para hedonist pulang dari Konsert, atau Gig, dengan bermabuk2kan dan bercampur lelaki perempuan, tiba-tiba seketul meteor jatuh menghempap rumah-rumah para pelaku maksiat tersebut atau gempa bumi tiba-tiba terjadi di tempat-tempat maksiat yang sedang berleluasa.


Sudah tentu jarang bahkan tidak pernah kita dengar, sedemikian. (Mungkin ada kes seperti ribut Grade di Sabah pada 1996, atau Tsunami 2004. Tapi kes-kes tersebut sangat jarang berlaku)

Oleh itu, sudah jelas lah bagi kita, Tuhan itu memang Maha Pemaaf. Walaupun baru tadi kita bermaksiat padanya, namun, Tuhan tetap menjaga kebajikan kita.Tidak berubah nikmat Allah kepada kita. Mata, hidung, telinga kita tetap mata seperti sedia ada. Rasanya tidak pernah kita dengar, ada orang yang mendapat komplikasi Katarak et causa Dosa Maksiat, atau para perasuah yang tiba-tiba terputus tangan selepas menerima wang suap.

Tuhan masih memberikan nikmatnya kepada kita, walaupun baru semalam kita bermaksiat kepadanya.

Soalnya sampai bila, kita mahu begini? Sampai kapan kita mahu berasa aman dengan maksiat kita?
Sampai bila kita mahu berasa selesa berada dalam hati yang kotor dan menyimpan najis jahiliyah?

Mungkin saja seksaan Allah di dunia tidak akan pernah terkena pada kita.
Mungkin saja balasan Allah di dunia tidak akan menyentuh kita.
Tapi yang pasti, kita harus tahu bahawa antara sebab Allah tidak terus menjatuhkan hukuman kerana Allah sayangkan kita, dan mahu kita insaf, bertaubat, dan menggantikan dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan kita dengan pahala-pahala dan kebaikan yang banyak. 

Cuma, yang paling kita takutkan adalah, apabila Allah delay seksaan dan balasan kepada maksiat yang kita lakukan bukan kerana sayangkan kita, tapi kerana sudah "menyampah" dengan kita, dan kerana Allah nak kita dibalas secara lump sum (one shot) suatu saat nanti di dunia, atau pun paling tidak, di hari pembalasan kelak yang telah pasti akan berlaku.
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira,
bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh
orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi
tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu
mata (mereka) terbelalak. Mereka datang bergegas-gegas
memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya,
sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati
mereka kosong” (Ibrahim 42-43).
Inilah yang disebut dalam Islam melalui lisan Nabi kita Muhammad SAW sebagai istidraj.
Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”(HR Ahmad)

Kemudian, Nabi SAW membaca firman Allah dalam surah al-An'am ayat 44 
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.
Apakah yang dimaksud dengan istidraj ini?
Jom lihat video yang hanya 1 minit ini.

 Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”
إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ


Read more about AQIDAH by www.konsultasisyariah.com

إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ
Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”
Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah,

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al-An’am: 44)
(HR. Ahmad, no.17349, Thabrani dalam Al-Kabir, no.913, dan disahihkan Al-Albani dalam As-Shahihah, no. 414).



Read more about AQIDAH by www.konsultasisyariah.com

إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ
Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”



Read more about AQIDAH by www.ko

 

 Sekian. Selamat bertaubat!
 Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”

No comments:

Post a Comment