Tuesday, June 19, 2012

Menikmati Keputusan Pilihan Raya Presiden Mesir

Jam menunjukkan pukul 1245 tengah hari. Hari ini hari yang cerah. Tak macam hari-hari biasa, hari Isnin ini agak windy. Saya baru tiba dirumah setelah 4 jam di Kampus. Sampai-sampai, lepas parking motor di halaman rumah, terlihat sampah dan debu memenuhi depan pintu. "Aik? Tiba-tiba kotor? Tadi bersih je. Oh, sebab angin kot". Lalu saya ambil penyapu, dan menyapu sekadarnya.

Masuk rumah, letak beg, buka jaket. buka laptop. Cek emel. Em, em. Tiada apa-apa balasan dalam mailing list. Lepas tu cek Facebook.

Terpampang gambar ni
Segala puji bagi-Mu ya Allah! Keputusan seperti yang saya jangka. Calon Parti Kebebasan dan Keadilan, Dr Muhammad Mursi menang Pilihan Raya Presiden. Walaupun akhbar pro-Mubarak dan pro-Barat seperti al-Jazeera mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan skeptical dengan kemenangan Dr Mursi ini, seperti "keputusan belum rasmi", "Ikhwan meng-claim menang" (sumber), akhbar pro-Ikhwan dan Islamist tetap mengumumkan kemenangannya.


Antara Ucapan Sulung Dr Muhammad Mursi selaku Presiden Pertama Mesir yang dipilih oleh Rakyat Melalui Pilihan Raya

"Saya bersyukur pd Allah atas karunia revolusi. Kami datang dengan pesan perdamaian."

"Saya telah mendatangi keluarga para syuhada revolusi. Sy berjanji mengembalikan hak2 mereka dalam "negara hukum".

"Saya mengulurkan tangan untuk orang-orang Kristen Koptik Mesir. Semua orang akan menjadi bagian dari "keluarga".
 
"Saya tidak mencari "balas dendam". Saya berjanji akan bekerja untuk semua orang Mesir.
 

"Saya sederajat dengan semua orang dan saya akan menjadi pelayan mereka (khodiman lisy-syu'b)"

Ya Allah, begitu mulia dan tingginya nilai yang ada pada beliau. Kemenangan yang gemilang ini di sambut dengan ucapan humble dan bersahabat. Subhanallah, jelas, inilah buah hasil dari proses yang bernama Tarbiyah. Melahirkan individu Muslim yang seperti ini. Sesuai dengan firman Allah


Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.”
(QS. An Nashr: 1-3)

 
Kenangan ucapan Tok Guru Nik Aziz yang "se-nada" selepas kemenganan PAS di Negeri Kelantan walaupun sebelum pilihan raya 2008 rakyat Kelantan dihina oleh mainsteam media.

Apapun, apabila bercakap mengenai Isu politik di Mesir, kita tak boleh lari dari menceritakan  kisah nostalgic 84 tahun yang lalu di Mesir, tepatnya di Ismaeliya.

4 tahun setelah kejatuhan Khalifah Islam, ummat Islam masih lagi tidak sedar akan reality dan berita yang berlaku di dalam Alam Islami. Masih lagi sibuk berbahas mengenai benda remeh.
"Allah dimana?" "Sifat Air Mutlak," "Warna Warni Darah Haid." "Biji Tasbih Tiada Zaman Nabi" dan seumpama dengannya.

Melihat kepada reality dan level pemikiran ummat khususnya rakyat Mesir, yang seperti diumpakan pepatah lama melayu, "Protozoa dalam microscope nampak, Gajah depan mata tak boleh nampak" seorang pemuda berusia 18 tahun, Hassan al-Banna,  merasakan dalam jiwanya bahawa ini adalah masalah besar bagi Ummat ini.
"Mustahil aku akan berdiam diri. Tak kena macam ni. AKU harus berbuat sesuatu." Mungkin begini beliau bermonologue.


Dengan perasaan yang sedih, tapi berkobar-kobar kerana melihat masalah yang melanda Ummat, dipendekkan cerita, beliau dan dan 6 sahabatnya -Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi- sebulat hati menubuhkan sebuah persatuan bernama Ikhwanul Muslimin.




Maka, bermula pada Mac 1928, bermulalah sebuah drama dan episode perjuangan dalam lembaran sejarah Ummat Akhir Zaman ini. 

Ikhwan Muslimin. Mengalami jatuh bangunnya.

Tahun 1950-1970 Adalah fase yang getir bagi pertubuhan ini. Dengan berlakunya pembunuhan kejam ke atas Mursyidul Am pertamanya, Hassan Al-Banna, pada 1949, secara rasminya Ikhwan memasuki fase Mehnah dan Tribulasi.
Penyeksaan, penangkapan, penahanan, pembicaraan, dan pembunuhan berlaku dalam era ini. 

Walaupun begitu, ditengah-tengah ketakutan dan melancolic-nya era ini, tiba-tiba muncul satu persatu  hero-hero baru yang hebat yang menjadi jantung kepada Ummat. 
Syed Qutb, Aminah Qutb, Zainab Al-Ghazali, Umar Tilmisani, Yusuf Nada. Tidak keterlaluan jika saya katakan mereka-mereka ini umpama Umar al-Khattab dan Khalid al-Walid yang disebut-sebut dalam hadis yang shahih lagi masyhur

"Annas ma'adin, khiaruhum fil jahiliyyah khiaruhum fil islam, idza faquhu"

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


Hari ini, pasca revolusi pada February 2011, dan pilihanraya Mesir, dunia menyaksikan bahawa Allah menepati janji bagi orang-orang beriman.

Dr Muhammad Mursi, 60 tahun, calon IM (yang menggantikan Ir Khairat Syatir yang di-disqualified oleh Mahkamah pro-Mubarak), menang pilihan raya presiden Pusingan kedua (pusingan Maut Sudden death) mengalahkan calon pro-Mubarak, sekali gus pro-Israel, US dan Barat, Ahmad Syafiq, Bekas Menteri Regime Keparat Mubarak, dengan Majority 1 juta undi.



Sesungguhnya kemenangan ini bukan kemenangan Ikhwanul Muslimin semata. 
Ini bukan kemenangan Parti Keadilan dan Kebebasan sahaja. Tapi ini adalah kemenangan seluruh Ummat Islam! Kerana, pada pusingan ini, semua parti Islam dan penyokong menyokong dan memberi undi untuk Dr Mursi. Parti An-Nur dari Salafi yang sebelum ini memilih cenderung kepada Abdul Futuh, bekas anggota IM, pada pusingan kedua ini menjadi penyumbang kedua tersebar kepada kemenangan Mursi. Ditambah dengan sokongan dari kalangan Kristien Koptik.

Kemenangan ini adalah turning point kepada hala tuju hubungan Islam-Israel, khususnya Islam di Tanah Arab. Kerana Mesir adalah jiran bagi Palestin dan negara Haramjadah Israel. Kalau sebelum ini, Palestin ditindas oleh Israel yang disokong dan dijilat bontot oleh Mubarak. Pada zaman Mubarak-lah, rakyat Palestin dinafikan hak mereka untuk mendapat bantuan perubatan, makanan, dan bahan asas lain daripada Konvoi Viva Palestine pada tahun 2010, yang diketuai oleh seorang "non-Muslim" bernama George Galloway, Ahli Parlimen Britain.

Namun hari ini, duka dan derita rakyat Palestin akan obati satu persatu oleh Ikhwan Muslimin. Lebih-lebih lagi, Presiden Mesir yang baru dipilih pada hari ini bukan lagi seorang keparat, bacul, penakut, penjilat, yang menikus takut seperti Presiden sebelumnya. Tapi, Presiden Mesir yang baru adalah seorang Phd dalam Engineer lepasan US, yang mengikuti Madrasah Tarbiyah Hassan Al-Banna. Sudah tentu, Presiden semacam inilah yang dinantikan dengan gembira oleh rakyat Palestin. Rakyat Palestin sendiri yang telah memilih HAMAS, IM Cawangan Palestin, pada tahun 2005 dan mempertahankannya sampai sekarang, pada hari ini mendapat hadiah saguhati daripada Allah dengan kemenangan Mursi, IM Cawangan Mesir.


Pada hari ini juga, kita meraikan dan mengucapkan tahniah kepada Ikhwah Mesir atas kejayaan mereka.
Akan tetapi, kita semua harus ingat, Amerika, Barat, dan sisa-sisa pro-Mubarak tidak akan berdiam diri dengan kemenangan ini. Terbaru, beberapa jam sebelum Mursi diumumkan menang, mereka yang berada dalam Sistem Kehakiman telah meminda Perlembagaan untuk mengehadkan kuasa Presiden.
Wakil IM menjangkakan pada hari-hari mendatang, pertembungan yang akan berlaku di Mesir sekarang adalah berbentuk"peperangan perlembagaan" antara rakyat yang diketuai IM dan saki baki institusi yang dilantik pimpinannya di era Mubarak. Apapun ayuh kita mendoakan yang terbaik buat Mesir, Palestin dan Ummat ini.

Sebagai mengakhiri bicara, dalam banyak status-status FB yang menampakkan euphoria dan kesyukuran atas kemenangan Calon IM, saya tertarik dan bersetuju dengan satu status yang "unik" ini, yang agak lain dari yang lain.


"Alhamdulillah, ramai yg bergembira dgn kemenangan Syeikh Mohd Morsi sbg Presiden Mesir yg baru yg satu2nya dilantik oleh rakyat!

Percayalah kemenangan ini HANYALAH SALAH SATU dari wasilah dakwah IM utk mencapai HADAF (Objektif) Dakwah mrk yg JAUH lebih besar dari memenangi kerusi Presiden.
Masih terlalu banyak negara ummat Islam yg masih sengsara.
Ingatlah rakan2 sekalian bhw: Pilihanraya adalah ALAT ia bukan TUJUAN"

Status ini adalah dari Akhi "Abang" Ammar Mohd Zain, Founder Brotherhood Arts, Pengerusi Majalah JOM!.



Sekian.

Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.” (at-Taubah: 32)

Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar
agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama,
meskipun orang-orang musyrik benci. (As-Saff 61:9)


Nota kaki: Tarikh pengumuman kemenangan Calon Ikhwan Muslimin , hampir dengan ulang tahun ke-2 penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia yaitu 20 Jun 2010. Semoga tempias kejayaan Ikhwah di Mesir dapat sampai ke ikhwah di Malaysia juga.

1 comment: