Monday, October 29, 2012

Punk Rock

[Dulu2 saya tak minat Punk Rock, Saya minat Genre lain. Ngee]
Dulu masa kat sekolah, member-member keliling saya semua layan Punk Rock. Nama-nama seperti Mxpx, NOFX, Bad Religion, AFI, Blink 182 (sebelum jadi mainstream), dan entah berapa puluh bahkan ratusan band dari negeri omputeh, sudah tidak asing lagi di kalangan para pelajar sekolah menengah era awal 2000. 

Tak kira sekolah harian, MRSM, SBP mahupun Sekolah Agama Rakyat , boleh kate, semua student sekolah menengah minat Punk Rock atau kalau tak minat pun, et lis dengar lagu Punk Rock.  

Kaset-kaset, Cakera Padat,dan VCD band-band Punk Rock berjaya menempati dan memenuhi rak-rak buku para pelajar, yang sepatutnya di isi dengan buku-buku PMR, Novel Anak Din Biola, dan Soal Latih Tubi PMR terbitan Sasbadi. Eh.

 

Poster-poster group band pujaan hati mereka turut diabadikan dalam Loker masing-masing tanda sokongan moral kepada band pujaan mereka!

Walaupun saya pada masa tu tak minat pun music Punk Rock, (sebab saya genre music lain. hee), tapi diakui, kerana ter-sangat popular-nya trend ni dikalangan kawan-kawan sekelas, yang kadar hormon Neurokinin B dan kisspeptin (sejenis neuropeptide) kami pada masa itu sedang meningkat dengan mendadak gara-gara sedang memasuki fase Puberty, maka saya pun turut secara tak sengaja kenal dan tahu serba sedikit mengenai Punk Rock.

Tapi, arakian, walaubagaimanapun, setelah lebih kurang 10 tahun berlalu, dan setelah mengenal DnT (Dakwah dan Tarbiyah), ternyata, rupanya dalam kita ikut DnT, fenomena "layan Punk Rock" masih tetap ada, tapi sedikit berbeza daripada sebelum ini.

Kali ini, lagu yang kita dengar bukan untuk tujuan kosong dan semakin menyerabutkan jiwa dan kepala, tapi "lagu punk rock" kini untuk tingkatkan Iman dan masukkan semangat Jihad!

Dan vokalisnya bukan duk menyanyi sambil mencarut tak memasal, tapi menyanyi dengan menyebut Asma Allah!

Group bandnya bukan stock2 "mat pit", kaki "weed", dan jenis mambangmabukminumbrandy, tapi mereka-mereka yang ada Fikrah dan semangat Jihad membara!


Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, Jom layan "Punk Rock" dibawah!! Allahuakbar~!

(ok, lagu ni tidak la sejibik 100% Punk Rock. Tapi drum dia agak mirip2 la. hehe)




Artist: Fathul Jihad
Lagu: Untuk Sebuah Perubahan. 


Tanpa mengenal rasa takut
Bergerak berjalan tanpa ragu

Dengan menyebut asma Allah
Bersama berjuang utk berubah
Membuat perubahan di alam kezaliman
Untuk menuju tegaknya izzah islam

Dan dengarlah hai mujahid muda
Angkat pena, pedang dan Al-quran
Dan dengarlah, hai pejuang Allah
Kuatkan hati untuk tujuan!

Tegakkan panji-panji islam
Untuk hancurkan kezaliman
Bersama capai kemenangan
Bebaskan dari penindasan

Satukan langkah rapatkan barisan
Menyongsong kejayaan islam!

Berbekal iman yang utama
Dan semangat jihad yang membara
Hancurkan kezaliman
Untuk wujudkan tujuan
Menjadi syuhada dijalannya
!

No comments:

Post a Comment